Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Chapter

Bukalah lagu kat atas tu. Sebab entah. Macam sesuai je🐵

•••

'Cause, they said, jealousy could bring someone to have grudge.'

•••

"Taehyung." Panggilan dari Hani membuatkan mata Taehyung yang tadinya melekap di muka surat bukunya beralih ke arah Hani di sebelahnya.

Hani memandang ke arah wajah Taehyung sambil tangannya melingkari tubuh Taehyung. Mukanya masam sahaja.

"Betul ke awak kena pergi business trip tu?" Soal Hani meminta kepastian. Padahal, sudah hampir 10 kali dia bertanyakan soalan yang sama kepada Taehyung sebaik sahaja dia tahu tentang business trip Taehyung ke Kanada.

"Alololo. Sedih pasal tu ke, sayang aku seorang ni?" Soal Taehyung sebelum diletakkan bukunya ke meja berdekatan dengan katil mereka sebelum berpaling semula menghadap Hani.

"Yelah, sayang. Takkan aku sebagai bos tak pergi business trip syarikat aku. Lagipun, kami pergi pun sebab ada urusan kerja. Kalau boleh bawa kau, dah lama aku bawa. Tapi, kau ada kaunseling dengan doktor kan?"

Terang Taehyung, cuba memujuk isterinya yang mungkin masih tidak boleh menerima pemergiannya pada minggu depan selama seminggu.

"Alaaa. Boleh skip." Balas Hani bersama cebikan di bibir.

"Aip. Mana boleh cakap macam tu. Aku nak kau pulih sepenuhnya, sayang. Dengar cakap aku, hmm?" Senyum Taehyung dengan matanya yang memandang ke dalam mata Hani, dalam.

"Tapi, nanti saya rindulah. Dahlah awak pergi seminggu. Seminggu bagaikan seribu tahun bagi saya tau tak?" Rungut Hani, geram. Masih tidak berpuas hati yang dia tidak dapat mengikuti Taehyung ke Kanada.

"Amboi. Overnya. Sekejap jelah tu, sayang oi. Pejam celik, pejam celik. Aku dah ada sebelah kau dah nanti." Balas Taehyung lagi.

"Hm. Yelah. Fine. Tapi, awak kena janji dengan saya. Awak akan balik dengan baik. Tak da cedera ke apa. Sempurna." Kata Hani, tegas.

Dia risau sebenarnya. Macam mana kalau sesuatu berlaku kepada Taehyung di sana nanti? Macam mana kalau alam beberapa hari ni, adalah kali terakhir dia bertemu dengan suami kesayangannya itu?

Hatinya benar-benar rasa tidak sedap apabila mendengarkan tentang Taehyung bakal meninggalkannya di Korea ke Kanada atas urusan kerja.

Ahh, dia tidak mahu itu semua berlaku!

"Apa cakap macam tu? Takkan jadi apa-apalah dekat sana. Betul." Balas Taehyung tergelak kecil.

"Ahh, janji dulu. Kalau tak, saya merajuk dengan awak setahun." Hani menarik tangannya keluar dari dakapan Taehyung lalu memeluk tubuhnya, merajuk.

"Okaylah, sayang. Aku janji."

"Yeay!"

~

Lagi tiga hari, Taehyung akan mula bertolak ke Kanada. Harini mereka bercadang untuk menghabiskan masa bersama sepanjang hari sehinggalah hari terakhir Taehyung di Korea.

"Ahh! Bagilah saya menang pula!" Hani menjerit kecil, memukul lengan Taehyung apabila Taehyung menang sekali lagi dalam permainan kereta di 'game arcade'.

"Tak ada, tak ada. Kau ah kalah. Now, belanja aku ais krim." Taehyung meminta kepada Hani yang sedang berpeluk tubuh itu.

Taehyung tergelak kecil sebelum menarik tangan Hani, membawa Hani keluar dari arcade tersebut lalu membawa Hani ke McDonalds berdejatan dengan arcade tersebut.

"Kau nak makan apa? Aku nak ayam goreng extra spicy tu." Ujar Taehyung dengan matanya yang bersinar-sinar apabila membayangkan ayam goreng terbaru di McDonalds itu.

"Eee. Pedaslah, Taehyung. Makanlah yang biasa. Nanti awak sakit perutlah. Ingat saya tak tahu ke awak tak boleh makan pedas?" Marah Hani perlahan.

"Tak nak. Aku nak tu juga. Alah, sekali je." Taehyung berkata lalu Hani hanya menggeleng melihat Taehyung yang sudah memesan pesanannya. Hani pula hanya memesan ayam goreng biasa.

Seusai mengambil pesanan mereka, mereka duduk di satu sudut yang terdapat meja kosong untuk dua orang.

Mereka mula menjamu selera. Bukan slalu mereka datang ke McDonalds memandang mereka banyak makan hidangan yang sudah siap dimasak di rumah oleh orang gaji.

~

"Taehyung. Apa awak buat lama sangat dalam tandas tadi?" Soal Hani kepada Taehyung yang baru sahaja keluar dari tandas dengan wajahnya yang memerah itu.

Taehyung hanya tersengih dan Hani seperti dapat menangkap jawapan kepada persoalannya itu.

"Itulah. Orang dah cakap. Tapi, dia degil sangat nak makan juga. Kan, dah sakit perut? Ha, tanggunglah sendiri." Kata Hani kepada Taehyung.

"Dahlah. Bebel je tahu. Jomlah, aku nak bawa kau shopping." Ujar Taehyung lalu menarik Hani mengikutinya masuk ke dalam kedai Chanel yang berada dekat sahaja dengan mereka.

~

"I will miss you." Hani berkata dalam sebak saat dia memeluk tubuh sasa Taehyung di lapangan terbang antarabangsa Incheon itu.

Taehyung mengusap belakang kepala Hani lalu dikucup perlahan ubun-ubun isterinya itu. Hatinya juga terasa sebak kerana perlu meninggalkan isterinya itu selama seminggu.

"Tuan Kim. Kita dah kena pergi." Tegur setiausaha Taehyung kepadanya. Taehyung yang masih memeluk tubuh Hani itu mengangguk faham.

"Sayang." Taehyung menolak perlahan tubuh Hani dan kelihatan wajah Hani sudah dibasahi dengan air mata.

"Hey. Janganlah menangis. Lagi berat hati aku nak tinggalkan kau." Taehyung mengelap airmata Hani itu dengan senyuman kelat.

Benar. Kini dia terasa semakin berat hati untuk meninggalkan isterinya terutama ketika isterinya sedang menangis kerana pemergiannya itu.

"I will miss you too, sayang." Taehyung berbisik pada telingan Hani perlahan sebelum mendekatkan bibirnya pada bibir Hani lalu dikucup lama bibir isterinya itu.

"I need to go now, dear. Take care of yourself. Make sure, jangan keluar daeu rumah tanpa kawan or orang gaji kita. Okay?" Nasihat Taehyung lalu hNai yang sedang mengelap air matanya itu memgangguk perlahan kepalanya.

"Good girl. Bye, sayang. Next week. I will come back to you as I promised." Taehyung terus berlari ke arah pintu masuk dengan segera.

Hani menahan tangisnya sambil melihat kelibat Taehyung yang semkain menghilang dari pandangannya.

Inilah kali pertama dia berpisah dengan Taehyung dalam jangka masa yang panjang.

"Puan muda. Mari kita pulang?"

Hani hanya mengangguk sebelum dia memgikuti langkah pemandu peribadi keluarganya yang baru saja muka bekerja untuk seminggu selama Taehyung tiada di Korea itu.

~

Taehyung keluar dari hotelnya bersama setiausaha dan beberapa staf bawahannya untuk bertolak ke sebuah restoran di mana mereka akan bertemu dengan klien mereka yang katanya ingin berkolaboratif bersama syarikat mereka dalam mengeluarkan pakaian bertemakan musim bunga.

Tiba sahaja di restoran tersebut, Taehyung diminat untuk pergi ke satu bilik tanpa pekerja-pekerjanya termasuk setiausahanya.

Dia mulanya pelik dengan arahan tersebut namun dia ikuti sahaja. Pintu bilik itu kemudiannya dibuka buatbya lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut yang kelihatan seperti bilik khas untuk mereka yang memerlukan privasi ketika menjamu selera.

"Long time no see, Kim Taehyung."

"Argh!!"

Taehyung rebah ke atas lantai saat dia rasa ada satu benda keras memukul belakang kepalanya sehingga membuatkan dia tidak sedarkan diri.

~

Hani memuntahkan kembali isi dalam perutnya. Sudah beberapa kali dia muntah dan peliknya, muntahnya hanyalah cecair yang jernih semata-matanya.

"Puan muda? Puan muda okay ke? Jomlah kita pergi klinik, puan muda. Dah berapa hari puan muda asyik muntah je. Okay?" Kata salah seorang orang gaji di rumahnya itu.

"Hmm. Yelah. Saya dah penat dah ni asyik muntah je. Jap saya nak siap." Ujar Hani kepada orang gajinya lalu dia mula mendaki tangga untuk ke biliknya bagi mempersiapkan dirinya ke klinik.

Di klinik, seusai namanya dipanggil, dia memasuki bilik doktor itu.

"Tahniah puan. Puan telah disahkan mengandung tiga minggu." Ujar doktor itu selepas beberapa ujian telah dijalankan kepada Hani.

Hani menekup mulutnya, tidak percaya akan apa yang didengarinya itu.

"S-serius lah, doktor?" Soal Hani dan doktor itu mengiyakan persoalan Hani. Mata Hani mula berair sebelum dia bangun dari duduknya lalu emnunduk hormat kepada doktor itu berkali-kali.

"Terima kasih, doktor! Terima kasih!" Kata Hani lalu dia tersenyum gembira mendengarkan berita tersebut. Tidak sabar dia mahu memberitahu suaminya yang bakal pulang dua hari lagi dari sekarang.

~

"Terkini. Kim Taehyung, usahawan terkenal di Korea kini dikhabarkan hilang dari radar ketika beliau dan beberapa orang staf bawahannya menghadiri sebuah pertemuan dengan klien di sebuah restoran di Kanada baru-baru ini.

Setiausaha kepada Kim Taehyung iaitu Ma Soojin memeriksa semula data tentang syarikat ataupun klien yang mereka akan berunding pada hari itu tetapi dikatakan datanya semuanya telah dipalsukan. Itu sahaja berita tentang Kim Taehyung. Segala maklumat kemas kini akan dikhabarkan selepas siasatan lanjut."

Hani yang baru sahaja menghidupkan televisyennya itu terus menggeletar tubuh badannya seusai mendengar berita tersebut.

Matanya sudah bergetar lalu dia mematikan televisyen itu kembali dan cuba untuk bangkit dari duduknya untuk menelefon suaminya kerana dia tahu, semua ini tidak benar. Baru sahaja beberapa hari yang lepas dia membuat video call bersama suaminya dan suaminya kelihatan baik-baik sahaja.

Dia mendail nombor telefon suami dan telefonnya terus jatuh dari pegangan tangannya saat panggilan tersebut terus dimasukkan ke dalam peti suara.

Dia mula menangis teresak-esak apabila dia tahu yang berita itu semuanya benar belaka. Berita tentang kehilangan suaminya itu.

"Mana janji awak, Kim Taehyung?!"

•••

SURPRISE!!

New plot twist? What? What?!

Okay stop. Ha, dah habis dah cerita ni. Semua orang nak diorang dua dapat anak, kan? Ha ni dah dapat dah.

Pasal Taehyung tu, biar jelah ye?🌚

K bye😛

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro