Bab Tujuh Belas
Sorry gais baru update. Lol. Baru dapat inspirasi nak timbulkan konflik. So, enjoy reading!!
•••
'Anxiety would always hit someone. It's either they fight back or just accept it.'
•••
Hani menilik wajah Taehyung yang lena dibuai mimpi disebelahnya. Kini, dia tidak lagi merasa gerun apabila dia cuba untuk curi-curi menatap wajah kacak suaminya itu.
"Sayang. Kenapa kacau aku tidur ni?" Soal Taehyung tiba-tiba membuatkan tangan Hani yang sedang membelai rambut Taehyung itu terhenti.
Taehyung membuka matanya luas lalu dipandang lama ke dalam mata Hani. Hani menelan liurnya kesat.
"G-good morning." Sapa Hani tersekat-sekat. Taehyung tergelak kecil, geli hati melihat gelagat isterinya.
"Aduh, sayang ni. Kenapa kau comel sangat eh?" Taehyung mencuit hidung Hani sambil berkata membuatkan muka Hani memerah.
"Dia blushinglah!" Taehyung mengusik Hni lagi apabila dia melihat muka Hani yang kini sudah persis tomato.
"Ish. Suka tau usik orang. Janganlah." Hani menolak tubuh Taehyung menjauh darinya lalu dia bangkit dari perbaringan dan menekup mukanya, malu.
Taehyung tergelak besar lalu dia menarik Hani berbaring semula ke atas katil. Dia memeluk tubuh Hani erat.
Bunyi pintu wad itu dibuka membuatkan Hani secara automatik menolak Taehyung menjauh darinya sekali gus menjatuhkan Taehyung dari katil tersebut.
Terkejut doktor dan jururawat yang baru menjejakkan kaki ke dalam wad yang dihuni oleh Hani itu. Hani menggigit bibirnya, malu.
Taehyung pula sedang mengaduh kesakitan tetapi dia gagahkan diri untuk bangun dari terus duduk di atas lantai.
"Maaf mengganggu masa Puan Kim bersama suami. Tapi, kami mahu memastikan tentang pembedahan yang dirancang akan dilakukan pada minggu hadapan." Terang doktor wanita itu kepada Hani dan Taehyung.
"Erm, doktor. Nanti saya panggil lain. Biar saya bincang dengan isteri saya dulu." Ujar Taehyung membuatkan doktor wanita itu mengangguk faham lalu mengajak jururawat yang bersama dengannya untuk keluar.
Hani memandang ke arah Taehyung lalu dia menundukkan kepalanya. Taehyung menggapai tangan Hani lalu digenggam erat, bagi memberi semangat kepada isterinya.
"Taehyung." Hani mengeratkan genggaman pada tangan Taehyung. Taehyung memandang Hani sayup.
"Kau boleh buat. Aku tahu kau kuat." Taehyung cuba memujuk Hani. Hani mengemam bibirnya bagi menyedapkan hatinya.
"Saya...setuju."
~
Taehyung berjalan ke arah vending machine yang berada betul-betul di hadapan kafeteria hospital untuk membeli air tin kerana mengenangkan dirinya yang dahaga.
Seusai dia membeli setin air wanda coffee, dia berjalan menuju ke wad Hani semula. Tetapi, langkahnya automatik terhenti.
"Pesakit bernama Do Hani tu ke?" Taehyung mendekatkan telinga pada pintu pejabat doktor wanita yang merawat Hani itu sebaik sahaja suara seorang jururawat menyebut nama Hani itu menyapa gegendang telinganya.
"Ya, dia dah setuju nak jalankan pembedahan tu. Aku nak kau bagi ubat bius tu berlebihan."
"T-tapi, itu akan buat pesakit itu koma dan mungkin akan mati." Jururrawat yang mungkin juga seorang pakar bius itu berkata kembali kepada doktor wanita itu.
"Aku kata buat, buat jelah! Aku bayar kau!" Jerkah dpktor itu kepada pakar bius itu.
"Tapi-"
"Kau ingat aku tak tahu yang ayah kau dirawat dekat hospital ni? Kau nak aku bagi ayah kau mampus dulu baru kau nak ikut arahan aku?!" Doktor wanita itu mula hilang sabar lalu dia mula mengugut pakar bius tersebut.
Taehyung yang berada di luar pejabat doktor itu sudah mengepalkan penumbuk sebaik sahaja mengetahui niat doktor wanita itu terhadap isterinya.
Dia dengan pantas terus beredar sebaik sahaja dia mendengar yang pakar bius itu sudah mula meminta diri untuk keluar seusai bersetuju dengan arahan doktor wanita itu.
"Haih, nak minta tolong sikit pun, payah!" Marah doktor wanita itu sebelum menghenyakkan punggung ke atas kerusi pejabatnya lalu disandarkan belakang tubuhnya pada kerusi itu.
Terus terbuntang matanya akibat terkejut apabila pintu pejabatnya dibuka dengan kasar dan dihempas dengan kuat.
"E-encik Kim. Ada apa ya? B-boleh saya bantu?" Soal doktor itu tersekat-sekat apabila melihat wajah menggerunkan Taehyung itu.
"Kau ada apa ha nak cari fasal dengan isteri aku?!" Taehyung terus menjerkah doktor wanita itu tanpa melengahkan masa.
"A-apa yang encik cakapkan ini?" Terkebil-kebil doktor wanita itu memandang ke arah Taehyung.
Taehyung terus meluru ke arah doktor itu lalu menampar wanita itu kuat. Pipi kanan wanita itu sudah berirat akibat tamparan padu daripada Taehyung itu.
"Kau ingat aku tak tahu niat tersembunyi kau?! Apa salah isteri aku sampai kau sanggup nak bunuh dia?!" Taehyung memarahi doktor itu lagi.
Doktor itu memandang Taehyung dengan wajah terkejut sebelum dia tersenyum sinis lalu dia duduk kembali ke atas kerusinya. Dia memeluk tubuh memandang Taehyung sebelum memasukkan lidahnya ke dalam pipi kanannya yang ditampar oleh Taehyung tadi.
"Itu yang dia layak dapat lepas apa yang kau dah buat. Kan?" Soalnya kembali lalu Taehyung terkedu.
"Apa kau merepek ni? Aku tak pernah cari fasal punlah dengan kau!" Balas Taehyung, masih lagi cuba mengawal amarahnya. Oktor itu mula tergelak histeria.
"Kim Taehyung, Kim Taehyung. Banyak sangat perempuan kau dajalkan sampai kau tak ingat fasal aku? Tak palah. Siap jelah aku sampaikan aku kena tanggung seorang diri jaga anak dalam kandungan tu seorang diri, bukan?"
Doktor itu berkata dengan nada yang sinis.membuatkan Taehyung terpempan. Anak? Anak dalam kendungan?
"Ayh, Kim Taehyung! Saya mengandung tau tak?! Anak kita, Taehyung! Anak kita!"
"Bodoh! Ingat aku nak percaya?! Dahlah, nak duit aku bagi! Pergi gugurkan kandungan tu!"
"Taehyung! Ni anak kita! Sanggupnya awak berlaku kejam macam tu dekat anak kita?!"
"Hey! Kau fikir aku nak percaya anak dalam perut kau tu anak aku?! Entah berapa ribu lelaki yang kau dah tiduri dan sekarang kau nak salahkan aku?! Dahlah! Spoil mood aku je kau ni!"
"K-kau..."
"Oh. Dah ingat ke, sayang? Baru je berlaku sebulan yang lepas tapi sayang dah lupa? Muda lagi sayang saya ni kalau nak lupakan sesuatu pun." Doktor itu ketawa sinis.
Taehyung terdiam, kehilangan kata-kata saat dia tahu, sekarang dosanya telah berbalik padanya kembali.
"O-okay. Kau nak aku buat apa untuk bagi kau berhenti?" Soal Taehyung, mengaku kalah kerana dia tidak mahu isteri terus menanggung kesakitan dan terus menderita disebabkan olehnya.
"Kahwini aku dan jaga anak dalam kandungan aku bersama dengan aku. Kita bina buku baru."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro