Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab Sepuluh

'Loving you was my biggest mistake but sometimes, it's feels like a blessing to me.'

•••

Aku mencelikkan mata aku perlahan-lahan. Mata aku tertutup semula aoabila cahaya dengan lajunya masuk ke dalam deria penglihatan aku membuatkan mata aku sedikit sakit.

Aku membuka semula dan mengerdip-ngerdipkan mata aku bagi membiasakan penglihatan aku dengan cahaya yang menerobos masuk ke dalam penglihatan aku itu.

Pandangan aku yang sudah mula jelas memaparkan wajah seseorang yang tidak lain tidak bukan, Kim Taehyung.

Ouh, dia balik?

Kedudukan dia kini sedang baring mengiring menghadap aku sambil berpeluk tubuh. Mulutnya sedikit terbuka dan aku tidak mampu menafikan yang dia memang kacak walaupun metika sedang tidur.

Aku menelan liur kesat. Hembusan nafas hangatnya mengenai wajah aku membuatkan jantung aku mula menggila. Aku menggigit bibir bawah aku apabila mata aku terlihat ke arah bibir mungil miliknya.

Kekadang, aku pelik. Kenapa dia perlu menyentuh perempuan lain walaupun aku sudah sah menjadi isterinya? Aku ni hina sangat ke dekat mata dia?

"Kenapa eh? Saya dah siap sah sebagai isteri awak, tapi awak masih terhegeh-hegeh mencari perempuan lain untuk melampiaskan nafsu awak. Saya ni tak layak ke untuk awak sentuh?"

Aku memejamkan mata aku rapat bagi mengambil kembali semangat. Aku tidak mahu memikirkan tentang hal yang berkaitan dengan Taehyung. Nanti, aku yang sakit.

Ada baiknya aku sambung tidur.

~

Tak lama kemudian, Taehyung mencelikkan pula matanya. Dia memandang Hani lama sebelum tersenyum kelat. Liur ditelan payah.

Sukar untuk dia berikan jawapan kepada persoalan yang dilontarkan oleh Hani tadi.

Ya, dia sudah terjaga tetapi apabila Hani tiba-tiab seperti berura untuk terjaga, terus dia pura-pura tidur.

'Aku pun tak tahu nak jawab macam mana, Hani. Aku minta maaf tapi aku masih rasa yang aku tiada sebab yang munasabah untuk berubah. Aku...masih tidak jumpa sebab untuk aku berubah, Hani.

Dan, sejak aku jumpa kau di universiti dululah, aku dapat rasa kaulah yang boleh carikan sebab untuk aku teruskan usaha aku berubah. Aku tak mampu untuk lakukannya seorang diri, Hani. Tolong aku.'

Taehyung mengetap bibir, menahan rasa yang terbuku di hati. Dia kemudiannya memejamkan kembali matanya. Terasa malas dan tidak bermaya untuk pergi ke kerja pada hari ini.

~

Ish, kenapa dia masih ada dekat sini? Tak pergi kerja ke? Dah pukul 12 tengah hari kut. Haih.

Aku terus bangkit dari perbaringan tetapi secara tiba-tiba, aku ditarik semula oleh seseorang untuk baring kembali ke atas katil. Aku terkejut dan hampir sahaja terjerit. Jantung aku berdegup kencang kerana terlalu terkejut.

Aku berpaling ke arah Taehyung di mana dia semakin lama semakin mengeratkan pelukannya terhadap tubuhku.

Aish. Janganlah macam ni. Tolong. Aku lemah ni.

Aku merayu di dalam hati, memohon agar dia melepaskan aku. Aku rasa sangat lemah apabila bau maskulinnya menusuk masuk ke dalam rongga hidungku.

Okay. Bukan senang aku nak dapat peluang keemasan ni. Baik aku manfaatkan.

Terus aku duduk diam di dalam pelukan hangat Taehyung. Aku tidak boleh tidur kembali kerana aku rasa aku sudah lama terbuai mimpi sehingga aku tidak mampu lagi melelapkan mata.

Aku baring di sebelah Taehyung sambil memandang ke arah siling bilik kami. Kemudiannya, aku melirik mata aku ke arahnya yang masih nyenyak tidur.

Aku membetulkan kedudukan aku supaya berada dalam posisi mengiring. Aku tilik wajahnya lama.

Lagi sekali, aku dibuai dengan angan-angan. Aku terbayang jikalau kami ini pasangan suami isteri yang memang dibaluti dengan rasa kasih dan sayang serta cinta yang semakin hari semakin mekar.

Mata aku bergetar. Ah, aku tak mahu menangis lagi.

Dengan kudrat yang aku ada, terus aku mengankmgkat lengan sasa Taehyung dan dihempaskannya ke atas katil lalu aku berlari masuk ke dalam kamar mandi.

Ah, aku rasa aku telah mengejutkan Taehyung yang sedang tidur. Kenapa aku perlu menangis sebabkan dia? Aku tak kuat, Tuhan.

~

Taehyung terjaga daripada tidur. Dia dengar bunyi pintu ditutup kuat dari kamar mandi. Dia memandang lama ke arah bilik air.

Tak lama kemudian, dia terdengar sayup-sayup bunyi tangisan yang datang dari dalam kamar mandi itu. Terus matanya terbuntang luas sebelum dia berlari turun dari katil lalu mendekati pintu kamar mandi itu.

"Kenapa awak seksa saya begini, Taehyung? Saya penat, Taehyung. Saya terlalu penat untuk hadap semua ini. Kenapa awak tak pernah cuba untuk fahami saya?"

Tak lama kemudian, Hani menyambung kata-katanya.

"Tak Hani. Kau kena kuat. Kau kena hadapi semua ni. I'm going to continue my mission which is i want to hate you, Kim Taehyung."

Terdengar bunyi tangisannya semakin kuat seusai Hani membicarakan kata-kata hikmat itu. Taehyung terus bersandar pada pintu itu lalu dia jatuh terduduk.

Hatinya sakit mendengar tangisan gadis itu. Lagi-lagi, air mata gadis itu jatuh dari tubir mata kerana dia.

'Kenapa kau terlalu sakit wahai hati?'

Dia mengetap bibirnya rapat sebelum ditumbuk perlahan dadanya.

~

Aku sedang memasak ramyeon untuk diri aku memandang aku tersangatlah lapar tika ini.

Aku menelan liur kesat apabila bau ramyeon yang sudah siap dibuat oleh aku itu menusuk masuk ke rongga hidung aku dan mengetuk deria bau milik aku.

Baru sahaja aku ingin menyuap mulut aku dengan sesudu penuh ramyeon, aku mendapat sebuah panggilan telefon daripada seseorang.

Aku melirikkan mata aku ke arah skrin telefonku dan terlihat nama contact Chorong iaitu 'babycho' terpapar di skrin telefonku.

"Hmm, apahal?"

"A-apa yang kau baru cakap ni? Haha. Tak kelakarlah, bangang. Jangan prank aku sial."

Telefon aku akhirnya menyembah bumi sebaik sahaja Chorong menerangkan kembali beritanya sebentar tadi. Ouh.

Kau masih nak teruskan misi kau, Hani walaupun dia sekarang amat memerlukan seseorang?

•••

A VERY LONG AUTHOR NOTE.

Okay gais. I wanna ask you guys. Korang nak cerita ni just a short story or a long story.

Sebab, idae ada dua side of ideas. Ada yang idae boleh habiskan terus in a few chapters but this one tak da banyak konflik sangat so maybe hambar.

Ada yang idae akan habiskan maybe about 15-20 chapters more and this one maybe got a tons of conflict that might make you guys turn crazy. Haha.

So, how about you guys give you guys punya opinion? I desperately need yours cause sumpah dilemma nak pilih one of those two sides of ideas right now.

Hope you guys could help me solving this problem. Haha. Jasa anda amat dihargai.

Have a nice day. Happy 62nd Merdeka Day♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro