Bab Sebelas
This gonna be a very long chapter and the most sendu and hambar chapter, maybe? So, prepare yourself sebab banyak tea akan dispillkan di alam chapter ni. And, jangan lupa buka media kat atas supaya lebih feeling gitu bila baca. Hehe. Enjoyy.
~
'Only God know that I love you so damn much until I couldn't even find a way to hate you. You are just the precious and the perfect you that I knew.'
•••
"Cuba bagitau aku, kenapa kau buat semua ni? Bukankah kau sayangkan dia?" Soal Jungkook, rakan baik Taehyung sejak di universiti dulu.
Dia saja yang tau baik buruk, pahit manis hidup Taehyung kerana dia juga berada di dalam memori itu.
Taehyung meraup mukanya kasar sebelum keluhan berat dilepaskan.
"Aku...tak tahu, Kook. Aku tak boleh tinggalkan rutin aku yang satu tu. Tapi, aku pun tak sanggup sakitkan hati Hani. Apa aku dah buat ni, Kook?" Adu Taehyung kepada Jungkook.
Jungkook faham sangat dengan Taehyung bersama rutinnya itu. Rutin yang dia dulu terjebak sama tetapi sudah lama berhenti. Tinggal Taehyung sahaja yang masih meneruskan rutin mereka itu.
"Kau kena cuba tinggalkan rutin kau tu, Tae. Aku boleh, kau pun mestilah boleh. Memang payah tapi sentiasa beringat yang kau kena jaga hati Hani. Jangan kau menyesal kemudian hari sebab apa yang kau buat pada dia sekarang."
Taehyung mengluh lagi sebelum diteguk lagi wine yang berada di dalam gelas tinggi di hadapannya itu.
"Aku nak ceraikan dia."
Jungkook yang baru meneguk wine di dalam gelasnya terus tersembur.
"Ish. Pengotornya kau ni."
"Kau biar betul? Kau tu, acah macam kena paksa kahwin dengan Hani padahal kau sanggup paksa mommy daddy kau yang dah lama kau tak bercakap demi kahwin dengan Hani. Kau ni dah kenapa? Eee, ada juga aku cepuk kepala kau ni. Mereng betul otak kau kan?" Keluh Jungkook, pelik benar dia dengan perangai si Taehyung.
Ya, benarlah semua yang dikatakan oleh Jungkook. Dia yang memberanikan dirinya untuk bercakap dengan mommy daddynya yang sudah lama dia tidak bercakap akibat satu peristiwa.
~
Taehyung memandang Jungkook yang berada di sebelahnya di tempat duduk pemandu. Kini, dia berada di hadapan pagar rumah orang tuanya di dalam kereta milik Jeon Jungkook.
"Demi Hani. Kau pergi masuk dalam. Lebih cepat lebih bagus, kan?" Ujar Jungkook. Taehyung terus menarik nafas dalam sebelum dia keluar dari kereta milik Jungkook itu.
Kini, Taehyung berada di ruang tamu bersama orang tuanya.
"Straight to the point kenapa Tae datang sini."
Taehyung terus menolak telefon miliknya yang terpapar satu gambar milik seorang gadis yang diminatinya.
"Tae nak kahwin dengan dia. Dia pemilik Syarikat keluarga Do yang terkenal tu. So, mommy dengan daddy boleh buat perniagaan dua hala mommy dengan daddy tu. Taehyung tak kisah.
Cuma, satu syaratnya, mommy dengan daddy kena berlakon macam Tae tak suka dengan perkahwinan ni."
Tuan dan Puan Kim sudah mula mengerutkan dahi mereka. Pada mulanya, memang mereka suka yang Taehyung ingin berkahwin. Tetapi, kenapa perlu berlakon?
Tak lama selepas hari itu, Tuan dan Puan Kim memang sudah berjumpa dengan Tuan dan Puan Do. Mereka semua bersetuju sangat kerana memang mereka ingin melihat anak gadis mereka itu membina rumah tangga pada masa terdekat.
Di dalam perjumpaan keluarga mereka berdua di mana Hani bakal dikejutkan dengan berita dia dan Taehyung akan berkahwin itu, barulah Tuan dan Puan Kim faham kenapa Taehyung mengarahkan mereka untuk berlakon seperti dia tidak sudi dengan perkahwinan ini.
~
"Ikut kaulah, Tae. Aku pun dah tahu nak nasihat kau macam mana dah." Ujar Jungkook setelah lama mereka berdiam diri.
"Dia terseksa, Kook. Aku ni bukan suami yang baik. Aku kahwin dengan dia pun kau tahu kan sebab apa? Tapi, aku masih begini. Kenapa?"
"Kau yang tak nak berubah, Taehyung. Haih. Aku kenal sangat dengan perangai keras kepala dan ego kau tu. Kalau kau rasa itu yang terbaik, buatlah. Tapi, satu je aku nak cakap. Jangan menyesal kemudian hari, Tae. Dah tak berguna, Tae."
Jungkook terus bangkit dari duduknya sebelum meminta diri unruk pulang memandangkan sudah lewat malam. Meninggalkan Taehyung yang minum bersendirian itu.
Taehyung pula masih duduk dan terus menyambung minum tanpa menghiraukan Jungkook.yang sudah meninggalkannya itu.
~
"Argh." Taehyung mengaduh sakit apabila dirinya terlanggar dengan dinding di luar sebuah bar.
Dia cuba memandang ke hadapannya tetapi pandangannya kabur. Dia mula herjalan tetapi dia tahu, dia tidak mampu untuk berjalan dengan elok kerana dia sedang mabuk teruk.
Matanya menangkap sesusuk tubuh wanita berdekatan dengan tempat dia berdiri. Dia tergelak kecil sebelum berjalan ke arah wanita itu.
Secara tiba-tiba, dia menolak wanita itu ke dinding sebelum dicium wanita itu dengan kasar. Wanita itu cuba untuk menolak Taehyung tetapi dia tidak mampu kerana kudrat lelaki itu lebih kuat daripadanya.
Dush!
Satu tumbukan padu terkena pada wajahnya lalu dia jatuh tersungkur ke atas tanah.
"Sayang!" Wanita itu terus berlari ke arah jejaka yang baru sahaja menghadiahkan penumbuk tepat pada wajah Taehyung itu.
"Awak okay?" Soal lelaki itu kepada teman wanitanya. Wanita itu mengangguk laju. Lelaki itu terus memandang tajam ke arah Taehyung yang sedang terbaring di atas tanah.
"Dasar jantan tak guna!" Dia terus menandang Taehyung dan kedengaran suara Taehyung mengaduh kesakitan bergema. Mulut Taehyung mula dipenuhi dengan darah.
Lelaki dan wanita tadi terus meninggalkan Taehyung sendirian. Taehyung tergelak kecil sebelum dia cuba untuk bangun tetapi dia tidak mampu kerana badannya tersangatlah lemah tika ini.
Tak lama kemudian, dia pengsan bersendirian di situ.
~
Sebaik sahaja Chorong menceritakan yang Taehyung dibelasah oleh seseorang, Hani terus bergegas keluar dari rumah unuk bertemu dengan Taehyung di hospital yang dihantar oleh Jimin.
Ya, Jimin yang menjumpai Taehyung pengsan di tempat kejadian.
Seusi tiba di hospital itu, Hani terus berlari ke arah Taehyung yang sedang terlantar di atas katil hospital itu sebaik sahaja dia membuka pintu wad yang dihuni oleh suaminya itu.
"Taehyung!" Air mata gadis itu turun dengan lebatnya. Dia menggenggam tangan Taehyung erat sebelum dikucup lama.
Taehyung mencelikkan matanya perlahan apabila terasa sesuatu yang lembut terkena pada kulit tangannya. Lembut dan penuh kasih sayang.
Terlihat Hani sedang menangis di sebelahnya. Taehyung menarik tangannya perlahan dari terus diggenggam oleh Hani.
"Pergi." Ujar Taehyung perlahan tetapi cukup didengari oleh Hani. Hani menggeleng laju.
"Tak. Awak masih sa-"
"Aku kata pergi! Kau tak faham bahasa ke?!"
Terus terdiam Hani apabila dijerkah sedemikian oleh Taehyung. Dia terkedu.
"Kenapa awak buat macam ni pada saya, Taehyung? Awak tak puas lagi ke seksa saya? Tak puas lagi tengok saya menangis sebab awak? Awak memang tak da hati perut kan?"
Ujar Hani panjang lebar dengan air mata yang masih laju turun dari tubir matanya.
"Ya, semua itu benar. Memang akulah semua yang kau katakan. Jadi, kau boleh bencikan aku. Aku hanyalah memori yang sia-sia dalam hidup kau. Buang aku dari hidup kau kalau kau nak merasai apa itu kebahagiaan." Balas Taehyung selamba sebelum dia mengetap bibirnya.
Hani terdiam dan Taehyung sudah memalingkan wajahnya dari terus melihat Hani.
"Kenapa Taehyung? Tak bolehkah awak belajar untuk sayangi saya? Belajar untuk mencintai saya? Susah sangatkah permintaan saya ini?" Soal Hani, sayu.
Taehyung diam tidak membalas. Hani mengeluh perlahan. Dia menarik tanagn Taehyung kembali.
"Saya buka seperti perempuan-perempuan yang awak tiduri kah? Saya tak layakkah disentuh oleh awak? Mereka bukan siapa-siapa tetapi kenapa mereka dapat awak lebih daripada saya? Saya isteri awak, Taehyung."
Luah Hani. Dah lama dia simpan luahan ini. Dia tidak mampu meluahkannya kerana dia rasa perkara itu hanyalah sia-sia. Lihatlah, Taehyung hanya berdiam diri. Tidak membalas satu perkataan pun.
"Hina sangatkah saya di mata awak, Taehyung? Apa lagi yang perlu saya buat untuk awak sayangi saya?" Soal Hani tanpa tahu erti putus asa untuk membuatkan Taehyung menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan olehnya itu.
Taehyung mengetap bibirnya dengan lebih rapat sebelum matanya dipejamkan. Tangannya masih dibiarkan Hani menggenggamnya.
"Kenapa awak senyap, Taehyung? Saya nakkan jawapan dari awak. Tolong, Taehyung." Rayu Hani.
"Jawab saya, Taehyung." Rayu Hani lagi, tidak mahu berputus asa. Kali ini, Hani terus menarik wajah Taehyung supaya memandangnya. Muka lelaki itu kelihatan memerah.
"Pandang saya, Taehyung. Jawab semua persoalan saya dengan jujur. Saya nak tahu semuanya." Paksa Hani dengan wajahnya yang sudah lencun dengan air mata miliknya.
Taehyung cuba menarik wajahnya dari terus dipaksa memandang Hani tetapi Hani lebih erat menetapkan wajah Taehyung menghadap wajahnya.
"Jawab saya, Taehyung. Kenapa? Saya cuma nak tahu kenapa. Susah sangat ke?" Soal Hani.
Taehyung mengakat pandangannya memandang wajah lencun Hani. Hatinya direbut rasa sesuatu.
Tanpa dia sedar, dia terus menarik Hani mendekatinya lalu bibir mereka bertemu. Dia mula membuatkan ciumannya dan Hani semakin mendalam dengan meletakkan tapak tangannya di belakang kepala Hani dan menolaknya ke dalam ciumannya.
Hani pula membalas ciuman lembut daripada Taehyung itu. Air matanya gugur lagi di pipi tanpa bunyi.
Taehyung terus menolak perlahan wajah Hani dari terus berada di dalam ciuman lembutnya. Mata mereka bertembung. Lama.
"Aku harap itu dapat jadi satu-satunya memori terindah dalam hidup kau selama kau menjadi isteri aku. Mulai saat ini, kau bukan lagi isteri aku. Aku ceraikan kau." Ujar Taehyung.
Hani terkedu. Taehyung sudah bangkit dari katilnya lalu terus meninggalkan Hani bersendirian di dalam wad itu.
Taehyung bersandar pada pintu wad itu. Akhirnya, dia lepaskan Hani.
'Aku harap kau bahagia tanpa aku. Aku minta maaf sebab buat kau begini. Tapi, semua ini untuk kebaikan kau.. Aku harap kau terima dengan hati yang terbuka.'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro