Bab Lima Belas
Sorry gais. Saya terlalu banyak idea. Jadi, saya publish part ni. Grr😂
•••
'To be loved would be very lovely, but insecurity always makes me feel like i don't deserve anyone's loves'
•••
Taehyung meneguk lagi gelas yang berisi minuman alkohol itu. Dia mengelap bibirnya yang bersisa air beralkohol itu dengan belakang tangannya.
Kadang-kadang, dia menangis secara tiba-tiba. Kadang-kadang pula, dia tergelak. Orang di sekeliling tidak dia hiraukan malah dia mengeluarkan tangisan serta gelakan dengan cukup kuat sehingga mengganggu ketenteraman manusia-manusia yang juga datang ke bar itu.
"Bodohnya aku! Dasar Kim Taehyung bodoh! Bodoh tak boleh bawa bincang! Dasar bodoh!"
Itulah yang berulang kali dikeluarkan daripada mulut seorang lelaki bernama Kim Taehyung. Pekerja di bar itu juga tidak berani untuk menegur mahupun menghalau lelaki itu kerana dia tahu lelaki ini sangat berkuasa.
Jadi, dia hanya biarkan dan hanya pasrah jika ada beberapa pelanggan yang keluar kerana tidak tenang berada di bar itu.
~
"Kim Taehyung!"
Ppang!
Satu tamparan hinggap di pipi mulus milik Taehyung. Tuan Kim mandang Taehyung dengan muka yang merah menahan amarah.
"Mind to explain?! What the hell is going on, Kim Taehyung?!" Tuan Kim menghempaskan beberapa keping surat khabar di atas meja kerja milik Taehyung.
Taehyung hanya beriak selamba. Dia kisah apa pasal semua ini?
"They already explained those to me. Why not you read it and understand the situation?"
Dengan selambanya, dia menjawab persoalan daddynya. Tuan Kim sudah naik angin. Dia cuba bersabar dengan sikap Taehyung tapi ini sudah melampau sehingga memberi impak yang besar kepada jualan produk syarikat mereka.
"Apa yang kamu dah buat sampai kamu mabuk teruk dekat bar tu?! Yang kamu pergi tumbuk pelayan bar tu dah kenapa?! Syarikat dapat impak yang besar tau tak dengan tindakan bodoh kamu tu?!"
Tengking Tuan Kim, hilang sabar dengan sikap sambalewa Taehyung. Taehyung hanya menggulingkan biji matanya. Meluat.
Kalau boleh, tentang dia pakai seluar dalam warna apa pun nak diviralkan ke seluruh bumi Korea Selatan itu.
"Dahlah, daddy. Benda Tae tak sengaja, bukan? Tolonglah. Tae dah cukup pening dengan masalah yang bertimbun ni. Daddy pula datang serabutkan kepala Tae lagi." Rungut Taehyung malas.
Sungguh dia betul-betul putus asa dengan daddynya yang sering mementingkan syarikat daripada dirinya. Sebab ini juga dia tidak rapat dengan mommy dan daddynya. Semua kerana mereka rasa dia sudah cukup dibelai dengan wang.
"Kamu ni memang dah melampau, bukan? Daddy tolong kamu untuk kahwin dengan Hani, tapi kamu masih jadi anak tak pandai bersyukur macam ni, bukan? Kalau tak, memang taklah daddy nak tolong kamu."
Tuan Kim dengan sarkastiknya melemparkan kata-katanya pedasnya itu.
"Daddy!"
Taehyung sudah naik angin. Tengkingannya itu berjaya membuatkan Tuan Kim terhenti dari terus berkata-kata. Terkejut dengan suara yang naik seoktaf itu.
Ini memang Taehyung tidak minat. Hal dia, hal dia jelah. Tak perlu hendak dilibatkan dengan isterinya. Sudahlah semua masalah ini timbul kerana hubungannya dengan Hani yang semakin goyah. Daddynya pula selamba melibatkan Hani dalam masalah yang ditimbulkan oleh dirinya sendiri.
"Tae minta maaf tapi tolong keluar. Tae penat, daddy. Tae banyak lagi masalah kena fikir. Daddy tolonglah keluar."
Taehyung yang tadinya memandang Tuan Kim terus menundukkan wajahnya ke permukaan meja kerjanya lalu dia picit kepalanya perlahan bagi mengurangkan rasa denyutan yang menyakitkan kepalanya itu.
~
Taehyung mengintai dari balik pintu wad yang dihuni oleh Hani itu. Hani masih terbaring di atas katil dengan belakang badannya dihalakan menghadap pintu.
Taehyung menutup kembali pintu wad Hani itu lalu dia berjalan dengan lemah ke arah kerusi menunggu yang berdekatan dengannya. Dia melabuhkan punggungnya lalu dia menekup wajahnya.
"Encik Kim?"
Taehyung mengangkat kepalanya bagi melihat gerangan yang sepertinya memanggil dirinya.
"Kenapa tak masuk? Saya baru nak telefon Encik Kim suruh datang."
Kalini, kerutan di dahi Taehyung semakin bertambah. Telefon dia? Kenapa pula?
"Err. Kenapa nak telefon saya pula? Ada apa-apa ke yang terjadi pada isteri saya?" Soal Taehyung kepada doktor itu.
"Isteri encik tak nak makan. Ubat pun dia tak nak makan. Puas saya pujuk dia untuk makan sebab sakitnya macam makin melarat." Terang doktor iru membuatkan Taehyung terdiam.
"Takpa. Biar saya tolong pujukkan. Terima kasih, doktor." Ujar Taehyung dan dibalas dengan senyuman manis daripada doktor wanita itu.
"Saya minta diri dululah kalau macam tu." Taehyung hanya mengangguk bagi membenarkan doktor itu berlalu pergi meninggalkan dia di situ.
Taehyung mengeluh perlahan sebelum dia bangkit dan berjalan ke arah wad Hani. Pintu dibuka perlahan tetapi tindakannya terhenti apabila dia terdengar bunyi esakan kecil.
"Hei. Kenapa nangis ni? Ya Tuhan." Taehyung terus mluru untuk duduk di sebelah Hani. Dengan pantas dia menarik tubuh kecil Hani masuk ke dalam dakapannya.
"Ish, te- pilah." Hani masih lagi menangis dan dalam masa yang sama, dia cuba untuk menolak tubuh Taehyung menjauh darinya.
"Sshh. It's okay. You may cry. Cry as much as you want. Aku sudi jadi bahu kau." Ujar Taehyung sambil mengusap belakang tubuh Hani bagi menenangkannya.
Hani terus memberhentikan tindakannya lau dia sambung menangis. Sungguh dia rasa sunyi dan lemah sekarang. Rasa macam tiada lagi sebab untuk dia hidup.
"Saya dah tiada apa-apa. Saya perempuan hina. Saya jaga diri saya untuk suami saya yang sekarang ni adalah awak. T-tapi, sekarang saya dah tak boleh mengandung. Dahlah awak memang bencikan saya." Luahan hati Hani membuatkan Taehyung terkedu. Liur ditelan kesat namun dia tidak berhenti dari terus mengusap belakang tubuh Hani.
"No. I'm so sorry for all my worst actions towards you before. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. Aku minta maaf sebelum ni aku ego, tak mahu kau tahu perasaan sebenar aku selagi aku tak dapat buang rutin buruk aku itu dari hidup aku. Aku tak nak kau terluka."
Taehyung menarik nafasnya panjang. Dia menolak tubuh Hani keluar dari dakapannya. Dengan perlahan, dia mendekatkan jarak wajah mereka lalu bibirnya ditemukan pada bibir Hani.
Lama mereka kekal dalam posisi tersebut sehingga Taehyung sendiri melepaskan ciuman mereka. Dia mengusap wajah Hani yang dibasahi oleh air mata dengan ibu jarinya.
"Jadi, tolong. Beri aku peluang untuk aku buktikan cinta aku pada kau yang dah lama aku pendam."
•••
Hani bagi chance ke tak eh?🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro