Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab Enam

"To think of it, I know you will become as soft as the cotton when it's about me."

•••

"Aku dapat rasa kan. Taehyung ada sakit mental do. Auch!" Chorong mengusap kepalanya yang ditampar oleh aku

"Kau jangan merapu boleh tak? Aku jumpa ni sebab nak minta tolong, bukan nak dengar kau merepek." Ujar aku geram. Chorong tersengih sumbing.

"Aku rasa aku ada plan."

~

Kini sudah hampir tengah malam dan aku pula sedang  menanti kehadiran seseorang di sebuah bar. Ini semua aku mengikuti plan Chorong. Agak bernas jadi aku hanya ikut.

"Nak tahu isi hati anak Kim? Inilah plannya."

Itu katanya jadi aku akur. Aku mengangkat wajah aku apabila satu susuk sedang berdiri di hadapan aku.

Park Jimin. Teman lelaki Chorong.

Aku menggigit bibir bawah aku lembut,memandang ke arahnya. Dia tersenyum nipis sebelum duduk di sebelah aku dengan diselangkan dengan tiga buah kerusi.

Baru sekarang aku rasa idea Chorong teramatlah gila. Tapi, benda dah mula, takkan aku nak lari. Aku boleh nampak Chorong mengangkat tangannya menunjukkan tanda 'okay' kepada aku.

"Jom mula." Aku membuat mimik mulut dan Jimin mengangguk sebelum dia tersenyum. Aku terus mula beraksi. Aku meneguk beberapa alkohol di hadapan aku.

Bunyi loceng di pintu bar itu berbunyi kuat akibat pintu dibuka secara kasar membuatkan jantung aku berdegup kencang kerana aku merasakan kehadirannya.

Aku mengangkat pandangan aku dan dia berada di situ tetapi aku menghiraukannya. Dia hanya berdiri di situ melihat aku dari jauh.

Jimin pula mula beraksi. Dia yang berada agak jauh dari aku terus bangun dari duduknya lalu duduk di sebelah aku.

Tapi, lain yang jadi apabila aku benar-benar mabuk. Aku tergelak kuat. Jimin dah mula pelik tetapi dia masih meneruskan aksinya.

"Hai, pretty. Seorang je ke?" Soal Jimin dengan nada yang menggoda.

"Jangan ganggu saya. Saya...ada suami. Nanti dia datang belasah awak!" Aku menjerit kuat sebelum tubuh Jimin ditolak perlahan.

~

Jimin tersentak. Dalam fikirannya sudah tahu yang Do Hani kini sudah mabuk. Jimin berdecit.

'Perempuan ni tadi rancang dengan girlfriend aku nak acah mabuk, sekarang apa? Dia mabuk betul? Tch!'

"Wah. Garang. Mesti ganas kalau dibiarkan atas katil kan?" Jimin hanya meneruskan sesi beraksinya. Dia menyentuh pipi Hani perlahan.

Dush!

Tanpa diduga, mukanya berjaya menerima hadiah sebuah penumbuk dari seseorang dan dia kenal siapakah gerangan itu.

"Dasar lelaki tak guna!" Taehyung sudah menolak Jimin jatuh ke lantai dan ingin menghadiahkan penumbuk pada wajah Jimin lagi tetapi tindakannya terhenti apabila mendengar seseorang memanggilnya.

"Taehyung..." Panggilan meleret daripada Hani membuatkan Taehyung terus bangkit lalu dia duduk di sebelah Hani.

"Ye, ye. Aku ada dekat sini. Kita balik ye?" Pujuk Taehyung sambil tangannya mengusap pipi Hani sejurus menyelitkan rambut yang menutupi muka Hani ke belakang telinga.

Terus Taehyung mengendong Hani secara 'bridal style' sebelum dia terus keluar dari situ.

~

Chorong memberikan telefon Hani kepada salah seorang pelayan bar di situ. Dia menunjukkan nombir telefon yang dia mahu mereka telefon apabila Hani dan Jimin sudah tiba di situ.

Ya, nombor telefon Taehyung.

Tak lama kemudian, Jimin tiba di situ dan Hani sudah memandang ke arahnya. Dia menyuruh pelayan bar itu menelefon Taehyung.

"Hello, encik. Encik ni kenalan kepada pemilik telefon ini ke?"

"Ah, ye. Ni, pemilik telefon ni, dia mabuk teruk. Saya hanya ingin seseorang mengambilnya pulang."

Pelayan bar itu terus mematikan panggilan apabila tugasnya selesai dan Chorong sudah memandang Hani lalu tangan berbetuk 'okay' diangkat olehnya.

Chorong hanya memandang aksi Hani dan Jimin. Tetapi, tak lama kemduian, dia menampar dahinya apabila dia lupa yang Hani tidak tahan dengan air alkohol. Mudah mabuk.

Dan kini, Taehyung sudah tiba dan Hani sudah mabuk teruk. Jimin pula sudah bangun dari duduknya dan duduk di sebelah Hani.

Chorong menekup mulutnya pabila melihat teman lelakinya ditumbuk oleh Taehyung tanpa diduga. Apabila satu lagi tumbukan ingin melayang pada wajah Jimin, Chorong menutup matanya.

'Menyesal juga aku bagi idea ni.'

Tetapi, apabila Hani bersuara, Chorong merasa lega. Seusai Taehyung membawa Hani keluar dari situ, Chrong terud berlari ke arah teman lelakinya.

"Awak okay?" Soalnya risau.

"Nasib sayang. Kalau tak, haih. Jomlah keluar." Arah Jimin lalu dia menarik tangan Chorong keluar dari situ.

~

Taehyung memandu keretanya menuju ke rumah mereka. Dia serabut. Sebaik sahaja dia menerima panggilan dari pelayan bar itu, dia terus bergegas ke situ untuk mengambil Hani.

"Tak boleh ke sekali kau tak menyusahkan aku?" Soalnya kepada Hani walaupun dia tahu Hani tidak akan membalasnya.

Taehyung mengeluh perlahan. Kenapa dia perlu terselit juga dalam takdir kehidupan perempuan bernama Do Hani itu? Dia hanya lelaki tidak berperikemanusiaan. Nak dibandingkan dengan Hani, macam langit dengan bumi.

"Saya sayang awak, Kim Taehyung."

Ayat itu membuatkan diri Taehyung tersentak. Ayat itu bagaikan menghentikan masa. Taehyung mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum liur ditelan kesat.

"Tak. Tak. Kenapa dengan aku ni? Macam tak biasa perempuan bagi ayat macam tu kat aku. Haha." Taehyung menggeleng kepalanya sebelum tergelak kecil.

"Tapi, dia lain, Kim Taehyung."

Pedal brek ditekan laju dan keretanya terus terhenti di sisi jalan besar itu. Nasib sahaja tika itu sudah tidak banyak kereta yang berada di atas jalan raya memandangkan hari sudah betul-betul lewat.

Dia memandang Hani tidak percaya. Macam mana perempuan ini boleh jadi lain? Dia bukan siapa-siapa bagi seorang Kim Taehyung.

"Siapa kau, Do Hani? Siapa kau dalam hidup aku?" Soal Taehyung perlahan. Dia tiba-tiba terdetik unuk mengetahui siapakah Do Hani srbenarnya dalam hidupnya.

Ayat dari isi hatinya tadi membuatkan dia betul-betul buntu.

'Ya, Hani bukan siapa-siapa dalam hidup aku. Ya. Aku yakin. Ini hanya...mainan perasaan aku je. Aku hanya memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Aku yakin.'

Terus Taehyung memandu semula menuju ke rumah mereka. Dia dengan gigihnya membuang segala perasaan yang mengacau mindanya.

'Kau bukan siapa-siapa pada aku.'

"Tapi, bukankah kalau memikul tanggungjawab sebagi suami ialah di mana kau perlu mencintai dia?"

•••

Done for today. Ni update sebab tak nak idea melompat hilang dari kepala otak. So, tunggulah update lagi sebab idae pun tak tahu bila.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro