Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab Dua Puluh Satu

'I don't wanna tell you something that might hurt you. Cause, if you're hurt, i'm also hurt to see you're in pain.'

•••

"Awak. Bangun! Jom makan breakfast!" Hani memgejut Taehyung seusai membuka langsir yang menghalang cahaya matahari daripada mengisi ruang di dalam bilik tidur mereka itu.

Taehyung mengerang kecil apabila cahaya matahari mula menerobos masuk, mengganggu tidurnya yang lena.

"Sayang. Aku nak tidurlah. Erm, penat." Taehyung menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut. Hani terus duduk di atas katil lalu menggoncangkan tubuh Taehyung.

"Bangunlah. Dah lama sangat dah awak tidur. Matahari dah terpacak dah ni. Penat apa- Argh!" Hani terjerit kecil apabila Taehyung dengan pantas terus menarik tubuhnya jatuh terbaring ke atas katil lalu dimasukkan ke dalam dakapan Taehyung.

"Yah, Kim Taehyung. Lepaslah. Ish, awak ni dah lah tak mandi lagi. Saya dah mandilah." Hani cuba menolak tubuh Taehyung dari terus emmeluknya tetapi Taehyung lagi mengeratkan pelukannya terhadap tubuh kecil Hani itu.

"Erm. Kejaplah. Stay for a minute." Taehyung menyembamkan kepalanya ke dalam ceruk leher Hani sehingga membuatkan Hani tergelak kecil.

Geli dia rasa apabila Taehyung berbuat demikian tetapi dia hanya membiarkan sahaja.

"Yah!" Hani terus menolak tubuh Taehyung dengan kuat apabila Taehyung menggigit lehernya. Wah, ini sudah melampau.

"Hehe. Bila lagi nak bagi tanda yang kau hanya aku yang punya?" Ujar Taehyung dengan senyuman sinis. Hani terus menampar lengana sasa Taehyung itu dengan wajhanya yang mula memerah kerana menahan rasa malu.

"Gatal kan awak ni. Eee, dahlah. Bangun, mandi, lepastu turun makan breakfast. Saya tunggu kat bawah." Hani terus bangkit dari duduknya tetapi tubuhnya terjatuh kembali duduk di atas katil.

"Taehyung. Tolonglah. Jangan gatal sangat pagi-pagi ni. Saya penat layan awak." Hani merengek kecil sehingga membuatkan pipinya dicubit geram oleh Taehyung.

"Comelnya isteri aku ni. Eee, geram."

Hani hanya monyok wajahnya apabila diperlakukan sebegitu oleh Taehyung. Apa fikir dia masih budak kecil?

Tanpa dia jangka, bibirnya dikucup lembut oleh bibir Taehyung sebelum bayang Taehyung akhirnya hilang dari pandangannya kerana sudah berlari masuk ke dalam tandas.

"Yah, Kim Taehyung!"

~

Taehyung dan Hani sedang menjamu selera di meja makan. Inilah kali pertama mereka berdua makan bersama di rumah.

"Sedar tak, selama hampir setahun kita kahwin, ini kali pertama kita makan bersama." Hani tergelak kecil tetapi tidak Taehyung.

Taehyung hanya menundukkan kepalanya sahaja apabila mindanya tiba-tiba diterpa oleh beberapa peristiwa pahit yang dia perlakukan kepada Hani jika melibatkan tentang makan bersama.

Tiba-tiba, tangannya disentuh lembut oleh Hani lalu Taehyung mengangkat wajahnya memandang ke arah Hani yang tersenyum manis.

"Saya tak berniat nak bagi awak rasa bersalah. Saya cuma terlalu gembira yang akhirnya kita dapat makan bersama macam ni." Ujar Hani lembut lalu mengundang senyuman nipis daripada Taehyung.

"Dahlah. Makan sampai habis roti tu. Awak mula kerja bila?" Soal Hani kepada Taehyung lalu menyuapkan mulutnya dengan roti berintikan jem anggur itu.

"Tak nak masuk kerjalah. Nak duduk dengan sayang aku ni je kat rumah." Taehyung berkata bagi menjawab persoalan Hani kepadanya lalu Hani dengan pantas memijak kaki Taehyung bersama ketapan gigi, geram.

"Argh. Sakitlah, sayang. Apa ni main pijak-pijak kaki suami ha?" Taehyung mengaduh sakit sambil menarik kakinya menjauhi kaki Hani lalu diusap perlahan kakinya yang dipijak penuh kasih sayang itu.

"Yelah. Main-main je tahu. Mana boleh tak pergi kerja. Nanti kita nak makan apa kalau awak tak kerja?" Soal Hani.

"Makan nasilah? Aku kan bos. Jadi, apa salahnya kalau aku tak datang kerja pun. Setiausaha aku pun boleh je nak datang rumah kalau ada dokumen yang perlu aku tandatangan." Sedap mulutnya sahaja Taehyung berkata.

"Kita, walaupun sebagai seorang bos, mana boleh buat macam tu. Tanggungjawab itu perlulah dipikul. Jangan main lepas je." Nasihat Hani kepada Taehyung lalu Taehyung hanya mencebik.

"Yelah, sayang. Esok aku mulalah kerja. Dah sayang aku ni halau aku sangat pergi kerja." Rajuk Taehyung sambil berpeluk tubuh.

"Ha, ini yang kita mahukan. Dahlah. Saya nak pergi naik atas. Nak kemas bilik." Hani terus bangkit lalu menuju ke arah sinki bersama pinggan yang sudah kosong itu.

Dia mula membasuh pinggan tersebut tetapi terkejut apabila dua lengan kekar melingkari pinggangnya lalu bahunya ditimpa dengan dagu.

Tak lain dan tak bukan. Mestilah si suami.

"Janganlah kacau. Saya nak basuh pinggan ni." Ujar Hani lembut tetapi tangannya masih ligat membasuh pinggan yang masih berada di dalam sinki.

"Tinggalkan jelah dekat pembantu rumah. Nanti diorang pandai-pandailah buat kerja diorang." Balas Taehyung.

"Tak perlulah. Pinggan ni sikit je. Baik saya basuh sendiri saja. Diorang pun ada kerja lain nak buat selain basuh pinggan. Ha, ni dah siap dah pun."

Baru sahaja Hani ingin menanggalkan sarung tangannya itu, tubuh terus dipusing oleh Taehyung lalu Taehyung mengunci tubuhnya pada sinki itu.

Hani menelan liur apabila Taehyung mendekatkan wajah dengan wajahnya sehingga terasa nafas hangat milik Taehyung itu mengenai wajhanya.

"A-apa awak nak-" Kata-kata Hani terhenti apabila mukanya direnjiskan dengan air oleh Taehyung. Matanya terpejam akibat terkejut lalu dia mengetap bibirnya, geram.

"Kim Taehyung." Hani memanggil nama suaminya itu perlahan, cuba mengawal suaranya manakala Taehyung sudah tergelak besar.

Hani menanggalkan sarung tanagn dari tangannya itu sebelum dicelikkan matanya memandang ke arah Taehyung, tepat pada anak mata milik ellaki itu.

Taehyung dengan pantas, terus berkari melarikan dirinya daripada dibalas dendam oleh Hani.

"Jaga awak. Saya dapat awak, memang lenjun saya kerjakan awak." Hani terus mengejar Taehyung yang kini sedang mendaki tangga dengan laju lalu memasuki bilik tidur mereka berdua.

Tubuh Hani kini telah ditarik masuk oleh Taehyung lalu pintu ditutup dan tubuh Hani ditolak bersandar pada pintu bilik mereka itu.

Tanpa dijangka, Taehyung menyatukan bibir mereka lalau Hani pula membalas ciuman Taehyung itu.

"Ini yang kau harapkan tadi, bukan?" Soal Taehyung sebaik sahaj dia meleraikan ciuman merka. Muka Hani mula berona merah lalu dia menundukkan wajahnya, malu.

Taehyung mendongakkan kepala Hani memandangannya dengan menggunakan jari telunjuknya yang diletakkan pada dagu milik Hani lalu dia mencium bibir Hani sekali lagi. Hanya satu kucupan pantas.

"I love you, Do Hani."

"Love you too."

~

Minah cuba untuk menelefon Taehyung tetapi panggilannya tidak diangkat walaupun sudah hampir lima kali dia menelefon.

"Aish! Kenapa dia tak angkat telefon ni?" Minah membaling telefonnya tepat mendarat ke atas katil bujangnya. Dia merengus kasar.

"Kau nak main kasar ye. Takpa, aku pun nak main kasarlah. Mana adil kau seorang je yang main. Let's start the game, babe."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro