Bab Dua Puluh Lapan
Cubalah dengar lagu kat atas sambil baca. Sebab idae tulis part ni sambil dengar lagu tu. Grr.
Btw, jangan lupa baca Bab 27.
•••
'Love you only, princess.'
•••
Taehyung menyandarkan tubuhnya pada kerusi pejabatnya. Dia mengeluh berat.
Penat selepas mempunyai perjumpaan terkejut dengan klien yang sepatutnya diadakan lusa tetapi disebabkan mereka perlu pulang ke Jepun pada esok hari, terpaksalah dia adakan perjumpaan tersebut pada hari ini.
Bunyi deringan telefon mengejutkan dirinya lalu dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello?"
"A-apa?!"
"Jap. Aku balik!"
Taehyung bergegas bangkit dari tempatnya lalu dia menggapai kot kerjanya lalu berlari keluar dari pejabatnya.
Matanya sudah berair memikirkan keadaan isterinya yang dikhabarkan ditikam di perut.
"Argh! Cepatlah!" Dia menekan berkali-kali butang tutup bagi pintu lif terdebut, kalut.
Tiba di keretanya, dia memasuki perut kereta lalu memandu keluar dari kawasan syarikatnya.
Hatinya yang resah membuatkan suaranya tidak terkeluar. Mahu dia meraung tetapi dia tidak mampu.
"Shit." Dia memaki perlahan apabila jalan yang hendak dia lalui itu sekarang sedang sesak teruk.
Hampir sahaja dia menangis kerana terfikirkan isterinya yang mungkin sudah tiba di hospital.
Air matanya tak lama kemudian mengalir perlahan menuruni pipinya.
"Kenapa banyak sangat dugaan yang perlu Hani hadapi sebab aku? Kenapa bukan aku? Dia tidak layak untuk menderita sebegini. Tolonglah, Tuhan."
Daripada hanya 15 minit sahaja perjalan, hampir sejam juga dia mengambil masa untuk tiba di hospital yang berdekatan dengan rumahnya melepasi jalan yang sesak teruk itu.
"Tuan muda!" Panggil seseorang membuatakn Taehyung yang baru sahaja ingin bertanyakan kepada kaunter tentang keberadaan isterinya terus berpaling melihat ke arah gerangan yang memanggilnya itu.
"Mana isteri aku?" Soal Taehyung kepada lelaki itu.
"Dia masih berada di dalam bilik pembedahan, tuan." Balas lelaki itu dengan hormatnya.
"Aish." Taehyung merengus kasar sebelum dia duduk di kerusi yang berdekatan dengannya itu. Dia menekup wajahnya, kesal.
Kesal kerana meninggalkan isterinya tadi. Kalaulah dia tidak meninggalkan Hani tika itu hanya untuk pergi ke kerja, sudah semestinya Hani akan selamat.
Tak lama kemudian, Taehyung mengangkat wajahnya apabila dia teringat untuk menelefon ahli keluarganya terutama sekali keluarga Hani.
"Hello, mama. H-hani. Dia ada dekat hospital." Ujar Taehyung tersekat-sekat.
"Siapa penjaga kepada pesait bernama Do Hani?" Persoalan itu menerpa ke dalam rongga pendengaran Taehyung lalu membuatkan Taehyung terbangun dari kerusi lalu mengangkat tangannya.
"Saya suami dia, doktor." Kata Taehyung lalu beransur ke arah doktor tersebut.
"Macam mana dengan keadaan isteri saya, doktor?" Soal Taehyung tanpa sempat doktor itu membuka mulut bagi menerangkan apa yang terjadi.
"Isteri encik okay. Jangan risau. Luka tikaman tidak terlalu dalam. Namun, disebabkan kesan tikaman itu lebar, jadi kami menghadapi kesukaran untuk menjahit luka tersebut. Tapi, jangan risau. Sekarang isteri encik memang sudah baik. Encik boleh melawat selepas kami tempatkan isteri encik di wad."
Terang doktor itu panjang lebar membuatkan Taehyung melepaskan nafas lega. Lega dengan apa yang didengarinya.
"Terima kasih, doktor!" Ucap Taehyung sebelum doktor iru tersenyum manis lalu meninggalkan Taehyung.
"Taehyung!"
Taehyung memalingkan wajhanya menghadap gerangan yang memanggilnya.
"Macam mana dengan anak mama?" Soal Puan Do kepada Taehyung. Tuan Do yang berada di sebelah Puan Do juga seperti berharap akan jawapan dari Taehyung.
"Hani okay, ma. Jangan risau." Balas Taehyung, tersenyum.
"Haih. Nasib baik." Puan Do mengurut dadanya yang agak sesak sejak dia dengar daripada Taehyung tentang Hani yang dimasukkan ke dalam hospital itu.
"Kamu ada syak siapa-siapa ke yang buat benda ni kat isteri kamu?" Soal Tuan Do kepada Taehyubg membuatkan muka Taehyung mengeruh.
"Taehyung tahu sangat. Tak lain, tak bukan. Yoo Minah." Kata Taehyung dengan hatinya yang mula bergelora, diombak dengan rasa marah.
"Eh, perempuan tu tak kena tangkap lagi?!" Soal Puan Do terkejut.
"Belum, ma. Tapi, Taehyung akan pastikan, lepas apa yang dia dah buat pada Hani, dia akan masuk penjara secepat yang mungkin. Mama dengan papa jangan risau. Nanti Taehyung runding dengan ketua polis untuk tegaskan kes ni."
Ujar Taehyung, memberi semangat kepada mama dan papanya itu. Mereka hanya mengangguk kepala sebelum mereka bertiga beransur untuk pergi ke wad Hani ditempatkan.
~
"Saya berharap, semua anggota polis seluruh Korea selatan lebih tegas akan kes saya dan isteri saya ini lepas percubaan membunuh buat kali kedua yang batu sahaja timbul ini."
Kata Taehyung dengan epnuh harapan kepada ketua polis ibu pejabat Seoul itu dan anggota-anggota polis yang lain.
"Tuan Kim jangan risau. Kami akan buat sehabis yang mungkin untuk menangkap penjenayah tersebut. Tuan boleh percayakan kami."
Balas ketua polis tersebut dan mendapat sokongan dari beberapa anggota polis yang juga berada si dalam bilik mesyuarat kecil di ibu pejabat polis Seoul.
Kemudian, mereka semua bangun termasuk Taehyung dan Taehyung bersalaman dengan ketua polis tersebut.
"Terima kasih, tuan kerana memberi kerjasama dalam menyelesaikan kes saya ini." Ujar Taehyung, mengucap terima kasih kepada ketua polis itu.
"Sudah menjadi tanggungjawab saya, Tuan Kim." Balas ketua polis itu sebelum beliau mengiring Taehyung keluar dari bilik mesyuarat itu.
"Aku akan pastikan kau takkan terlepas kali ini, Yoo Minah."
~
Minah sedang melihat baki duit dalan akaun miliknya yang terpapar di skrin mesin ATM itu.
Dia menelan liur sebelum bercadang untuk mengeluarkan semua duit yang sedang dia kumpul itu.
Dia keluar dari bank itu lalu menyorokkan duitnya di dalam jaket yang dipakainya. Topinya diperbetulkan sebelum dia berjalan ke arah keretanya.
Dia mula memandu ke lapangan terbang antarabangsa Seoul kerana dia sudah fikir masak-masak untuk lari dari bumi Korea ini bagi mengelakkan dirinya meringkuk di dalam penjara selepas dia meyelesaikan misinya tempoh hari.
Nasib juga dia menyimpan dompetnya di dalam kereta di mana terdapat pasport dan kad pengenalannya.
Dia menundukkan wajahnya ketiak berjalan di alam lapangan terbang yang sesak dengan orang ramai itu.
Lebih mudah kerjanya untuk mengelakkan seseorang perasan akan dirinya yang menjadi buruan polis dengan keadaan sesa begini.
Dia pergi ke kaunter tiket sebelum mengeluarkan dompetnya beserta sampul coklat yang berisi duit miliknya itu. Kad pengenalan dan pasportnya diberi kepada penjaga kaunter itu.
"Ehem. Tiket ke Beijing satu, first class." Ujar Minah kepada pekerja tersebut lalu pekerja tersebut meneliti pasport dan kad pengenalan milik wanita di hadapannya itu.
"Cik Yoo Minah?" Soal pekerja tersebut kepada Minah.
"Ya, saya." Balas Minah, ringkas.
Tiba-tiba, suasana di lapangan terbang itu terus senyap seketika. Minah terus memalingkan wajahnya, cuba memandang apa yang terjadi.
Terus lututnya lemah apabila melihat dia dikepung oleh beberapa orang anggota polis yang sedang emmegang pistol di tangannya.
Dia menelan liurnya lalu mengangkat tangannya ke udara perlahan. Tanpa berlengah, terus dia cmberkari melepasi anggota-anggota polis itu dengan menggelonsor di atas lantai.
Dia terlepas daripada kepungan itu tetapi...
BBAM!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro