Bab Dua Puluh Empat
'There's no other women that could replace you in my heart. It's only you who deserve the place in my heart.'
•••
"Dah balik? Pergi mana tadi? Saya bangun tengok awak dah tak ada dekat sebelah." Soal Hani kepada Taehyung.
Taehyung duduk di sebelah Hani yang sedang berada di hadapan televisyen itu lalu menyandarkan tubuhnya pada sofa dan mendongakkan kepalanya, penat.
"Ada kerja dekat pejabat tadi." Jawab Taehyung, tipu. Hani hanya menganggukkan kepalanya lalu menyandarkan kepalanya pada lengan sasa milik Taehyung itu.
"Laparlah. Diorang ada masakkan apa-pa tak?" Ujar Taehyung kepada isterinya.
"Tak ada lagilah, Tae. Lambat lagi nak makan tengah hari. Nak saya suruh diorang masakkan sesuatu untuk awak ke?" Soal Hani lalu memandang Taehyung.
"Erm. Nope." Taehyung membalas lalu terus mengucup bibir Hani sekejap.
"Tiba-tiba dah hilang rasa lapar bila tengok kau." Taehyung tersengih petak dan akhirnya mendapat tamparan daripada Hani di lengannya.
"Ish, suka tau usik orang."
"Mestilah. Isteri aku ni comel sangat bila marah." Balad Taehyung selamba. Hani merengek kecil lalu Taehyung terus memeluk Hani.
"Ye, yelah tu. Saja nak bodek lah tu." Balas Hani selamba membuatkan Taehyung tergelak kecil.
"It's okay, dear. Even kau hodoh mana sekalipun bila marah, aku akan tetap sayangkan kau seorang je. Tiada siapa boleh rampas takhta kau dalam hati aku." Ujar Taehyung.
"Eee, sejak bila jadi cheesy semacam ni?" Hani bertanya namun Taehyung hanya tergelak lalu mengucup perlahan ubun-ubun milik Hani.
"Sejak kau wujud dalam hidup aku."
~
Unknown number:
Sampai hati you tinggalkan I dekat butik tadi pagi.
Sedih I bila tengok you dah tak da dekat dalam butik.
Taehyung merengus kecil lalu mematikan kembali telefonnya. Hani kini sudah tertidur dengan kepala yang beralaskan pahanya di atas sofa.
"I will face all the obstacles alone. Aku takkan sesekali biar kau merana sekali lagi hanya disebabkan aku. Aku janji."
~
"Pastikan sediakan pengawal depan bilik aku. Kalau perempuan tu datang nak serbu pejabat aku, kau boleh arah pengawal tu halau dia. Faham?"
Setiausaha Taehyung itu hanya menganggukkan kepalanya, akur dengan arahan bos besarnya.
Taehyung terus memasuki pejabatnya sebaik sahaja arahan telah diberikan. Dia menghenyakkan punggung ke atas kerusi pejabatnya.
Tiba-tiba, dia mengerutkan dahinya apabila dia rasa mejanya ada sedikit kekurangan. Dia cuba memikirkan kebarangkalian barang apa yang kekurangam di atas meja pejabatnya.
Gambar. Ya, gambarnya bersama Hani tiada di atas meja pejabatnya.
Terus dia gelabah mencari gambar itu di setiap laci mejanya tetapi tidak dijumpai. Dia meliarkan matanya ke setiap sudut pejabatnya sehinggalah matanya dapat menangkap di satu sudut pejabatnya, ada kaca-kaca yang sudah pecah berderai, ditambah dengan bingkai gambar dan dua keping gambar.
"Damn."
Dia terus menekan butang interkom pada telefon pejabatnya dan disambungkan ke setiausahanya.
"Kau masuk bilik aku sekarang."
Taehyung berjalan ke arah kaca-kaca tersebut dan merendahkan tubuhnya lalu diambil dua keping gambar yang terdapat di sebalik kaca-kaca tersebut.
"Ark." Taehyung mengaduh perlahan apabila serpihan kaca terkena pada jari telunjuknya sehingga darah mila menitis satu per satu.
"Tuan Kim. Ada apa panggil saya?" Soal setiausahanya sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke dalam pejabat milik Taehyhng itu.
"Ark. Kau kemas kaca-kaca ni semua. Buang bingkai gambar yang dah pecah tu." Kata Taehyung lalu setiausahanya itu akur akan arahannya lalu mula melakukan tugas.
Taehyung berjalan ke arah meja pejabatnya lalu dia meletakkan dua keping gambar itu ke atas meja pejabatnya lalu dia mengambil peti kecemasan bagi mencari plaster.
Dia melekatkan plaster tersebut di bahagian lukanya tadi. Dia menyimpan peti itu semula ke tempatnya lalu memandang ke arah gambar-gambar itu.
Satu adalah gambarnya bersama Hani. Satu lagi ialah gambar Hani yang dia curi-curi ambil ketika mereka belajar di universiti yang sama dulu.
Taehyung mengambil gambar Hani itu lalu tersenyum kecil. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh cinta pada Hani tapi kali pertama dia mengetahui tentang kewujudan Hani ialah di perpustakaan universiti.
Ya, semasa dia sedang berciuman dengan seorang gadis. Taehyung cuba mengingati nama gadis itu tetapi tidak berjaya. Mungkin kerana terlalu ramai gadis yang telah dia luangkan masanya bersama. Jadi, dia hanya lupakan sahaja niatnya.
"Kau terlalu istimewa buat aku sampaikan segalanya tentang diri kau buatkan diri aku jadi tak keruan. Kau adalah wanita pertama dan terakhir yang akan sentiasa menghuni hati aku."
~
Minah melihat pantulan dirinya pada cermin tandas perempuan di bangunan syarikat milik Taehyung itu.
Dia tersenyum apabila sudah merasakan dirinya cantik untuk bertemu dengan si pujaan hati.
"Kenapalah kau masih tak nampak kecantikan aku ni? Nak dibandingkan dengan isteri kau. Hmm, cantik lagi aku." Ujarnya sambil meneliti wajahnya dan tubuhnya di pantulan cermin itu.
Setelah berpuas hati, dia terus keluar melangkah ke arah lif lalu memasuki lif tersebut sebaik sahaja pintu terbuka.
Seusai tiba di aras pejabat Taehyung, dia keluar dari lif tersebut lalu dengan bongkak, dia berjalan ke arah pejabat Taehyung.
Dia mengerutkan dahinya apabila tubuhnya ditahan oleh dua orang pengawal yang berada di kiri dan kanannya.
"Eh, tepi sikit. I ni bakal isteri CEO Kim. Jadi, bagi laluan. I nak jumpa bakal suami I." Ujar Minah dengan angkuh.
"Maaf, cik. Cik dilarang sama sekali untuk menjejakkan kaki ke dalam pejabat Tuan Kim. Kami hanya menjalankan tugas yang diberikan." Ujar salah seorang pengawal tersebut.
"Ish, tepilah! Kan I dah cakap yang I ni bakal isteri Tuan Kim korang tu. Nanti I dengan dia dah nak kahwin dah! So, you guys tak da hak nak halang I dari jumpa bakal suami I!" Tengking mInah, geram dengan dua orang pengawal itu.
"Maaf, cik. Sila beri kerjasama."
Pengawal itu masih berlembut dengannya tetapi Minah terus menolak tubuh pengawla tersebut. Dua orang pengawal itu menarik tubuh Minah yang kini sedang meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Yah! Lepaslah! I ni bakal isteri Tuan Kim tau! Nanti I dah jadi isteri dia, korang aku suruh Tuan Kim pecat! Yah!" Minah cuba untuk melepaskan dirinya daripada terus diheret.
Mereka membawa Minah masuk ke dalam lif lalu turun ke bawah. Tubuh Minah ditolak sebaik sahaja mereka tiba di lobi bangunan syarikat itu.
Tanpa berkata apa-apa, terus mereka memberi isyarat kepada pengawal yang lain supaya mengawal pergerakan wanita gila itu daripada naik ke tingkat atas. Mereka kemudiannya terus naik ke tingkat atas semula.
Pengawal yang lain itu hanya mengangguk faham sebelum mula menjalankan tugas mereka apabila kelihatan Minah cuba untuk najk ke tingkat atas semula.
"Lepaslah! Nanti aku dah kahwin dengan CEO syarikat ni, korang tahulah apa yang aku akan buat kat korang! Argh!"
~
Unknown number:
*insert picture*
Kau rasa kau layak dapat Taehyung?
Aku lebih layak daripada kau sebab tu dia sanggup datang nak spend a night dengan aku.
•••
Okay. Di sini pula saya selitkan gambar ini. So, pada readers yang support saya dalam cerita ini. Mana yang korang prefer untuk ending ff ni?
Dengan response korang, maybe i could fikirkan ending yang bakal tiba dalam beberapa chapter lagi. Maybe?
Jasa anda amat saya hargai💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro