Bab Dua Belas
'I swear that I will never throw you from my life. Even if you beg me, I will never ever erase the memory I created with you.'
•••
Aku menanti kepulangan Taehyung dengan sabar. Aku masih tidak boleh menerima yang Taehyung luahkan yang dia ingin menceraikan aku.
Tak! Aku mahu mempertahankan perkahwinan kami.
Sudah hampir pukul 2 pagi tetapi Taehyung masih belum pulang. Pintu utama rumah kami masih tiada tanda ianya ingin dibuka oleh seseorang.
Aku mengeluh perlahan. Aku menahan air mata yang sejak tadi sudah bertakung di tubir mata. Kenapa kau terlalu lemah, Do Hani?
~
"Mommy no! I said no!"
"No! Mommy!"
BBAM!
Taehyung terus mencelikkan matanya. Dikerdipkan matanya berkali-kali sebelum peluh yang merinik di dahi dia lap dengan belakang tangannya.
Dia separa bangkit dari perbaringan sebelum tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Setiap hembusan nafas yang berderu pantas keluar dari mulutnya itu menunjukkan yang nafasnya tidak stabil.
Sudah lama. Ya, sudah lama dia tidak dihantui oleh mimpi sebegitu.
Tak lama kemudian, dia bangkit dari katil untuk ke dapur apartmentnya.
Seusai meneguk beberapa teguk air kosing, dia memasuki semula biliknya lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil single yang berada di dalam bilik apartmentnya.
Apartment persendirian yang sering menjadi tempat dia release stress selain dari keluar bersama perempuan-perempuan upahannya. Apartment zaman bujangnya dulu.
Dia mengalaskan kepalanya dengan lengannya sebelum siling putih bilik itu dipandang kosong.
"Aku ceraikan kau."
Secara tiba-tiba, ayat yang dia utarkan kepada Hani semalam kembali berputar di dalam mindanya.
"Argh!" Taehyung menrengus geram. Rasa menyesal menyelubungi dirinya.
"Susah-susah kau plan nak kahwin dengan dia tanpa dia sedar perasaan kau dekat dia, senang-senang pula kau nak ceraikan dia kan?"
Ujaran Jungkook beberapa hari lalu berlegar pula di mindanya. Aish. Kenapa semua ayat-ayat yang menyerabutkan kepala otaknya berlegar di mindanya tika ini?
Telefonnya tiba-tiba berdering.
"Siapa pula ni?" Soalnya pada diri sendiri sebelum tangannya menggapai telefon miliknya lalu dijawab panggilan daripada nombor tidak dikenali itu.
"Hel-"
"Woi. Kau balik sekarang. Bini kau sakit ni, bodoh punya suami."
Taehyung terkedu.
"B-bukan hal aku."
Bodoh, Taehyung. Kenapa kau gagap, bodoh?
"Kau balik rumah kau sekarang sebelum aku report dekat parents korang berdua apa yang kau dah buat dekat Hani. Cau!" Chorong mengujarkan kata-katanya sebelum dia mematikan panggilan, meninggalkan Taehyung yang terkebil-kebil.
Taehyung merengus kasar lalu rambut ditarik geram. Dia menjatuhkan tangannya bersama dengan bahu aku dijatuhkan, malas.
Tanpa melengahkan masa, aku mula berura untuk bangun lalu meninggalkan apartment aku seusai mengambil kunci kereta milikku.
~
"Kau makanlah sikit. Aku dah call suami kau. Kalau dia tak-"
"Apahal kau ca-" Kata-kata Hani terhenti apabila dia mula batuk dengan teruk tanpa henti.
Chorong terus kalut meletakkan mangkuk bubur ke atas meja sisi katil Hani sebelum dia mendapatkan Hani lalu mengusap belakang tubuh Hani.
"Ya Tuhan! Makin panas badan kau ni." Chorong yang hanya menyentuh belakng tubuh Hani berlapikkan baju itu berkata kerana terasa haba yang diserap oleh kulitnya dari badan Hani walaupun berlapikkan baju.
"Hmm. Aku nak tidur. Penat." Hani menolak tangan Chorong yang berada di tubuhnya sebelum dia berura untuk baring.
"Aish. Degilnya kawan aku ni. Boleh tak kau dengar cakap aku? Makan lepastu makan ubat. Lepas tu kau nak tidur terbongkang ke apa ke, buatlah. Sekarang kau kena makan bubur ni then makan ubat. Boleh?"
Hani sudah menyelubungi dirinya ke dalam selimut tanpa mengendahkan kata-kata Chorong.
Dia benar-benar penat. Dengan masalah rumah tangganya lagi. Dia mula menitiskan air mata tanpa bunyi. Takut juga Chorong dengar tangisannya.
Tak lama kemudian, dia terlelap seusai rasa penat yang menguasai diri sehingga membuatkan matanya bertambah berat.
Pada masa yang sama, Taehyung sudah tiba di rumah mereka berdua.
"Wo, wo, wo. Sabar, sabar. Ni apahal ni?" Terkejut terus Taehyung apabila terlihat Chorong membawa pisau ke arahnya. Adakah sudah tiba masanya untuk mati?
"Tak sekarang ni, kau yang apahal? Aku tengah masak ramenlah. Potong sayur. Kenapa? Kau nak aku potong kau, letak dalam ramen aku?" Sarkastik Chorong mengujarkan kata-katanya kepada Taehyung.
"Wo, chilllah. Aku datang bukan nak dengar kau merapu. Mana Hani?" Soal Taehyung lalu melirikkan matanya ke seluruh pelusuk di ruang tamu rumahnya itu.
"Baru sekarang reti nak kisah pasal isteri kau? Kau buat apa eh kat dia sampai dia boleh demam teruk macam ni? Dah lah tak balik rumah. Memang suami jahan- Woi aku tak habis bebel lagi!"
Chorong menjerit geram apabila semasa dia membebel, Taehyung sudah berlari mendaki anak tangga ke tingkat atas, meninggalkan dia di bawah.
Taehyung menarik nafasnya panjang sebelum dihembuskan perlahan. Kemudian, dia memulaskan tombol pintu bilik utama yang didufuki oleh mereka berdua.
Kelihatan sekujur tubuh terbaring lemah di atas katil bersaiz king itu sambil diselubungi dengan selimut.
Taehyung menelan liutnya kesat sebelum dia berjalan menuju ke arah katil itu. Badan Hani kelihatan turun dan naik agak pantas sepertinya menujukkan nafasnya pendek. Mungkin kerana selesema.
Taehyung memasukkan lidahnya ke bahagian pipi kanan bagi menghilang rasa gugup sebelum dia duduk di sebelah tubuh Hani yang terbaring layu itu.
Saat dia melabuhkan punggungnya ke atas katil itu, dia kesan tubuh Hani bergerak sedikit mungkin rasa terganggu.
"A-awak.." Percakapannya tersangat perlahan seperti seseorang yang tiada tenaga. Kemudian, batuknya mebyerang kembali.
Taehyung cepat-cepat membangkitkan tubuh Hani lalu dia mengusap belakang tubuh wanita itu. Hani termengah-mengah saat batuknya kembali reda.
"Come. Have this." Taehyung menggapai segelas air kosong di atas meja sisi katil lalu dihulurkan kepada Hani.
Hani menyambut gelas itu lalu meneguk beberapa teguk air kosong itu sebelum dihulurkan kembali kepada Taehyung.
"Aku baru tak balik rumah, kau dah demam macam ni. Kalau aku ceraikan kau nanti, apa pula jadi dekat kau?" Soal Taehyung.
Hani menepis tangan Taehyung daripada terus memegang lengannya.
"Bukan sebab awak. Jangan perasan. Dah, pergilah buat hal awak. Saya penat. Nak tidur." Hani menjeling Taehyung malas sebelum dia berbaring semula di atas katil tetapi belum sempat dia ingin menjatuhkan tubuhnya, tubuhnya ditarik oleh Taehyung supaya kekal duduk menghadap lelaki itu.
"Ish, lepaslah. Tae-" Sekali lagi, Hani terbatuk berkali-kali membuatkan Taehyung mula gelabah.
"Nah, nah. Air, air." Taehyung menghulurkan kembali gelas yang masih ada baki air kosong sebentar tadi.
Hani menolak tangan Taehyung daripada terus menghulurkan gelas tersebut.
"Tepi. Saya nak tidur."
"Ish, jangan degil boleh tak?"
"Siapa yang buat saya jadi sedegil ni?! Awak yang buat saya jadi macam ni?!" Marah Hani. Suara naik seoktaf dan mukanya semakin pucat kerana dia sudah menggunakan tenaga yang banyak.
"A-kau buat ada sebab. Demi kebaikan kita berdua." Balas Taehyung.
"Dahlah, Taehyung. Awak pun tak pernah kisah tentang saya. Macam mana saya nak percaya awak buat semua tu untuk kebaikan kita? Mungkin untuk kebaiakn awak je." Ujar Hani, sayu.
Hatinya sakit. Tidak mampu bertentang mata dengan Taehyung kerana kini, dia sedang menahan tangisnya.
"Kau tak faham-"
"Jadi? Bagilah saya faham." Kini, tangisnya sudah pecah memenuhi keheningan di antara mereka di dalam bilik itu.
"Sebab apa, Taehyung? Kenapa awak suka seksa diri saya nacam ni? Jiwa saya sakit. Hati saya...sakit."
Taehyung menelan liurnya kesat lagi. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan situasi dirinya kini. Dia tersepit.
"Nanti, hantarkan je surat penceraian. Saya dah reda. Saya akan tandatangan." Sambung Hani lagi lalu tersenyum kelat.
"Hani. A-aku-"
"Keluar. Saya nak tidur."
Argh!serabut! Kenapa kau bodoh sangat buat keputusan melulu macam ni? Bodoh, Kim Taehyung. Bodoh!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro