Bab Dua
"A greatest intellectual is someone who knows how to appreciate someone's love"
•••
"Apa yang aku dapat kalau aku tipu kau? Kau ingat aku nak habiskan duit cetak kad jahanam tu ke?" Soal aku agak sarkastik.
Chorong menjeling aku sebelum merengus. Sungguh, dia masih tidak percaya akan berita yang baru sahaja disampaikan oeh rakan karibnya itu.
"Kau orang pertama yang aku jemput. Jadi, kau wajib datang. Teman aku nanti." Pinta aku kepada Chorong dan Chorong membalas pintaan aku dengan wajah yang berkerut.
"Apahal pula aku kena teman? Bukan aku yang nak kahwin dengan kau. Kim Taehyung yang akan kahwin dengan kau. Dialah yang akan teman kau sampai atas katil." Terang Chorong panjang lebar.
"Bodoh." Aku membalas kenbali disertakan dengan pijakan ke atas kakinya.
"Auch. Sakitlah sial." Terjerit kecil Chorong apabila perit dipijak oleh aku mula menular ke seluruh deria kakinya.
"Dahlah. Aku nak bagitau yang tu je. Niat aku jumpa kau dah diselesaikan. So, bye." Terus aku bangkit dan berura untuk keluar dari cafe itu. Panggilan Chorong dihiraukan lalu aku terus memasuki perut kereta aku. Kereta dipandu laju meninggalkan kawasan itu.
∽
Aku mengerling ke arah Taehyung yang sedang makan di sebelah aku. Kami masih di majlis perkahwinan kami.
Sekarang adalah masa untuk kami makan tetapi kenapa aku rasa macam duduk dalam neraka? Panas semacam.
Mata aku melirik ke setiap sudut bagi mencari kelibat Chorong. Kenapa dia tak datang lagi ni?
"Boleh tak kau duduk diam-diam? Makan tu. Kacau aku nak makan. Pusing sana, pusing sini. Rimas kau tau?"
Aku mencebik kecil sebelum dia menunjuk protes dengan berdecit disertakan dengan hentakan kecil kakiku.
Taehyung menjeling aku lalu dia sambung menjamu selera.
Aku mebgeluh sebelum aku juga mula menjamu selera walaupun hakikatnya, aku sungguh tidak selesa duduk tika ini.
"Erm, Taehyung." Aku tiba-tiba memanggilnya yang rasanya sedang khusyuk makan.
"Emm." Dia membalas kecil.
"Lepas ni, awak ada..erm..apa-apa ke nak buat?"
"Tak." Sepatah jawapannya membuatkan aku menggigit bibir aku.
"O-okay." Aku balas pendek sebelum menyambung makan.
Seusai selesai menjamu selera, Taehyung sudah hilang dari radar. Melayan kawan-kawan yang hadir mungkin sebab tadi rasanya Jeon Jungkook bertanya aku di mana keberadaan pengantin lelaki aku itu.
"Mana Chorong ni? Aku dah agak benda ni akan jadi. Lonely, I am so lonely." Aku menyanyi kecil sambil berjalan tanpa arah tuju di dalam dewan yang memang cukup besar itu.
"Bbah!"
"Oh mak kau terbang tinggi terbalik atas kapal terbang! Bodolah!" Terus kepala Chorong diluku oleh aku, geram.
Chorong menggosok kepalanya yang diluku oleh aku sambil berdecit.
"Mana kau pergi, hah? Penat aku cari." Soal aku kepada Chrong dan dia hanya tersengih sumbing.
"Makanlah. Apa lagi? Suami kau mana? Takkanlah dia tinggal isteri dia maxam ni je?" Soal Chorong lalu dia meliarkan pandangannya ke sekeliling kami berdua.
"Dah memang dia tinggal dah pun. Sebab tu aku cari kau." Jawab aku lemah. Aku duduk di kerusi yang berada di sebelah aku.
"Sabarlah, sayangku. Kau macam tak kenal dia je. Hati batu."
"Geli bodoh kau panggil aku sayang. Macam tak ada panggilan lain je." Ujar aku dengan jelingan. Malas ingin mealayn perangai tak semengah si Chorong ini.
Dalam otak aku sekarang hanya ingin pulang. Terbayang katil di dalam bilik aku. Tak sabar untuk aku hempaskan badan ke atasnya.
"Elelele. Suka tu cakaplah. Dah. Jangan sendu sangat. Harini hari bahagia kau. So, let's party!" Chorong terus menarik tangan aku untuk mengikutinya. Aku pula hanya bangkit dan menderapkan kaki aku mengikut langkahnya.
∽
"Ha, sini rupanya kamu, sayang. Penat mama cari kamu dalam dewan. Rupanya ada kat taman ni." Aku mengangkat muka aku memandang mama yang tersenyum memandang aku.
Aku tersenyum kelat lalu aku bagkit dari buaian itu.
"Kita dah nak balik ni. Taehyung dah lama tunggu kamu tu. Kasihan dia." Ujar mama kepada aku. Aku memberhentikan langkah aku.
"Mama tak kasihankan dekat Hani?" Soal aku dan membuatkan mama memandang aku, terpempan.
"Hani. Apa cakap macam tu, sayang? Mama sayang Hani tau. Ni untuk kebaikan kamu juga. Mama cuba untuk beri yang terbaik untuk anak kesayangan mama ni." Terang mama dan aku hanya diam. Dah penat mendengar ayat yang sama.
"Jomlah. Taehyung dah tunggu Hani lama tu. Baik Hani pergi sekarang." Ujar aku sebelum aku berjalan melepasi mama sambil tangan mengangkat kain wedding dress aku yang meleret itu supaya tidak membuatkan aku terjatuh.
Aku terus memasuki perut kereta yang sedang diduduki oleh Taehyung. Taehyung terus membuangkan putung rokoknya keluar tingkap dan memandang aku kosong.
"Pergi mana?" Dia menyoal aku sebelum dia menurunkan brek tangan dan mula untuk memandu kereta keluar dari kawasan dewan majlis. Tangan kanannya pula sibuk membetulkan pewangi kereta untuk menghilanhkan bau rokok di dalam kereta.
"Taman. Bosan duduk dalam dewan. Chorong ajak pergi sana." Terang aku dan Taehyung seperti biasa, hanya mendengar tanpa balasan.
"Sorry."
Aku pandang dia pelik. Tiba-tiba minta maaf ni, demam apa?
"Untuk apa?" Soal aku kembali.
"Sebab tinggalkan kau. Aku layan kawan-kawan aku. Erm. Kawan-kawan aku semua perokok. Jadi, faham-fahamlah kenapa aku tinggal kau." Terangnya dan aku mula faham.
Dia...nampak gentleman.
"Okay. Thanks." Balas aku dengan senyuman lalu pandangan aku halakan keluar tingkap.
Tak lama kemudian, kami tiba di senuah rumah agam. Aku pandang Taehyung pelik.
"Jangan tanya apa kat aku. Keluar dan masuk dalam rumah." Ujar Taehyung lalu dia matikan enjin kereta dan terus kluar dari perut kereta, meninggalkan aku terpempan.
Aku terus keluar dari perut kereta perlahan-lahan. Aku memandang Taehyung yang sedang mengeluarkan bagasi milik aku dan dia lalu dia membawa kedua bagasi milik kami itu menuju ke pintu rumah.
Keluarlah beberapa orang lelaki berbadan tegap bersama beberapa wanita berpakaian seragam. Mereka semua menunduk ke arah Taehyung. Taehyung memberi bagasi-bagasi itu kepada wanita-wanita itu lalu mereka terus mengangkut beg itu masuk ke dalam rumah.
"Kau nak berdiri dekat situ sampai esok ke?" Soalnya kepada aku dan aku menggeleng. Langkah diderapkan meuju ke arah Taehyung.
"Ni rumah siapa?" Soal aku kepada Taehyung. Taehyung mengangkat kening kirinya memandang aku sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Rumah kitalah. Rumah siapa lagi? Dah. Jangan banyak tanya. Masuk sebelum aku kunci kau dekat luar." Ugut Taehyung dan sekali lagi, dia meninggalkan aku terdiam seribu bahasa.
Aku mengeluh lalu memasuki rumah yang besar itu. Kenapalah kena ada rumah sendiri dengan lelaki ni? Dahlah jauh dari rumah mama dengan papa.
"Puan muda. Biar saya tunjukkan bilik puan muda dan tuan muda."
What the hell? Bilik puan muda dan tuan muda? Kami kongsi bilik ke? Mama! Papa! Nak balik!
Aku tersenyum kelat sebelum mengikuti wanita berseragam itu naik ke tingkat atas. Wanuta otu membuka sebuah pintu bilik berwarna peach susu itu kepada aku dan kelihatan Taehyung sedang berbaring di atas katil bersauz king dalam bilik itu.
"Tutup pintu tu please. Mandi dulu. Aku nak rehat jap." Ujarnya perlahan sebelum dia mengiringkan badannya ke kiri.
"Kita...kongsi bilik ke?"
"Kenapa? Kau nak duduk bilik asing? Kau fikir aku akan apa-apakan kau?" Soalnya kembali membuatkan aku menelan liur kesat.
"T-tak."
"Jangan banyak cakap. Pergi mandi. Lepas tu, aku nak mandi pula. Jangan risau. Aku takkan apa-apakan kau." Balasnya lalu kami berdua terdiam.
Kedengaran dengkuran kecil Taehyung mula kedengaran. Aku mengeluh lalu aku mula bersiap untuk membersihkan diri.
Seusai aku selesai membersihkan dir, aku lihat Taehyung yang baru sahaja bangun itu. Dia sedang duduk bersila di atas katil dengan kepalanya yang tertunduk.
"Taehyung? Saya dah habis mandi." Aku berkata tetapi dia masih tidak bergerak. Dia tidur ke? Dalam keadaan macam tu?
"Taehyung?" Aku menepuk beberapa kali bahunya. Dia menggumam kecil sebelum mengeliat badannya. Matanya digosok perlahan.
Tak sekarang ni, apahal dia nampak comel sangat?
"Dah?"
Aku mengangguk kecil lalu aku menyidai tuala di penyangkut baju di luar wardrobe. Dia pula bangun dari katil dan terus meloloskan diri ke dalam bilik air.
Aku duduk di atas katil lama. Sehinggalah beberapa puluh minit kemudian, Taehyung keluar dari bilik air dengan rambut yang basah.
Jantung aku berdegup kencang sebab dia terlalu menggoda.
"Kenapa tak tidur lagi?" Soal Taehyung memandang aku sambil tangannya yang sedang memegang tuala kecil itu mengibas rambutnya untuk mengeringkannya.
"Erm. Tunggu awaklah." Balas aku dengan senyuman kecil menampakkan gigi aku.
"Emm. Jap. Kau bangun jap." Arah Taehyung kepada aku dan aku dengan bingungnya bangkit dari duduk.
Dia seperti memikirkan sesuatu lalu dia mengambil telefon rumah di sisi katilnya.
"Datang bilik sekarang."
Terus pintu bilik kami dibuka oleh beberapa wanita segak berseragam hitam itu. Mereka berdiri di hadapan pintu sahaja menunggu apa yang ingin diperkatakan oleh Taehyung.
"Aku rasa ni cadar haritu kan? Aku dah kata tukar. Kau tak faham bahasa ke?" Taehyung dengan pandangan redup memandang ke arah wanita-wanita itu.
"Maaf tuan muda. Kami terlupa." Ujar salah seorang dari mereka dan dia menundukkan tubuhnya. Diikuti juga oleh yang lain.
"Kalau badan aku dengan isteri aku gatal-gatal bangun esok pagi, korang nak bayarkan kos hospital ke, hah?! Entah mampu ke tidak. Tch! Tukar sekarang!" Jerkah Taehyung geram. Aku terkejut dan begitu juga dengan wanita-wanita itu.
Kalut mereka mencabut cadar di katil bersaiz king itu dan beberapa wanita lain kalut membawa masuk cadar baru.
Aku hanya berdiri di sebelah Taehyung yang sedang berpeluk tubuh memandang seorang demi seorang orang gajinya. Aku menelan liur apabila aku merasa aura tidak sedap apabila aku berdiri di sebelah Taehyung.
Seusai mereka selesai menukar cadar, Taehyung terus menghalau mereka keluar. Taehyung menghempaskan badannya di atas katil itu. Dia kelihatan sangat penat dan serabut.
Aku duduk di birai katil. Aku pandang lama tubuh Taehyung yang sedang berbaring di sebelah aku.
"Tutupkan lampu. Aku penat." Pinta Taehyung perlahan dan aku hanya akur.
Malam itu berlalu dengan aku dan Taehyung yang tidur bersebelah. Untuk pertama kali aku tidur bersam alelaku lain di atas katil yang sama seumur hidup.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro