Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

25S2

Last chapter! Yeay! Bukaklah lagu kat atas ni. Tak tahu dapat feel ke tak😂

So, how about my new cover? Hhahhaha. Act I'm impressed with my cover. Btw, enjoy!

Buona Lettura!

•••

"Yeon nak kahwin dengan Tiara."

Taehyung tersedak air liurnya membuatkan Yeora cepat-cepat mengambil segelas air kosong kepada Taehyung. Sepantas kilat, Taehyung meneguk air kosong itu dengan rakus sebelum gelas diletakkan bersama bunyi hentakan kecil pada meja itu.

Taehyung diam begitu juga dengan yang lain. Bungkam buat seketika sebelum deheman daripada Taehyung memecahkan keheningan.

"So? Kahwin jelah? Kenapa nak bagitau papa dengan mama?"

Terasa seperti satu das tembakan dikenakan pada jantung Yeon Tae membuatkan dia geram.

"Yeon nak minta restulah. Boleh tak papa jangan main-main? Kalau Yeon tak tolong papa tadi, papa mungkin tak dapat jumpa mama sampai mati." Dijeling geram Yeon Tae manakala Tiara sudah mengusap lembut lengan Yeon Tae bagi menenangkan teman lelakinya itu.

"Yeon. Kenapa kurang ajar sangat cakap dengan papa macam tu?" Soal Yeora lembut membuatkan Yeon Tae melepaskan keluhan berat.

"Kalau papa tak restu, kamu akan kahwin jugak dengan dia. Papa yakin seratus peratus. Kuasa cinta tak ada siapa yang tahu." Selamba sahaja Taehyung mengujarkan kata-kata itu.

"Dah tu? Sekarang ni, papa nak cakap papa tak restulah? Huh. Menyesal Yeon tolong papa tadi. Kalau tak, Yeon biar je papa terkapai-kapai seorang di-"

"Kim Yeon Tae!" Jeritan yang keluar dari mulut mamanya menyentakkan semua yang berada di situ. Taesoo pula hampir memecahkan tangisannya tetapi Taehyung terlebih dahulu mengambil tubuh kecil itu lalu diusap perlahan belakang tubuh kecil anaknya itu.

"I don't even say that I don't give my approvement about your wish, Kim Yeon Tae. Please be patient. Kalau macam nilah perangai Yeon nak jadi suami kepada Tiara, memang hancurlah harapan keluarga bahagia. Janganlah jadi macam papa, Yeon. Papa just nak tengok betul ke kamu tu ikhlas dengan Tiara. Papa tak nak hidup anak papa musnah hanya dengan keputusan papa sekarang."

Yeon Tae tertunduk malu. Dia tahu dia bersalah kerana berani meninggikan suara terhadap papanya. Ya, benar. Papanya tak ada cakap pun yang dia tak merestui hubungan mereka.

"Yeon minta maaf." Ujar Yeon Tae perlahan sebelum dia menggugitkan bibir bawahnya lembut. Rasa bersalah mula menggunung. Dia juga sedar gang dia bukanlah seorang yang penyabar, malah, Tiara juga bertahan sahaja tiap kali barannya tiba.

"Tak apa. Papa tak ambil hati pun. Papa restu je hubungan kamu dengansesiapa pun. Janji kamu yakin yang kamu boleh membahagiakan Tiara tanpa ada secebis penyesalan." Terang Taehyung kepada anaknya sebelum matanya dilirkkan kepada isterinya.

Yeora hanya tersenyum sebelum dia mengangguk kecil tanda bersetuju dengan keputusan Taehyung.

"Dah. Nanti kita bincang dengan keluarga Tiara tentang perkahwinan kamu. Benda yang baik tak elok dilambatkan." Ujar Taehyung mengundang senyuman kecil di bibir Yeon Tae.

"Thanks, papa."

---

Hari ini ialah harinya. Hari yang sememangnya Yeon Tae tunggu-tunggu. Ya, betullah tu. Hari perkahwinannya bersama sang kekasih, Jeon Tiara.

Daripada hubungan yang hanya sebagai sahabat baik di sekolah sehinggalah ke yang lebih serius dan akhirnya, tanpa diduga mereka dijodohkan.

"Yeon?" Kepala Taehyung dijengulkan ke dalam bilik persiapan pengatin lelaki. Yeon Tae yang sedari tadi sedang membetulkan rambutnya sambil memikirkan tentang kisah hidupnya demi mendapatkan hati gadis pemalu itu tersentak dengan teguran si ayah.

"Ye, papa."

"Ni. Dah ready ke belum? Majlis dah nak mula dah tu. Renung apa lagi kat cermin tu. Dah kacak sungguh dah anak papa seorang ni." Tukas Taehyung dan itu cukup untuk mengundang ketawa mereka berdua.

"Ish, papa ni. Jomlah. Yeon dah ready." Ujar Yeon Tae sebelum mereka masuk ke dalam dewan itu. Taehyung duduk di kerusi yang menempatkan tempat duduk penjaga pengantin lelaki bersebelahan dengan Yeora.

Manakala, yeon Tae sudah berdiri di hadapan paderi yang swdari tadi sudah menunggunya di atas pentas kecil itu.

Tangan Yeora menggapai tangan Taehyung lali digenggam erat. Sungguh dia berdebar kerana inilah majlis pertama mereka melihat anak mereka dijodohkan.

"Diumumkan, kemasukan pengantin perempuan ke dalam dewan."

Tepukan gemuruh mula bergema di selurih dewan itu bersama iringan pengantin perempuan oleh si ayahnya, Jeon Jungkook.

Tak lama kemudian, ikrar perkahwinan sudah dilaungkan oleh Yeon Tae sebelum mereka mula ke sesi seterusnya iaitu menegur tetamu yang hadir.

"Congrats, sir David Kim!" Beberapa orang staf Yeon Tae di hotel miliknya yang hadir mengucapkan tahniah kepadanya.

"Daddy!" Sungguh Yeon Tae tudak sangka ayah angkatnya iaitu bekas pemilik hotelnya kini itu turut hadir ke majlis perkahwinannya.

Dia memeluk ayahnya itu erat sebelum melonggarkan pelukan.

"I did never expect that you would come here. But, if I'm not mistaken, you were at Malaysia, right?" Ayah angkatnya itu menganggukkan kepalanya perlahan sebelum diserabutkan rambut Yeon Tae.

"Yes. I were at Malaysia but I came here just want to see my only son married. Haha." Gembiranya hati melihat ketawa si ayah angkat walaupun mereka tidaklah rapat sejak Yeon Tae kecil.

"Abang!" Jeritan Yeosoo mula kedengaran lalu Yeon Tae mengalihkan pandangannya ke arah suara adiknya itu.

Kelihatan Taehyung tiba-tiba datang ke arah Yeon Tae bersama Yeora.

"Ouh. Papa. This is Sir Ferdonaze Di Cambiore. He used to be the owner of the hotel but he gave it to me since he already treat me like his son."

"And, daddy. This is my parents. Kim Taehyung and Kim Yeora."

Mereka mula berbual rancak lagi-lagi apabila papanya membuka cerita tentang Yeon Tae ketika zaman nakalnya dulu. Yeon Tae hanya tersenyum malu melihatkan daddynya yang melepaskan geram pada rambutnya dari tadi.

"Ouh, David. Where's your wife? I would like to meet here before I go back to Malaysia." Soal daddynya lalu Yeon Tae pulan baru sedar tentang isterinya.

Dilirkkan matanya ke sekeliling dewan sebelum bunyi jeritan beberapa orang mula kedengaran.

Yeon Tae mula gelabah apabila ada yang memberitahunya bahawa isterinya itu tiba-tiba pengsan ketika sedang bebual dengan beberapa orang kawannya.

Terus dia berlari keluar bagi mendapatkan isterinya. Kelihatan beberapa orang sudah mengerumuni sesuatu sudut lalu dia tanpa berlengah berkati ke arah mereka sebelum menolak orang-orang di situ bagi melihat keadaan isterinya.

"Jeon Tiara. Bangun, sayang! Tiara! Wake up!"

Hampir sahaja air mata jantannya terkeluar sebelum...

"BAHH!"

Tiara sudah ketawa besar beserta orang-irang di sekeliling mereka. Melihatkan Yeon Tae yang sudah terkebil-kebil, masih tidak faham dengan situasi itu, lebih membuatkan mereka ketawa girang.

"Nakal eh?" Soal Yeon Tae dengan senyuman sinis sebelum dicubit pipi isterinya yang masih berbating di atas lantai itu.

"Sekali sekala perkena awak." Ujar Tuara lembut sebelum ketawa kecil.

Senyuman sinis terus dilemparkan sebelum dia mendukung tubuh isterinya gaya bridal style lalu dibawa ke arah kereta pengantin mereka.

"Tunggulah. Malam ni, saya tuntut denda saya kat awak, my beautiful girl"

||TAMAT||

I'm so sorry sebab lambat sikit nak update pun. And, so sorry sebab chapter ni ada banyak scene Yeon Tae dengan Tiara je.

I can't predict if I want to write a special chapter or not. But, kalau Idae rajin Idae buat ye?

Sekarang, terimalah cerita baru dari Idae yang mungkin akan disambung dalam beberapa hari lagi.

Title: Hey, It's Me.
Cast: Kim Taehyung. Ofc

Synopsis: Payahnya kalau hati ni dah terlajak sayang pada pengawal peribadi abang sendiri. Mesti papa tak restu. Abang pula mesti dah anggap dia gila. Argh! Sungguh aku dah sayangkan dia. Aku cintakan Kim Taehyung!

"Hai, Encik Kim. Boleh teman saya shopping tak?"

Setiap hari, setiap masa, setiap saat. Aku akan cuba curi perhatiannya. Tetapi, pandangan sekilas sahaja yang dia berikan kepada aku.

"Adik. Jangan kacau Taehyung boleh tak? Adik pergilah lepak dengan kawan-kawan adik."

Abang aku pun satu. Aku nak kacau kekasih hati pun tak boleh. Ceit.

"Mark my words. Don't touch my girl."

Dia, Kim Taehyung. Si pencuri hati.

A/N; Okay guys. Boleh usha fanfic baru ni kat acc works idae😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro