thirty-three
Yoona's
"Jungkook", aku memanggilnya apabila aku ternampak kelibatnya di hadapan aku. Kelihatan dia sudah berlari ke arah aku.
Di saat tangan aku dan tangannya bersentuh, badan aku bagaikan terapung lalu jatuh dan baru aku sedar, kami sedang jatuh ke dalam air.
Aku tergapai-gapai, mencari Jungkook yang bersama aku sebentar tadi. Aku tak pandai berenang. Ya Tuhan. Selamatkanlah aku.
"Jungkook. Jung- Kook-", aku masih berusaha mengapungkan badan aku di atas permukaan air dan masih gagaha memanggil nama Jungkook.
"Jung-", akhirnya aku tenggelam. Ya Tuhan. Waktu nilah aku berharap yang aku adalah ikan. Di mana aku boleh berenang naik ke permukaan dan bertukar menjadi manusia semula. Kenapa aku tak dikurniakan kuasa sebegitu?
Dalam aku sedang menahan diri aku daripada terus memejamkan mata, aku dapat lihat sesuatu berenang ke arah aku. Tangan aku digapai tangannya dan pada ketika itu, aku tahu aku sudah selamat.
Ya, aku diselamatkan oleh dia. Jeon Jungkook.
Dia memeluk badan aku dan membawa aku naik ke permukaan air. Aku memeluk dia dengan erat dan sebelum sampai ke permukaan, aku sudah memejamkan mata aku dengan rapat sambil senyuman diukirkan pada bibir aku.
Terima kasih, Jeon Jungkook. Kerana ada di waktu susah dan senang saya. I love you, Jeon Jungkook.
"I love you too, sayang"
---
Aku bernafas. Wah. Aku masih hidup. Ya Tuhan. Terima kasih, Tuhan. Aku bersyukur sangat.
Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Aku tahu siling putih yang akan menyapa penglihatan aku tapi tak. Aku mengerdipkan mata aku berkali-kali. Siling hitam?
"Kat mana ni?", aku melihat sekeliling dan aku rasa familiar dengan bilik ni.
"Ish, awak ni. Janganlah geletek saya"
"I love seeing you smiling like this"
"Saya nak tidur ni. Tak nak tidur ke awak? Stoplah, Jeon Jungkook!"
Oh, ni bilik Jungkook. But how? Macam mana aku boleh tersesat di sini?
Dan baru aku perasan, banyak tiub sedang bersambung pada badan aku. Eh, dah kenapa?
Baru sahaja aku ingin mencabutnya, ada orang yang baru masuk ke dalam bilik Jungkook.
Aku dengan pantas menutup mata aku semula. Acah macam aku masih tidak sedarkan diri.
"Ha, puan boleh masuk", kedengaran suara mulus seorang perempuan menyunggah ke dalam telinga aku. Siapa tu?
"Jadi, inilah teman wanita kesayangan anak saya? Sayang sangat dia dekat perempuan ni sampai letak dia kat rumah", satu lagi suara yang kedengaran agak dingin dan kasar.
"Ya, puan. Namanya Han Yoona", seorang perempuan mulus tadi berkata semula.
"Aku nak riwayat dia ditamatkan sebelum Jungkook pulang. Jungkook pulang petang ni bukan?", dia berkata. Jantung aku bagaikan terhenti. Omma Jungkook cakap macam tu? Jap, Jungkook tak pernah cerita kat aku pasal omma dan appa dia.
"Baiklah puan", derapan kaki dapat aku dengar semakin mendekat. Jantung aku sudah berdegup kencang.
Bunyi mesin pengesan degupan jantung semakin kuat dan laju. Aku tak dapat menahannya apabila alat pernafasan aku ingin dicabut dan badan aku terasa dicucuk sesuatu.
Aku dengan pantas membuka mata lalu tangan yang ingin mencabut alat pernafasan aku ditahan. Tetapi aku tak sempat menahan picagari yang memounyai satu cecair itu daripada dimasukkan ke dalam badan aku.
"Kau memang setan", aku berkata apabila cecaie yang dimasukkan sudah memberi kesan kepada aku. Aku lama-alam mula berpeluh, semakin lemah dan perut aku rasa sangat sakit.
"Kau jangan ingat kau boleh ambil kebahagiaan anak aku. Kau memang patut mati", perempuan tua yang aku sangka omma Jungkook itu berkata.
"Kau memang manusia bertopengkan syaitan!", aku menjerit sebelum badan aku rebah di atas katil.
---
Jungkook's
Aku memasuki rumah dengan muka dan badan yang penat. Aku pelik. Kenapa aku rasa tak sedap hati dari perjalanan pulang tadi lagi?
Yoona.
Aku dengan pantas tanpa berkata apa-apa terus naik ke tingkat atas lalu aku masuk ke dalam bilik aku.
Kelihatan alat pernafasan Yoona tercabut dan mesin pengesan degupan jantung menunjukkan warna merah menandakan jantung berada dalam keadaan yang tidak stabil.
"Yoona!", aku berlari ke arahnya sebelum mengangkat kepalanya dan diletakkan di atas riba aku.
"Yoona, bangun sayang. Please sayang. Yoona. Han Yoona!", aku menjerit lalu semua ahli bts datang ke bilik untuk melihat apa yang berlaku.
Aku sudah pun menangis.
"Tolong! Call Doktor Lee! Sekarang!"
•••
Lol. Macam nak bagi Yoona mati pulak😈
K, bye.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro