thirty-six
Yoona's
"Hello, Irene", aku memulakan bicara di talian bersaa Irene. Kedengaran Irene seperti terdiam. Aku tergelak kecil.
"Yoona! Kau dah sedar?!", dia menjerit kegembiraan. Aku hanya tergelak mendengar.
"Ye. Aku dah sedar. Semalam. Aku takut nak balik rumah sekarang ni. So, aku stay dengan Jungkook je. Kau datanglah sini. Aku rindu kau. Jungkook tak bagi aku keluar", aku berkata dan ayat terakhir aku tekan sikit biar Jungkook tersedak.
"Yelah. Aku ada dengan Taehyung ni. Nanti aku datang", dia berkata.
"Oklah, Yoona. Taehyung dah datang bawa makanan ni. Nanti kita jumpa ye?", Irene berkata lagi lalu kami mematikan panggilan masing-masing setelah kami mengucapkan selamat tinggal.
"Sayang", Jungkook memanggil aku sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke dalam biliknya. Aku hanya membiarkan dia datang ke aku tanpa memandangnya.
"Hei. Tak lapar ke?", dia berkata lalu pinggang aku dipeluk dan badan aku ditarik rapat ke badannya.
"Lapar", aku jawab sepatah sambil mata aku masih berada pada iphone Jungkook. Uhuks. Maaflah. Iphone kita kena pijak dengan setan.
"Apa sayang tengok sangat kat phone saya sampai tak pandang muka saya huh?", dia cuba untuk melihat apa yang dilihat aku.
"Laa, main mobile legend ke?", dia tergelak. Aku hanya membiarkannya kerana aku tengah fokus.
"Jomlah makan, sayang. Saya lapar ni", dia memujuk aku yang masih sedang fokus pada permainan.
"Japlah. Saya nak habiska- alahh!!!", aku terus merendahkan tangan aku ke paha aku lalu kepala dibelakangkan kerana kalah. Haih.
"Awaklah ni", aku berkata. Cuba untuk menyalahkannya. Dia membuat muka.
"Eh, kita pulak. Dia yang tak pro macam kita. Dahlah jom makan", dia berkata lalu tangan aku cuba ditariknya.
"Tak nak", aku berkata. Entahlah. Tetiba sakit hati dengan ayat perlian Jungkook tadi.
"Alolo. Merajuk ye"
"Jungkook!", aku menjerit apabila badan aku dicempung olehnya dan terus dibawa keluar dari biliknya. Aku memukul dada bidangnya sebelum terhenti apabila perasan beberapa mata yang sedang memandang kami.
Damn. Aku malu. Anda amatlah bangang Jeon Jungkook.
---
"Sayang. Tunggu sapa tu?", Jungkook yang baru saja datang ke aku yang sedang berdiri di hadapan muka pintu rumah bts itu. Dia memeluk aku dari belakang lalu dagunya diletakkan di atas bahu aku.
"Ni ha. Tengah tunggu Taehyung bawa Irene datang", aku berkata lalu tangan Jungkook yang berada di atas perut aku pegang.
"Duduklah dulu. Rasanya diorang lambat lagi. Dating kan? Kita ni bila pulak nak dating?", aku sudah menyiku perutnya apabila dia menyebut tentang hal tersebut.
"Ah. Sayang. Apa ni? Sakitlah", dia mengaduh sambil memegang perutnya tetapi dagunya masih berada di atas bahu aku.
"Dah sakit diam je", aku berkata lalu menarik semula tangannya supaya memeluk pinggang aku. Dia kemudiannya menyembamkan mukanya pada leher aku.
"Ish. Tak payahlah buat dekat sini. Nanti orang lalu kang. Ha, kalau fans awak. Lagilah diorg pecah masuk rumah ni kang. Padan muka", aku berkata, cuba menjauhkan sedikit leher aku daripada mukanya tetapi ia masih gagah nak sembamkan mukanya pada leher aku.
"5 minutes", dia berkata lalu aku akur. Mata aku masih memandang ke luar rumah. Manalah Irene dengan Taehyung ni? Tak sampai-sampai pun. Kata dah on the way.
Tetiba, telefon Jungkook yang ada pada aku berbunyi. Aku memandang screen telefonnya. Begitu juga Jungkook.
"Apa ni?", aku membuka mesej yang dihantar oleh private number.
"Kalau kau tak nak kawan kau mati, kau ikut omma kau balik US"
Jungkook terus merampas iphonenya daripada tangan aku.
"Jungkook-"
"Taehyung!"
Tetiba, satu jeritan nama Taehyung kuat kedengaran dari luar rumah. Aku dan Jungkook yang sudah terkejut itu terus berlari keluar rumah.
•••
Ahaks. Macam tak tahu pulak siapa kan?😂
K, enjoy💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro