thirty-four
Aku memerhati setiap gerak geri doktor Lee yang sedang memeriksa Yoona. Air mata masih setia bergenang di tubir mata. Bahu aku tetiba ditepuk perlahan lalu aku mengangkat muka aku.
"Kook. Sebenarnya hyung tak pernah tengok Kook jadi macam ni. Tapi hyung tahu Kook kuat. Jadilah Jeon Jungkook yang selalu ceria dan tak pernah jatuh tersungkur. Kami semua risau bila tengok Kook jadi macam ni. Jangan risau, Tuhan selalu ada dengan kita. Dan, hyung yakin Yoona juga tak nak tengok Kook lemah macam ni",Taehyung berkata dan itu sedikit sebanyak melegakan hati aku yang kerisauan.
Doktor Lee kemudiannya selesai memeriksa lalu berjalan ke arah aku.
"Doktor, macam mana? Yoona baik-baik sajakan?", aku berkata lalu berdiri menghadap Doktor Lee.
"Dia terkena satu suntikan yang menagndungi lebihan Midol. Midol seperti yang kita tahu ianya satu pill yang berperanan sebagai painkiller. Pill ini dilarutkan dalam air dalam kuantiti yang terlabih banyak dan membuatkan cik Yoona 'overdose' dengan Midol tersebut. Nasib sahaja Tuan Jeon berjaya memanggil saya dalam masa terdekat kerana perkara ini bebetul boleh meragut nyawa cik Yoona", ayat terakhir itu cukup buat aku rasa lega dan lutut aku lemah.
Aku jatuh tersungkur tetapi berjaya dipapah oleh Taehyung.
"Kook. Ingat apa hyung kata tadi?", Taehyung berkata dan aku hanya mengangguk lemah. Ya, Jungkook. Kau kena kuat. Yoona nak tengok kau kuat. Bukan nak tengok kau lemah begini.
"Terima kasih, doktor", aku berjata sebelum doktor Lee mengangguk dan terus beredar.
Aku yang sangat bersyukur itu akhirnya memeluk Taehyung. Air mata mengalir perlahan manakala Taehyung hanya mengusap belakang aku bagi menenangkan aku.
---
"Yoona. Bangunlah. Jomlah kita jadi macam dulu. Saya nak bawa awak pergi date ni. Bila awak nak bangun? Bukan awak ke yang selalu paling excited bila kita nak date?", aku berkata sambil tangannya aku genggam erat.
"Kook", suara Hoseok memanggil aku dari belakang. Aku hanya statik.
"Kook. Ada orang datang", Hoseok berkata lagi. Aku memandang ke arah belakang badan aku lalu aku pandang orang yang berada di muka pintu bilik aku kosong.
"Kau nak apa datang sini?", aku bertanya sebelum memalingkan semula muka aku menghadap Yoona. Tak kuasa nak hadap mukanya lelama.
"Nampaknya muka perempuan jijik tu lagi suci daripada omma kamu sendiri ye?", dia mula bersuara. Aku tersenyum sinis.
"Muka kau suci? Mati hidup balik pun aku tak ngaku macam tu? Hati pun dah hitam belegam. Setakat muka tak laku kau bagi kat aku, pikir aku nak pandang?", aku berkata selamba.
"Ha, lagi satu. Sejak bila aku ada omma macam kau? Perangai kau ni tak layak dapat gelaran omma. Omma jenis apa kau?", aku berkata sebelum memandangnya yang masih tercegat di pintu.
"La, datang nak jadi penunggu dekat pintu bilik aku je ke? Baguslah, tak perlulah ada setan yang bergelar pembunuh bersiri masuk dalam ni sebab dah ada setan berdiri kat muka pintu bilik aku ni", aku berkata kemudiannya aku berpaling semula ke Yoona. Mukanya aku usap perlahan.
"Kau akan menyesal, Jeon Jungkook", dia berkata sebelum meninggalkan pintu bilik aku. Aku hanya tersenyum senget sebelum mengucup pipi Yoona perlahan.
Aku akan jaga kau dan linfungi kau daripada manusia bertopengkan syaitan yang berdendam dengan kita. Aku janji.
•••
Not too long but enough right? Ahaks.
K enjoy💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro