ten
Yoona's
Aku keluar dari pejabat aku dan tempat Nari disinggah oleh aku. Aku nak lunch dengan dia sebenarnya.
"Nari. Jom lunch", aku mengajaknya sambil dagu aku tongkatkan di hadapan mukanya. Dia memandang aku.
"Tunggu jap. Aku nak kemas sikit. Ni tepi sikit please", dia berkata lalu tangan yang menongkat dagu aku ditolak-tolak olehnya. Dia hanya memuncungkan bibir sambil memandangnya yang sedang mengemas tempat.
Nari, Nari. Bilalah kau nak jumpa dengan seseorang yang boleh jaga hati kau sekarang. Kau memang sesuai untuk dijadikan menantu. Aku jangan kata, kemas tempat aku pun malas. Cuma kat rumah tu disebab dipaksa.
"Ok, jom. Harini aku pulak nak belanja", dia berkata sambil beg sandangnya diperbetulkan di bahunya.
"No. My treat", aku berkata lalu terus berjalan pergi. Aku masih rasa bersalah dengan Nari sebab dialah aku dah sihat sekarang.
---
"Nari, bila kau nak cari pengganti dia?", aku bertanya padanya.
"Kenapa tetiba ni?", Nari yang baru sahaj ingin makan itu terus berhenti menjamu selera apabila aku mengajukan soalan itu.
"Saja. Sebab aku tengok kau keseorangan sangat. You deserve someone's love, Nari", aku berkata padanya. Dia hanya tersenyum pada aku lalu memandang makanannya.
"Entahlah. Aku tak bersedia lagi. Aku nak cari siapa diri aku dulu. Siapa aku, siapa dia. Macam mana aku dan dia boleh terpisah. Biarlah aku tahu segalanya barulah tenang aku nak cari pengganti dirinya", dia berkata lalu nasi dikuis-kuis oleh sudunya.
"Sabarlah, Nari. Aku bersedia untuk tolong kau. Aku sentiasa ada dengan kau, Nari", aku berkata lalu tangannya yang berada di atas meja aku genggam erat untuk memberinya semangat.
Nari sebenarnya seorang anak yatim. Dia tidak mempunyai keluarga dan ketika dia tinggal di satu rumah anak yatim, dia kata yang rumah anak yatim berkata dia hilang ingatan selepas kemalangan jalan raya.
Nasib sahaja yang tiada kecederaan teruk ke atas dirinya. Sampai sekarang dia masih tidak boleh mengingati tentang dirinya dan masa silamnya sebelum ni.
Dan, dia sering bermimpi tentang seorang lelaki yang sangat dia rapat. Lelaki itu katanya selalu buat jantung dia berdegup kencang selepas mimpi itu dan dia tahu yang itulah cinta hatinya sebelum dia kemalangan.
Dia ingin mencari lelaki itu semula dan mengenal kembali tentang masa silamnya dahulu. Itulah misinya sebelum dia mencari pengganti yang baharu buat dirinya.
•••
Banyaknya konflik buku ni. Sorry kalau pening. I just want to make this ff more interesting.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro