Special Chapter S2
⚠Warning: Panjang tahap babun ssuppp!
•••
No one's
Taehyung masuk ke dalam rumah seusai membuka kasut dan diletakkan di atas,rak kasut. Dia meliarkan matanya ke seluruh rumah bagi mencari siterinya tetapi hampa.
"Irene? Awak?", Taehyung memanggil isterinya tetapi tiada sahutan. Jadi, dia menjejakkan kakinya menaiki anak tangga untuk ke bilik mereka.
Pintu dibuka dan apa yang peliknya, katil sudah kemas dan tiada sesiapa yang berada di dalam biliknya.
"Mana pula dia pergi? Selalunya kalau dia nak keluar dia mesti bagitau aku",Taehyung menggaru kepalanya lalu dia masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian yang sudah merimaskan dirinya.
Kemudian, dia keluar semula dan sekarang dia pergi ke dapur untuk mencari makanan. Perutnya sudah berbunyi dari tadi kerana terlalu lapar.
Dia membuka pintu dapur tetapi hampa, tiada apa yang disediakan oleh isterinya. Dia mengeluh lalu ditutup kembali pintu dapur dan menggerakkan kakinya ke ruang tamu.
"Manalah Irene pergi ni? Dah lambat ni. Bukannya nak bagitau aku dia pergi mana", Taehyung membebel seorang diri lalu dia menghempaskan badannya di atas sofa yang terletak di hadapan televisyen.
Telefon pintar dibuka lalu aplikasi twitter dilihatnya dahulu kerana ingin menghilangkan rasa bosan dan mahu menanti kepulangan Irene.
Tak lama kemudian, dia tertidur lalu telefon pintarnya terjatuh ke lantai kerana tangannya yang sudah tidak mampu untuk memegangnya erat.
---
"Kau biar betul?", Yoona sudah teruja apabila mengetahui tentang berita gembura yang disampaikan oleh Irene. Sekali lagi, dia terbatuk kecil tetapi cuba dia tahan.
Irene hanya tersenyum manis lalu dia mengangguk laju. Matanya menjadi sembab kerana terlalu gembira sehingga menangis dengan teruk.
"Aku tak percaya waktu kali pertama aku dengar. Tapi akhirnya aku percaya lepas aku tengok ni", Irene memberikan sekeping gambar kepada Soora dan Yoona.
Mereka mengambil gambar itu lalu dilihatnya lama dengan mata yang membuntang.
"Wah! Tahniah, Irene! Aku tahu rezeki kau akan datang juga! Tahniah!", Soora dan Yoona menggenggam tangan Irene erat lalu mereka kemudian berpelukan apabila Irene mula ingin menangis semula.
---
Irene memasuki rumahnya dengan muka yang merah akibat menangis tadi. Dia masuk bersama Yoona dan Soora memandangkan mereka bercadang ingin tolong Irene membuat kejutan pada Taehyung.
Irene terhenti daripada meneruskan langkahnya apabila dia terlihat satu susuk sedang tidur di atas sofa. Dia menggigit bibirnya.
"Kenapalah dia tidur kat sini?", Irene berkata lalu dia berjalan ke arah Taehyung yang sedang terbaring di sofa dengan tangan yang terjulur ke lantai dan mulutnya yang sedikit ternganga. Dengkuran kecil dapat didengari oleh Irene.
Dia mengeluh lalu pandangan dilemparkan pada Soora dan Yoona yang sedang memandangnya dan Taehyung itu.
Dia membuat tanda pangkah menggunakan kedua-dua lengannya tanda dia tidak mahu meneruskan rancangam kejutan mereka.
Irene sebenarnya rasa kasihan pada Taehyung yang mungkin penat bekerja untuk album baru mereka. Dia juga tak sampai hati nak kejutkan Taehyung yang sedang nyenyak tidur.
Soora dan Yoona memonyokkan muka lalu mereka hanya mengeluh lalu mengangguk perlahan kerana faham akan perangai Irene.
"Kami balik dulu", mereka berkata perlahan sebelum mereka menjejakkan kaki keluar dari rumah Irene. Irene hanya tersenyum hambar lalu dia memandang Taehyung semula.
Dahi Taehyung diusap perlahan sebelum dahinya dikucup perlahan olehnya.
Lalu, dia bangun dari duduk dan terus naik ke atas bagi mengambil selimut untuk menyelimuti Taehyung yang mungkin kesejukan di bawah.
Tak lama selepas itu, dia turun dengan membawa selimut dan dua bantal. Tak sampai hati dia ingin meninggalkan Taehyung tidur di bawah seorang diri. Jadi, dia bertekad untuk tidur sekali di bawah.
"Sejuk ni. Kenapa tak ambil selimut? Awak ni kan", dia membebel seorang diri lalu badan Taehyung yang sedikit sejuk itu diselimutkan olehnya.
Kemudian, dia baring di bantal yang dia bawa ke bawah bersama itu di atas lantai. Dia terlupa membawa selimut buat dirinya jadi dia rasa penat lalu dia hanya tidur di lantai tanpa selimut.
---
Taehyung terjaga apabila tangannya berlanggar dengan sesuatu. Dia membuka mata untuk melihat dan kelihatan ruang tamu sudah gelap.
Dia baru ingin bangun tetapi dia terhenti apabila dia terlihat seperti seseorang sedang tidur di lantai. Dia mengecilkan mata lalu telefon pintarnya diambil dan disuluhkan ke arah orang yang sedang tidur di lantai.
"Ya Tuhan. Kenapalah awak tidur kat bawah?", Taehyung berkata seorang diri apabila dia dapat lihat muka Irene selepas disuluh. Lampu ditutup semula lalu dia mengambil bantal dan selimut yang dia yakin Irene yang bawakan buat dirinya lalu dia baring di sebelah Irene.
Badan Irene diselimutkan olehnya lalu mereka berkongsi selimut. Dia mengiringkan badannya ke arah Irene lau dipeluk pinggang Irene.
"Good night, sayang", Taehyung berkata sebelum dia pula yang dibuai mimpi.
---
"Papa! Mama! Bangun! Kata nak pergi jalan-jalan!", Sara dan Nara melomoat-lompat di atas katil Yoona dan Jungkook.
Yoona dan Jungkook merungut kecil sebelum mereka menutup muka mereka dengan selimut dan sambung tidur dalam keadaan berpelukan.
"Mama! Papa!", Nara dengan suaranya yang bingit itu jerit lalu dia menarik selimut yang menyelimuti badan papa dan mamanya dengan kasar an terus melemparkan selimut tersebut jatuh ke lantai.
"Bangunlah!", Sara menolak-nolak badan Jungkook. Nara pula menyelit di anatar mereka untuk memisahkan pelukan mereka.
"Sayang. Janganlah kacau papa dan mama. Papa dan mama penatlah", Jungkook berkata lalu ditolak sedikit badan Sara daripada terus menolak badannya.
"Dah. Nantilah kita jalan-jalan ye. Papa dengan mama nak sambung tidur jap. Kasihan mama. Sayang nak mama sakit balik ke?", Jungkook bertanya lalu dengan pantas Sara dan Nara menggeleng.
Jungkook tersenyum lalu terus bangun lalu dia mengambil semula selimut di atas lantai dan diselimutkan badannya bersama Yoona kembali.
Seusai sahaja mereka dengar pintu ditutup yang bermakna Sara dan Nara sudah keluar, Yoona membuka matanya perlahan lalu ditatap muka Jungkook lama.
"Tak perlulah cakap macam tu kat anak-anak, abang. Saya kan dah okay?", Yoona berkata walaupun diselitkan sedikit dengan batukan kecil.
"Ha, okay apa tu?", Jungkook berkata lalu keluhan melepasi mulutnya.
"Nak air?", Jungkook bertanya lalu Yoona yang masih terbatuk kecil itu mengangguk perlahan.
"Nah", Jungkook membantu Yoona duduk di atas katil lalu dia meneguk air yang berada di dalam gelas itu. Setelah habis, dia berikan semula pada Jungkook.
"Thanks", Yoona berkata lalu Jungkook hanya mengangguk.
"Itulah, degil lagi. Dah tahu penat badan tu dah tak boleh bawa bincang, kenapa nak juga keluar rumah semalam?", Jungkook bertanya pada Yoona dan Yoona terus menundukkan kepalanya perlahan.
"Saya minta maaf", Yoona berkata lalu matanya mula berair. Jungkook mengeluh lagi lalu dia menarik badan Yoona dan dimasukkan ke dalam pelukannya.
"Dahlah. Tak nak nangis. Sayang kena banyak rehat. Badan tu masih tak stabil lagi. Nanti pengsan macam mana?", Jungkook mengusap belakang badan Yoona.
---
"Ya Tuhan! Sayang!", Taehyung terjaga daripada tidur apabila dia dikejut secara mengejut oleh Irene dan akhirnya Irene muntah di atasnya.
Badan Irene terus rebah sebaik sahaja dia selesai memuntahkan segala yang ingin dikeluarkan. Taehyung agak terkejut tetapi dia tidak kisah pasal muntah Irene. Yang dia kisah sekarang ialah, Irene!
"Sayang!", Taehyung menepuk pipi Irene berkali-kali, lalu terserlahlah muka Irene yang pucat.
Taehyung sudah panik kerana dia masih tidak lupa tentang sakit yang dihadapi oleh Irene. Dia tahu badan Irene memang lemah.
Dia dengan pantas terus menelefon ambulans. Walaupun bagi orang lain, pengsan ini adalah benda biasa tetapi bagi Taehyung tidak!
Dia terlalu risaukan Irene sampai sekarang matanya sudah mula berair kerana terlalu panik dan risau tentang keadaan Irene.
Semasa di dalam ambulans, Taehyung tidak mati-mati mendoakan supaya keadaan Irene baik-baik sahaja. Air mata kian tumpah tetapi dia tepis perlahan. Tangan Irene digenggam erat lalu dikucupnya lama.
Sesampai sahaja dia hospital bersama ambulans, Taehyung keluar bersama Irene dan nurse-nurse yang bertugas. Saat dia ditahan daripada mengikuti mereka masuk ke dalam wad zon merah, Taehyung jatuh terduduk lalu dia menangis.
Dia tahu agak memalukan baginya sebagai seorang lelaki menangis di lantai tetapi keadaan ini amatlah menyakitkan hatinya.
Dan dia juga tahu risiko dia mendedahkan dirinya sebegini. Dia dapat rasa ramai sudah mula memandangnya tapi disebabkan kedatangan ahli BTS yang lain kecuali Jungkook serta pengawal peribadi mereka telah menyelamatkan keadaan Taehyung.
---
"Taehyung. Bangun. Ni doktor nak cakap dengan kau", Namjoon mengejutkan Taehyung memandangkan tadi dia tertidur kerana terlalu penat menangis.
Taehyung terus bangun dengan mata yang agak kuyu. Tetapi, dia gagahkan untuk terus membukanya dengan luas.
"Sila ikut saya ye, encik", doktor itu berkata pada Taehyung dan Taehyung hanya menganggukkan kepalanya dan terus membontoti doktor itu ke pejabatnya.
"Sila duduk dulu ye", doktor itu berkata pada Taehyung seusai mereka sampai ke dalam pejabat doktor itu.
"Ada apa-apa yang seriuskah terjadi pada isteri saya, doktor?", Taehyung bertanya pada doktor itu dan doktor itu terseyum lalu menggelengkan kepalanya perlahan.
"Saya cuma nak cakap pasal keadaan isteri encik yang saya yakin dia pernah mengalami kemlaangan yang teruk, right?", doktor itu berkata lalu Taehyujg hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
"Okay. First thing saya nak cakap dengan tuan ialah tahniah!", doktor itu berkata dengan riang lalu tangan Taehyung yang berada di atas meja dia ambil dan genggam.
Taehyung memandangnya pelik. Dalam hatinya, dia cuba untuk menebak apa sebenarnya yang sedang berlaku.
"Isteri tuan sudah mengandung tiga minggu!", Taehyung membulatkan matanya tidak percaya akan kata-kata doktor itu.
"Serius ke ni, doktor? Isteri saya mengandung?", Taehyung bertanya dengan suara yang bergetar. Doktor itu hanya mengangguk dengan senyuman.
"Terima kasih, doktor!", Taehyung menggenggam tangan doktor itu erat.
"Eh, jangan happy sangat. Saya ada nasihat nak berikan pada tuan", doktor itu mula membuat muka serius dan Taehyung terdiam lalu tangannya dia tarik semula ke atas pahanya.
"Mengikut pemerhatian saya, kandungan ini tidak kuat atas faktor badan isteri tuan yang lemah selepas kemalangan yang isteri tuan pernah hadapi dulu.
Jadi, saya cuma nak nasihatkan tuan, jangan lupa bagi dia makan ubat yang akan saya suruh nurse berikan kepada tuan nanti beserta, jangan bagi isteri tuan melakukan kerja-kerja berat. Kalau boleh biar dia rehat sepanjang dia mengandung"
Panjang lebar doktor itu menasihati Taehyung dan Taehyung hanya mengangguk dengan senyuman di bibir.
Sumpah, dia tidak menyangka hari ini akan tiba juga dalam kehidupan rumah tangga mereka.
Dia tidak mengharapkan apa-apa dari Irene selain diri Irene itu sendiri. Dia faham sangat dengan keadaan Irene yang lemah itu.
Nampaknya, hari ini adalah hari di mana rezeki mereka datang.
---
"Abang. Jap. Saya nak-", sekali lagi Yoona muntah kembali isi perutnya yang baru sahaja disuapkan oleh Jungkook.
Jungkook mengeluh perlahan sebelum dia bangun dan mengambil tisu basah beserta kain buruk.
"Sayang. Kan saya dah cakap kalau tak boleh makan, jangan paksa diri. Itulah, ubat pun sayang selalu tinggal. Kan dah jadi macam ni?", Jungkook berkata sambil mengelap kembali muntah Yoona di atas meja makan itu.
"Tapi, saya lapar", Yoona berkata sambil menundukkan kepalanya memandang permukaan meja makan itu.
"Takpalah. Sayang tidur dulu. Mana tahu nanti lepas sayang bangun sayang dah boleh makan?", Jungkook memujuk isterinya lalu isterinya hanya mengangguk perlahan.
"Dah. Jom kita masuk bilik. Nanti abang nak ambil anak-anak kita kat rumah Jimin", Jungkoon berkata lalu dia memapah Yoona untuk naik ke bilik mereka semula.
---
"Dah kalau namanya Jimin, dah semestinya dia batak", Soora berkata pada Jimin yang tadinya terlalu bangga kerana berjaya membentuk lapan roti di perutnya dalam masa setahun.
"Dah kalau namanya Soora, dah semestinya dia cemburu", Jimin membalas pula pada Soora yang sedang menyusukan anak mereka.
"Eh, sejak bila pula saya cemburu? Tak ada masa saya nak bazirkan cemburukan awak dengan six pack awak tu", Soora berkata pula sambil menjeling Jimin.
"Ingat saya tak tahu awak serang Gisha sebab awak cemburu dia rapat dengan saya?"
Soora menelan liurnya.
"B-bila masa pula?", Soora dah mula gagap tetapi cepat-cepat dia sorokkan gugupnya.
Jimin dah tergelak besar dan Soora hanya mengetap bibirnya apabila dia tahu yang dia kalah.
"Dahlah, awak. Nanti ada juga anak yang kena baling kalau kita sambung bergaduh. Saya nak makan ni", Jimin berkata lalu dia duduk di meja makan.
"Makanlah. Saya dah masakkan", Soora menjawab. Jimin mengecilkan matanya lalu dia melihat ke arah Soora yang sedang melihat skrin telefonnya. Ada sesuatu yang pelik dia rasakan sekarang ni apabila dia perasan perubahan muka Soora.
"Ada masalah ke?", Jimin tiba-tiba bertanya. Soora hanya diam.
"Tak ada apa", Soora terus bangun seusai menyusukan anak mereka di sofa. Kelihatan anak mereka itu sudah tidur diulit mimpi dan sekarang Soora ingin meletakkannya di dalam bilik mereka.
Soora membuka pintu bilik mereka lalu dia terus masuk dan tutup pintu. Katil itujunya lalu dia meletakkan anaknya lembut ke atas katil itu.
Dia duduk di katil lalu dia pandang jendela di hadapannya itu. Tiba-tiba sahaja, sebutir mutiara jernih jatuh dari tubir matanya.
Makin lama, air mata semakin deras mengalir. Dia tersedu-sedan menangis. Hatinya tiba-tiba diulit rasa sakit yang amat.
Jimin yang sedang menekap telinga di pintu itu terus masuk ke dalam bilik sebaik sahaja telinga menangkap tangisan Soora. Dia memang sudah rasa yang Sora ada masalah tetapi dia cuba selindungi daripadanya.
"Sayang", terus Jimin duduk di sebelah isterinya dan ditarik susuk tubuh isterinya ke dalam dakapannya. Soora terus menangis sambil dipeluk suaminya itu.
"Hei, kenapa ni, sayang?", Jimin bertanya dan Soora hanya menggeleng dengan sedu-sedan yang masih bersisa.
Lama juga Soora menangis sehinggalah dia sendiri yang tertidur. Apabila Jimin rasakan yang Soora sudah betul-betul nyenyak, dia meletakkan Soora perlahan-lahan di sebelah anak kembar mereka.
"Mungkin saya tak tahu apa yang jadi, tapi ingatlah yang saya akan sentiasa ada bersama awak di mana jua, bila-bila masa"
---
"Abang. Saya-", Yoona mula memegang kepalanya. Jungkook pula tak bangun-bangun apabila puas dikejut. Sakit kepalanya lebih daripada biasa kali ini.
Entah kenapa tapi dia jarang dapat sait kepala seteruk begini.
"Abang. Bangunlah. Saya sakit sangat ni", Yoona sudah menangis sambil dirinya sibuk lagi mengejut Jungkook.
"Kenapa ni, sayang?", Jungkook akhirnya bangun apabila tangisan Yoona mula kedengarannya. Dia dengan pantas memeluk isterinya yang sedang duduk itu lalu dia mengusap belakang badan Yoona perlahan.
"Dah. Dah. Saya tahu sakit. Tapi, nak buat macam mana. Takpa. Abang ada dengan sayang. Abang tahu sayang kuat. Dahlah. Jom tidur, eh?", Jungkook mengajak Yooan yang masih menangis.
Yoona hanya mengangguk dan dia tahu ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Jungkook. Dia kena bertahan. Tak ada apa yang dapat membuatkan dia lega selain kehadiran Jungkook.
"Tidur ye", Jungkook berkata lalu dikucup dahi Yoona dan dipeluk tubuh kecil Yoona itu erat.
---
"Sara! Jaga adik elok-elok. Nanti papa suruh uncle Namjoon ambilkan ye?", Jungkook menjerit dari jauh lalu Sara hanya mengiyakan kata-kata Jungkook lalu dia menarik Nara mengikuti masuk ke dalam kawasan sekolah.
Jungkook terus memasuki perut kereta lalu dia meluncur laju keluar dari kawasan sekolah anak-anaknya itu.
---
"Wah. Awak makin sihat. Saya dah cakap yang awak boleh menjadi semakin sihat. Saya percaya yang awak kuat. Sekarang ni, awak cuma perlu habiskan ubat awak dan banyakkan rehat. Badan awak masih lemah walaupun sudah hampir sihat. Faham ye, Puan Jeon?", doktor berkata pada Yoona dan Yoona memandang Jungkook.
Jungkook sudah tersenyum gurang lalu digenggam erat tangan Yoona. Hatinya meloncat-loncat gembira apabila dengar berita baik daripada doktor tadi.
"Baiklah, doktor. Saya akan ikut cakap doktor. Bulan depan saya datang lagi ye?", Yoona berkata lalu dia mula bangun dengan bantuan Jungkook.
"Baiklah. Jumpa lagi. Kalau ada apa-apa jadi, terus datang hospital tau?", doktor itu menasihati Yoona sekali lagi.
"Terima kasih, doktor. Saya minta diri dulu ye?", Yoona berkaya dengan senyuman kecil terlakar di bibirnya sebelum mereka beredar dari bilik pesakit itu.
---
"Awak?", suara Irene yang lemah itu memanggil Taehyung apabila dia membuka mata dan terlihat susuk tubuh Taehyung di sebelahnya sedang menggenggam erat tangannya.
"Oh, awak", Taehyung yangbaru sahaja bangun itu menggosok matanya perlahan sebwlum matanya dibuka dan menatap wajahnya isterinya.
"Thanks, sayang", Taehyung mula berjata dan Urene terus mengerutkan dahinya kerana tidak faham apa motif Taehyung berterima kasih padanya.
"Thanks sebab dah tunaikan hasrat saya dengan mengandungkan anak saya. Saya bersyukur sangat", suara Taehyung mula bergetar lalu dikucup tangan isterinya lama.
Air matanya mula mengalir lalu jatuh ke atas tangan Irene. Irene mula rasa sebak.
"Saya pun tak sangka yang kita akan ditakdirkan dengan pencerah rumah tangga iaitu anak ini. Saya pun bersyukur sangat dan harap kita dapat hidup lebih bahagia dengan hadirnya insan ini", Irene berjata lalu Taehyung mengangkat wajahnya.
"Kita akan hidup bahagia selamanya, sayang", dikucup bibir Irene perlahan dan lama seusai mengucapkan kata-katanya itu.
---
"Soora?", Jimin memanggil Soora apabila dia hanya dapat lihat belakang badan Soora dihadapkan ke arah pintu di mana tempat dia berdiri sekarang.
"Dah tidur ke?", Jimin bertanya dan sekali lagi tiada sautan atau respons daripada Soora. Jimin hanya mengeluh kecil sebelum dia berjalan ke arah katil mereka.
'Penat sangat kut. Sampai pukul berapalah dia nangis tadi?', monolog Jimin seorang diri.
Dahi Soora diusapnya perlahan sebelum dikucupnya lenbut.
"Good night, sayang", Jimin membetulkan selimut yang menyelimuti badan Soora sebelum dia pula berbaring ke sebelah Soora.
Tiba-tiba, apabila Jimin mahu memejamkan matanya, telefon pintarnya berdering. Dia mengangkat tangan yang sedang memegang telefonnya lalu dipandang skrin telefon yang memaparkan nama si pemanggil.
"Mama?", Jimin berbisik kecil sebelum dia mengangkat panggilan untuk disambungkan ke talian ibu mertuanya itu.
"Hello, ma? Kenapa call malam-malam ni?", Jimin bertanya lalu dialaskan kepalanya dengan tangan kiri untuk menyelesakan dirinya.
"Soora? Dia tak beritahu apa-apa pula. Sekarang pun dia dah tidur sebab penat sangat. Kenapa, ma?", Jimin bertanya.
"A-apa?", Jimin mula gagap apabila dia mendengar berita yang disampaikan oleh ibu mertuanya itu. Dia terus bangun lalu duduk bersila di atas katil.
Sekarang dia sudah tahu kenapa Soora menangis seusai melihat telefonnya petang tadi.
"Jimin minta maaf sebab jarang balik rumah mama dengan papa", Jimin mula meluahkan rasanya kerana rasa sebak di hati sangat tebal sekarang ni.
"Jimin tak sangka sangat benda ni akan terjadi macam ni", suaranya mula bergetar menahan rasa sedih.
"Hmm, okaylah. Esok pagi Jimin bawakan Soora pergi balik rumah mama dengan papa", Jimin berkata lalu tak lama kemudian, dia mematikan panggilan.
Dia mula mengalihkan pandangan ke arah Soora. Matanya yang berair itu dia kelipkan bagi mengeringkan kawasan tubir matanya. Tidak mahu menangis sekarang.
"Saya tahu awak sakit sekarang. Saya harap awak kuat. Saya percaya yang isteri saya ni kuat orangnya"
---
"Sayang. Jom", Jimin mengajak isterinya apabila mereka habis menjamu selera sarapan pagi mereka di mej kakan.
"Nak pergi mana pula?", Soora bertanya perlahan. Jimin hanya tersenyum kecil.
"Balik rumah mama awaklah. Ke mana lagi kita?", Jimin berjata dengan gelakan kecil. Soora sudah mengerutkan dahinya.
"Dah kenapa awak ni tiba-tiba nak balik rumah mama?", Soora bertanya pada Jimin. Jimin tersenyum nipis sebelum dia gapai tangan Soora yang berada di atas meja makan itu.
"Kenapa awak suka sangat simpan beban tu seorang diri? Saya tak suka cara awak. Kita suami isteri. Sepatutnya awak biar saya sekali tanggungnya bersama awak", Jimin berkata lalu dieratkan lagi genggaman pada tangan Soora itu.
"Ji-jimin", Soora mula bersuara. Getarannya mula kedengaran dan matanya sudah berair.
"Saya tahu awak kuat, sayang", Jimin berkata lalu dia lepaskan tangan Soora dan terus dia bangun ke arah Soora. Badan Soora kemudiannya dipeluknya.
Tak lama kemudian, kedengaran esakan kecil Soora dan Jimin hanya diam sambil.menenagkan isterinya.
"Awak silap. S-saya tak kuat. Kenapa semua ni berlaku pada saya? Saya tak sangka yang saya sudah kehilangan salah seorang insan yang saya sayangi di dunia ni", Soora mula meluahkan perasaannya.
"Sayang. Janganlah macam ni. Awak kena kuat hadapi semua ni. Mesti WongSoo oppa tak suka tengok awak bersedih macam ni dari atas sana. Tuhan lebih sayangkan dia. Kita hanya mampu berdoa agar kehidupannya di sana. Dah, dah. Jangan nangis"
Jimin masih setia mengusap belakang badan Soora yang sedang teresak-esak menangis meratapi pemergian abang kesayangannya yang baru sahaja ingin pulan ke Korea dari Amerika setelah habis sambung pengajian sebagai seorang akauntan.
Dan, akhirnya, impiannya ingin bertemu keluarga punah apabila kapal terbang yang dinaikinya terhempas.
---
"Sabar ye, Soora. Kami tahu kau kuat. Kau seorang yang kuat, Soora", Yoona mula menasihati Soora yang masih menangis. Irene sedang memeluk Soora.
Yoona batuk buat beberapa kali sebelum dia meneguk air di dalam botolnya.
"Dahlah, Soora. Kau rehat dulu. Kasihan aku tengok kau. Dah lesu muka", Irene meleraikan pelukan lalu dilapkan air mata Soora yang masih mengalir di pipi.
"Betul tu, Soora. Aku pun nanti Jungkook dan nak hantar aku balik dah ni. Aku harap kau tabah dan kalau ada apa-apa, call je aku atau Irene. Kami setia ada bersama kau", Yoona pula mengungkapkan kata-katanya.
Soora hanya mengangguk sebelum dia bangun dibantu oleh Irene. Yoona hanya tersenyum nipis memandang susuk tubuh Soora dan Irene menghilang ke dalam bilik Soora di rumah ibu bapanya.
"Sayang. Jom?", Jungkook yang baru sahaja pulang dari menguruskan mayat tadi terus mengajak Yoona pulang ke rumah. Dia tahu yang Yoona tak patut keluar dari rukah tapi dia perlu kerana hal ini.
Yoona hanya mengganguk lalu diikuti langkah Jungkook yang sedang memimpinnya keluar dari rumah keluarga Soora itu.
---
"Dah tidur ke?", Jungkook bertanya pada Yoona apabila dia rasakan ynag dia tak boleh tidur ketika ini.
"Tak", Yoona menjawab ringkas. Jungkook pun memusingkan badannya menghadap Yoona yang sedang menatap siling bilik mereka.
Yoona juga buat benda yang sama apabila sedar tindakan Jungkook itu.
"Sayang. Abang ada satu permintaan ni", Jungkook mula berkata. Yoona hanya diam.
"Apa dia, abang?", Yoona bertanya setelah diam beberapa saat.
"Sayang kan dah makin sihat kan?", Jungkook bertanya lalu dia mendapat anggukan kecil daripada Yoona.
"Bolehlah sayang tunaikan hasrat abang yang dulu", Jungkook sudah tersengih nakal memandang Yoona. Yoona mengerutkan dahinya dan memikirkan apa yang sedang Jungkook cakapkan.
"Apa abang ni? Hasrat apa pula?", Yoona bertanya apabila sudah lama juga dia memikirkan perkara apa yang ditujukan oleh Jungkook itu.
"Halah, sayang ni. Ni nak merajuk ni. Ingat tak minggu pertama kita berbula madu dulu saya ada kemukakan hasrat utama saya?", Jungkook berkata dan Yoona berfikir sejenak.
"Ingat eh. Hasrat utama abang ialah abang nak ada lima orang anak. Dua perempuan, tiga lelaki. Janji eh?"
Pantas sahaja tangan berotot Jungkook ditampar oleh Yoona kuat sehinggalah Jungkook mengaduh kesakitan.
"Ish. Apa ni, sayang? Pukul-pukul abang. Nanti kena label isteri derhaka kang. Baru tahu", Jungkook berkata sambil menggosok bahagian yang ditampar oleh Yoona tadi.
"Gatal sangat. Dah ada dua anak tu pun terkial-kial nak jaga. Ni nak ada lima anak. Ni limanya", Yoona mengangkat tangannya yang menunjukkan lima jarinya.
"Ish. Sayang ni. Tak palah kalau macam tu. Abang ada sayang abang seorang ni pun dah okay", Jungkook berkata lalu pipi Yoona dicubit kuat.
"Abang! Sakitlah!"
•••
Setelah beribu dekad special chapter ni ada dalam draft akhirnya terpublish juga dan Idae berjaya memecahkan rekod 3000+ words😂
Thanks for reading guys. Sayang korang lelagi yang masih menanti chapter ni. Muah😘❤
Btw, nak bagitau satu fakta bangang.
Masih ingat dengan ayat terakhir tu?😂
Padahal bulan 11 tak sampai pun dah habis dah ff ni. Lol😂
K, tamat sampai disitu sahaja kepada para pembaca iphone S1+S2 ni. Bye. Semoga bertemu lagi kita ya😂💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro