Special Chapter 1
No one's
Jungkook keluar daripada rumahnya apabila omma dan appanya tiada di rumah. Kereta dibuka lalu dipandu keluar dari kawasan rumahnya.
"Hello, hyung. Nanti boleh tak bila dah datang sini, hyung jumpa Kook. Kook ada benda nak suruh hyung bagi dekat Yoona. Thanks, hyung", Jungkook berkata lalu mematikan panggilan apabila menjawab jawapan daripada Seokjin.
Dia bergerak ke balai polis. Sampai sahaja di balai, dia keluar dari perut kereta. Nombor seseorang didailnya.
"Hello, chief. Saya dah sampai", Jungkook berkata sambil dokumen di dalam keretanya diambil lalu keretanya dikunci dan kemudiannya dia bergerak masuk ke dal balai.
"Ha, ok. Saya pergi ke bilik chief", Jungkook berkata lagi sebelum mematikan panggilan telefonnya.
Dia memasuki satu bilik di mana chief yang ingin dijumpainya itu berada. Dia menunduk hormat sebelum duduk di kerusi yang ada. Dokuken yang dipegangnya diletakkan di atas meja.
"Ni dokumen bukti", Jungkook berkata lalu dia mendapat anggukan daripada chief Na itu. Chief Na mengambil dokumen yang diletakkan di atas mejanya itu.
"Saya harap chief dapat mengambil tindakan atas semua kesalahannya", Jungkook berkata lalu chief itu hanya mengangguk sambil matanya masih menyelak setiap muka surat dokumen itu.
Ya, dokumen itu ialah semua pembuktian tentang kesalahan Puan Jeon. Ada tiga kesalahn yang dia lakukan. Cubaan membunuh dua kali, mengugut dan rasuah.
"Terima kasih kerana membantu kami menjalankan tugas kami, Tuan Jeon Jungkook", chief dan Jungkook berdiri sebelum berjabat tangan.
"Sama-sama, chief", Jungkook berkata sebelum keluar dari bilik Chief Na.
---
Jungkook memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah agam. Dia keluar untuk menekan loceng.
"Jeon Jungkook", dia berkata sebelum pintu itu terbuka secara automatik.
Dia pon memasukkan keretanya ke dalam perkarangan rumah agam tersebut.
"Ha, Jungkook buat apa kat sini? Nak jumpa bakal isteri ke?", Jungkook agak terkesan dengan kata-kata omma Soora. Dia hanya tersengih padahal dalam hati sudah menyumpah seranah ommanya.
"Ha, masuklah. Soora ada kat atas. Kat bilik dia. Pergilah jumpa dia dalam bilik", omma Soora berkata lalu Jungkook hanya menagngguk perlahan sebelum berherak naik ke tingkat atas.
Jungkook membuka pintu bilik Soora perlahan dan ternampak Soora sedang bermain telefonnya sambil tersengih.
"Ceyh. Text dengan Jimin ke?", Jungkook berkata dan itu mengejutkan Soora yang sedanv meniarap di atas katilnya. Dia bangun lalu rambutnya diperbetulkan dan terus dia berpeluk tubuh.
"Kenapa datang? Tak sabar dah nak kahwin dengan aku ke?", Soora berkata dan Jungkook hanya membuat muka jijik.
"Eh, ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Aku pun tak naklah. Ni aku nak cakap something", Jungkook berkata sebelum Soora menjungkitkan keningnya memandang Jungkook.
"Cakap apa? Penating sangat ke? Kalau nak cakap pasal perkahwinan kita esok, aku tak nak dengar", Soora berkata dengan nada yang agak menjengkelkan.
"Eh, kau ni memang annoying eh? Macam manalah Jimin boleh suka perempuan macam kau?", Jungkook berkata sebelum dia duduk di kerusi meja belajar Soora.
"Dah tu? Bukan tu je ke boleh jadi tujuan kau datang rumah aku?", Soora berkata lagi. Jungkook berpeluk tubuh kemudiannya mula berkata.
"Aku nak plan something. And, benda ni bagi kebaikan unuk kita berdua", Jungkook berkata dan itu sangat menarik perhatian Soora.
"Plan apa? Aku tak perlu kahwin dengan kau kan?", Soora berkata lalu Jungkook mengangguk laju.
"Tak, kau takkan kahwin dengan aku tapi kau akan kahwin dengan Jimin", Jungkook berkata dengan sengihan di bibir.
"Serius? Dah tu kau? Jadi paderi?", Soora berkata dengan keterujaan yang melampau.
"Eh, kau. Sempat lagi. Aku kahwin dengan my girllah. Kau fikir aku tak laku?", Jungkook berkata sebelum menangkap Soora menggulingkan matanya.
"My girl konon", Soora berkata.
"Eh, kau. Aku tak buat plan ni baru tahu", Jungkook berkata lalu Soora tersengih.
"Yelah. Macam mana?", Soora bertanya dan mereka pun muka berbincang dari kemasukan pengantin sehinggalah kemasukan pasangan mereka ke dalam dewan.
---
"Father. Can we talk to you about tomorrow which is our wedding ceremony?", Jungkook yang berada di hadapan paderi itu berkata lalu paderi itu mengangkat wajahnya memandang Jungkook dan Soora.
"Yes, you may, Adam and Sofia", paderi itu berkata lalu menepuk tempat di sebelahnya supaya mereka berdua duduk di sebelahnya.
"We want to talk about our ceremony. This is your new script. Tomorrow will be hold for two couples. Me and my girl. Her and her boy", Jungkook berkata dan paderi itu sungguh menayangkan muka yang terkejut.
"What are you talking about? That's mean, it's not you, Adam and Sofia who will be husband and wife? But you guys will be marry with your own lover?", paderi itu bertanya lagi. Mereka mengangguk laju.
"Yes. That's the point, father. We are really sorry to put a burden on you. We just plan this morning. We are really sorry", Jungkook berkata sebelum mencuit Soora supaya menikutinya bangun sekali untuk menunduk hormat.
"Never mind. What's important is you guys didn't lie your own self and marry with the one whom you didn't even love", paderi itu berkata sebelum menggapai tangan kedua-dua mereka.
"I hope you guys will gain happiness after your marriage. Ameen", paderi itu berkata lalu mereka hanya mengangguk.
"Thanks, father. We really appreciate your coorperation", Jungkook berkata dan paderi itu hanay mengangguk dan melemparkan senyuman manis kepada mereka sebelum mereka meninggalkan kawasan gereja.
---
Hari Perkahwinan
Jungkook keluar dari bilik persediaan pengantin lelaki dan terus mencari ahli bts.
"Hyung!", Jungkook memanggil mereka apabila matanya sempat menangkap mereka yang berpakaian kot merun.
"Kook. Kami dah datang", Seokjin berkata lalu bahu Jungkook ditepuk olehnya. Begitu juga ahli lain.
"Kau bertuah Kook hyung tak tuntut hutang hyung. Kalau tak, harini ada tiga pasangan akan berkahwin", Taehyung berkata sambil tangannya menumbuk lengan Jungkook.
"Janganlah hyung. Pengsan perempuan tua tu nanti", Jungkook berkata sambil tersengih. Mereka berenam tergelak besar.
"Macam mana? Dah siap?", Jungkook bertanya.
"Settle semua", Seokjin berkata lalu mereka berenam membuat tagline mereka iaitu brofis dan cheers mereka.
"Okay cun. Terima kasih, hyung. Kalau hyung tak tolong. Rasanya plan harini takkan jadi", Jungkook berkata sebelum mereka berenam berpelukan membuat pelukan berkumpulan.
•••
Tak panjang tapi cukuplah korang tahu macam mana plan Jungkook sebelum perkahwinan dia dan Jimin tu berlangsung.
Nanti Idae update second part yang Idae dah janjikan. Ingat, part second ada scene tiga pasangan ye.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro