sixteen
Yoona's
Entahlah. Aku tetiba rasa tak sedap hati. Kenapa eh?
Sedang aku sibuk memandu, tetiba, kereta yang dipandu oleh aku mati di tepi jalan. Fcuk. Patutlah rasa tak sedap hati. Aku baru je hantar kat technician haritu. Ish. Dahlah hujan. Ni aku lemah ni.
"Tolonglah boleh", aku berkata perlahan sambil tangan aku sibuk cuba untuk menghidupkan enjin kereta aku. Ya Tuhan. Amatlah mencabar kesabaran aku. Ni jelah kereta peninggalan appa aku. Jarang dipakai tapi masih boleh digunakan.
Kenapa omma tiri aku tak ambil? Sebab ni kereta tak da class katanya. Kereta murah walaupun bagi aku mahal dahlah harga kereta ni. Kereta Audi kut. Apa yang tak da classnya?
Aku pun dengan pantas terus keluar dari perut kereta walaupun hujan lebat sedang turun. Rumah aku pun lagi berapa meter je. Baik aku jalan je. Bukan ada apa pun. Hujan je.
Aku pun mengunci kerta itu lalu mula berjalan meredahi hujan yang turun dengan lebatnya itu.
"Ish, angin ni pun tak bagi kerjasama", aku berkata apbila baju aku kerap terselak akibat angin kuat.
Jungkook's
Aku tetiba rasa nak pergi lalu je dekat depan rumah Yoona. Walaupun baru jumpa tadi, aku nak tengok dia selamat sampai ke rumah ke tak.
Jadi, kereta aku dipandu menuju ke arah kawasan perumahan Yoona. Tetiba hujan turun dengan lebatnya. Haih, kenapa rasa tak sedap hati ni?
Aku pun hanya meneruskan perjalanan sampailah aku terjumpa sebuah jereta yang aku rasa aku pernah nampak kat rumah Yoona.
Lain kut? Tak palah. Aku pun terus memandu dan aku terjumpa pula dengan satu susuk tubuh dengan berjalan berlawan dengan tiupan angin yang kuat.
"Jap. Macam...", aku terus berhenti di hadapan perempuan tu sampailah dia berhenti.
Aku terus turun dari kereta aku dan terus menarik tangan perempuan tu. Ya, dia. Han Yoona. Kelihatan dia sudah lemah dan terus jatuh atas badan aku.
"Yoona!", aku terus menjerit dan menggoncangkan sedikit badannya ingin mengejutkannya.
"Jung..kook...", aku terdengar sipi-sipi sahaja suara dan kemudiannya tangannya terus jatuh dari memeluk aku.
Nampaknya dia sudah pengsan. Aku terus membawanya masuk ke dalam kerta aku dan aku pandu kereta aku menuju ke arah rumahnya yang tidak jauh dah. Nampaknya, betullah yang tadi keretanya.
"Yoona. Kenapa kau gagah juga nak redah hujan bila kereta kau rosak?", aku bertanya padanya walaupun aku tahu dia tiadk mendengarnya. Tangannya aku genggam erat dan tangan sebelah lagi aku mengawal stereng kereta aku. Tangannya juga sudah semakin sejuk.
Sampai sahaja di hadapan rumahnya, aku terus keluar dan terus mengangkatnya keluar dari kereta.
"Tolonglah buka cepat", aku menekan berkali-kali loceng rumah itu sampailah pagar dibuka.
Aku terus berlari masuk apabila pintu rumah dibuka. Aku memandang sekeliling.
"Mana bilik Yoona?", aku bertanya pada orang yang membuka pintu tadi. Dia seperti terkebil-kebil memandang aku. Aku rasa ini ommanya kerana muanya yang lebih kurang umur 50-an.
"Ku tanya mana bilik Han Yoona?!", aku menjerit dan muka aku kini memerah menahan amarah sambil tangan aku memperbetulkan kedudukan Yoona yang berada di dukungan aku.
"K-kat atas. P-pintu h-hitam", dia tergagap. Aku terus berjalan naik ke atas dengan hati yang risau. Pintu hitam sebuah bilik aku redah masuk dan terus diletakkan di atas katilnya.
Aku perbetulkan selimut di atas badannya. Aku meletakkan tangan aku pada dahinya dan dahi aku diletakkan tangan lagi satu aku. Dahinya dah memanas.
"Kau demam, Yoona?", aku berkata perlahan. Kenapa kau perlu jalan dalam hujan? Boleh je kau panggil aku ambil kau.
Aku yang sudah lama memandang mukanya terus memandang sekeliling biliknya sehingga bibir aku mengukir senyuman bangga.
"Sayang jugak kau kat aku kan?", aku tergelak kecil sebelum pipinya aku cium sekilas.
I love you, Han Yoona.
•••
Aku harap macam tulah bts bila tengok bilik kita yang dipenuhi poster diorang😂
K, enjoy. Malam ni maybe last update untuk harini😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro