Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

38 IPS2

Soora's

"Awak", aku mengalihkan pamdangan aku daripada Yoona ke arah Jimin apabila dia memanggil aku.

"Kenapa?"

"Jungkook sekarang masih tak stabil. Yoona pula masih dalam koma", Jimin mula mengatakan sesuatu. Aku masih tidak dapat apa yang ingin disampaikan olehnya.

"Jadi? Awak nak saya buat apa?", aku bertanya padanya.

"Jom tolong Jungkook dan Yoona? Taehyung dan Irene dengan ahli BTS semua dah setuju. Kita je ni yang masih tak bagi kata putus", aku terdiam.

"Tapi, selalunya, sayalah yang akan gancurkan segala rancangan. Jadi, ada baiknya kalau saya tak ikut awak dan yang lain", aku berkata apabila teringin hampir segiap kejutan hari jadi aku tidak ikuti sebab aku pernah menghancurkan parti hari jadi Jimin hampir setiap tahun dulu.

"Ada baiknya juga awak ikut, sayang. Janganlah cakap macam tu", Jimin berkata lalu tangan aku dia genggam erat dan itu cukup membuatkan aku tersenyum nipis.

"Tak apalah, Jimin. Saya kena jagakan Yoona. Jadi, awak ikut jelah rancangan yang dirancang. Saya pun penat juga nak jaga anak kita yang ada kat rumah omma. Kasihan saya tengok omma tiap hari kena hadap karenah anak-anak kita", aku berkata lalu keplaa aku ditundukkan dengan senyuman nipis.

"Sayang. Janganlah cakap macam tu. Awak buat saya rasa bersalah pula. Dahlah. Tak apa kalau awak tak nak ikut tapi, kalau saya minta tolong nanti, awak boleh tolong bukan?", Jimin bertanya.

"As you wish, dear", aku berkata dan itu menyumbang kepada senyuman manis Jimin. Dia mencium tangan aku yang digenggamnya erat itu.

Semoga hubungan Yoona dan Jungkook dapat dikembalikan seperti sedia kala.

---

No one's

"Kau. Uruskan video ni dan bila dah tiba masanya, aku akan arahkan kau hantarkan pada polis", Taehyung mula mengarahkan rancangannya untuk menyelamatkan hubungan Jungkook dan Yoona.

"Kau pula", Taehyung mula memberikan arahan kepada setiap orang yang terlibat. Rancangan telah dirancang dengan padat. Sungguh mereka semula berharap agar hubungan Jungkook dan Yoona dapat menjadi seperti sedia kala.

---

Jungkook's

Aku bangun dari katil dan terlihat diri aku berada di dalam sebuah bilik seperti bilik hospital.

Kali terakhir aku ingat aku berada di bumbung hospital. Bumbung hospital? Bunuh diri? Oh. Aku dah ingat.

Aku memicit kepala aku perlahan sebelum aku memandang sekeliling. Mata aku tiba-tiba tertacap pada satu susuk yang berada di sebelah katil aku. Pelbagai jenis wayar disambungkan ke mulut serta badannya.

"Yoona?", aku memanggil nama yang amat aku rindui itu. Dengan perlahan aku turun dari katil yang aku tiduri tadi.

"Sayang?", aku memanggilnya dan betul-betul mengharapkan agar dia menyahut. Tetapi, masih sama, fiada sahutan daripadanya. Dia masih baring di atas katil itu tanpa melakukakn sebarang pergerakan.

"Sayang. Jawablah. Abang panggil ni", aku berhenti di sebelah katilnya. Lalu, tangannya aku gapai lalu digenggam erat. Sejuk sahaja tangannya.

"Sayang ni. Nak merajuklah macam ni. Sayang suka kan tengok abang rindukan kat sayang macam ni. Rasa dah lama sangat abang tak tengok sayang senyum. Senyumlah, sayang", aku berkata lagi tapi tiada pergerakan bagi memebri respons terhadap ayat aku.

"Macam mana dengan anak kita? Dia baik-baik je kan?", aku cuba senyum tapi senyuman manakah yang akan kekal jikalau ianya hanyalah senyuman paksa. Mata aku mula berair.

"Sayang ni. Tak baik tau sayang biar abang cakap seorang diri macam ni. Sayang tak takut ke kalau sayang dapat gelaran sebagai isteri durhaka?", aku bertanya lagi. Air mata aku mula tumpah.

Walaupun aku sedar akan perbuatan aku yang sia-sia, tapi aku masih ingin mencuba. Rasa bersalah yang terbuku di hati semakin menebal.

"Abang suami tak guna"

•••

Lol. Tak da idealah korang. Tiba-tiba hilang tadi. Tapi, tiba-tiba datang idea baru bila lagu answer: love myself datang. Lol.

K bye. Nanti Idae update lagi😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro