Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37 IPS2

Taehyung's

Aku menarik Jimin mengikuti aku mengejar Jungkook yang berjalan laju jauh dari kami.

Dia menghiraukan panggilan nama kami lalu dia berjalan meninggalkan kami. Aku sudah mula curiga dengn perilakunya.

"Jom, ikut aku Jimin", Jimin hanya mengikuti aku yang sedang menarik tangannya. Kami berhenti apabila pintu bumbung hospital dihempas kuat mengejutkan kami yang sedang mengejarnya.

"Kau tak rasa curiga dengan Kook ke?", aku bertanya pada Jimin.

"Ye do. Aku rasa ada sesuatu yang dia rancang. Dan aku pasti kau memikirkan benda yang sama dengan apa yang aku fikirkan sekarang", Jimin berkata dan aku hanya mengangguk.

Kami membuka pintu itu perlahan dan kelihatan Jungkook sedang duduk di pangkin yang tinggi, memisahkan antara simen di atas bumbung dan tanah di bawah sekali itu.

"Aku harap dia tak buat apa yang kita fikirkan", aku berkata pada Jimin. Jimin menggengam tangan aku erat.

"Aku yakin dia takkan buat kerja bodoh tu. Aku yakin", Jimin berkata tetapi tak lama lepas tu, kami melihat Jungkook sudah berdiri di atas pangkin menghadap langit yang mungkin akan menjadi salsi pada malam itu.

"Biarlah alam ini menjadi saksi untuk kematian aku pada malam ni. Aku harap dengan kematian aku, segalanya akan berubah menjadi lebih baik. Dan, kehidupan Yoona serta anak-anak aku akan lebih aman tanpa adanya aku", suara Jungkook kedengaran.

"Dia buat kerja bodoh tu. Serang", aku berkata lalu kami berdua menerjah pintu ke kawasan bumbung hospital itu.

"Kook!", kami berdua menjerit dan mengambil perhatian Jungkook. Jungkook terhenti daripada perbuatannya.

Manakala, Jimin sudah menelefon ahli BTS yang lain dan menguruh mereka meninggalkan Yoona dengan Soora dan Irene.

"Kenapa kau buat keputusan ni, Kook? Apa kau dapat lepas kau buat macam ni? Apa Yoona dapat? Apa yang anakhanak kau akan dapat? Kook. Fikir dengan waras Kook. Ni bukan Kook yang kami kenal. Kook yang kami kenal seorang yang kuat dan takkan pernah mengalah sewaktu menghadapi ujian", aku mula berkata.

Jungkook hanya diam. Yang kami dapat dengar hanyalah tangisannya yang kuat dan teresak-esak.

"Sedarlah, Kook. Kami semua memerlukan kau. Kami semua bergantung pada kau. Lagi-lagi Yoona, Sara dan Nara. Kau tak kasihan pada mereka?", Jimin pula yang mencelah.

Sekali lagi, Jungkook hanya diam. Dia tidak berkata apa-apa tapi dia hanya memandang ke bawah, iaitu tanah yang sangat jauh ke bawah dari bumbung hospital tersebut.

"Siapa aku? Aku hanya tahu menyusahkan semua orang. Kalau tiada aku bukankah lagi mudah korang bekerja? Bukankah lagi mudah bagi seluruh ahli keluarga aku ingin meneruskan hidup? Bukankah begitu?", Jungkook mula berkata-kata.

Kami diam dan kemudian semua ahli BTS mampir dari kawasan tangga dan menyaksikan Jungkook yang sudah di ambang maut itu.

"Kook-", aku menahan Hosek yang ingin tampil ke hadapan, menolong Jungkook. Aku menggelengkan kepala. Dia sudah hampir putus asa jadi aku ingin lihat apa aksi yang akan dia lakukan.

"Kau tahu betapa sedihnya Yoona selepas dia meninggalkan kau? Hampir setiap hari, dia menangis merindui kau dan anak-anaknya.

Dia hampir sekali seminggu dia pengsan sebab tidak mahu makan walaupun dia tahu dia sedang mengandung.

Ini baru dia yang sendiri meninggalkan kau. Kau boleh fikir tak macam mana keadaan dia apabila kau yang tinggalkan dia?", aku membenarkan Jimin menerangkan keadaan Yoona ketika dia berada di rumah Soora dan Jimin selama 5 bulan.

"Aku hampir setiap hari ingin pergi ke rumah kau dan serang kau. Tapi, Yoona halang sebab dia kata dia nak biarkan kau hidup bahagia dengan Hana. Aku nak beritahu dia tentang kebenaran hubungan kau dan Hana tapi kau larang! Apa aku boleh buat, Kook?

Dan, sekarang apa? Kau nak tinggalkan dia sebegini? Dalam keadaan dia baru sahaja kehilngan anak ketiga. Dan, sekarang kau pula? Apa kau tak sayangkan dia?", Jimin berkata lagi dan suaranya agak kecewa.

Jungkook masih menangis dan kami hanya diam. Kami menunggu dengan lama sampailah Jungkook terus turun dari pangkin itu ke atas simen dan melutut. Dia menangis dengan teruk.

Kami semua mengeluh lega. Lalu, kami berjalan ke arahnya dan memeluknya berkumpulan.

"Kook minta maaf. Kook minta maaf"

•••

Emosional tak? K, tau tak pon. Idae tak pandailah buat part macam ni😂

Okaylah. Cerita ni dah nak sampai ke penghujung. Siapa excited?!

Ha. Nanti, Idae try cari masa nak update ye. K bye😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro