35 IPS2
Aku masuk ke dalam rumah dan aku disambut oleh kedua-dua anak aku. Aku senyum paa mereka.
"Papa pergi mana? Sara rindu papa", Sara berkata lalu aku melutut di hadapannya dan pipinya aku cubit perlahan.
"Comelnya anak papa seorang ni", aku berkata sambil senyuman masih terukir di bibir.
"Jom makan!", Sara menjerit sambil menarik Nara mengikutinya sebaik sahaja matanya menangkap plastik makanan yang berada di tangan aku.
Aku tersenyum. Cepat betul mereka ni kalau bab makanan.
"Nanti saya datang ambil anak-anak saya"
"Kita cerai"
Aku yang tadinya tersenyum terus berubah muka apabila ayat-ayat daripada Yoona meniti kembali di minda.
Rancangan aku masih tidak berjalan lancar dan masih separuh jalan. Tapi aku tak sanggup untuk berjauhan sehinggakan sekarang dia memohon penceraian. Betapa hancurnya hati aku.
---
"Sabar weyh", Ahli BTS semua berkata pada aku. Ya, aku mengadu pada mereka yang sudah aku anggap sebagai keluarga kedua aku.
Nak harapkan omma? Dia sedang menikmati tahun pertamanya dibebaskan dari penjara di luar negara dan tidak mahu kembali selagi mukanya akan melihat Yoona bersama aku berumah tangga.
"Macam mana nak sabar? Aku penatlah. Dengan Hana dan dengan Yoona. Dan sekarang apa? Yoona minta cerai? Yoona mengandungkan anak ketiga aku? Kenapa dugaan aku terlalu sukar bagi aku? Apakah Tuhan bencikan aku?", aku meluahkan segalanya yang berada di hati.
"Kook. Jangan cakap macam tu. Tuhan tak bencikan kau. Dia sayangkan kau. Sebab tu dia bagi kau ujian. Ujian hanya akan diberikan olehnya kepada hambaNya apabila dia tahu yang hambaNya mampu mengendalikannya", Namjoon mengusap belakang aku.
Aku hanay menekup muka aku dengan kedua-dua belah tapak tangan aku. Kepala kemudiannya dipicit-picit bagi membolehkan aku berfikir dengan waras.
"Kalau kau perlukan bantuan, kau minta je dari aku memandangkan dia tinggal serumah dengan aku dan Soora. Aku tak janji aku boleh bantu tapi aku boleh cuba untuk tolong kau, bukan?", Jimin bertanya pada aku. Aku hanya mendehem bagi menjawab persoalannya.
"Dahlah, Kook. Kita dah habis practice. Baliklah. Pergi tengok anak-anak kau. Lepas ni, kau fikirkanlah balik tentang rancangan kau. Aku yakin satu hari nanti keluarga kau akan kembali seperti dulu", Hoseok pula berkata dan diikuti dengan anggukan daripada Yoongi.
Aku hanya menagangguk lalu rambut diselak ke belakang, menampakkan dahi aku. Aku terus bangun lalu meminta diri untuk balik ke rumah.
Bukan ingin berjumpa ddengan Hana tetapi ingin berjunpa dengan tukang pemberi semangat aku iaitu Sara dan Nara. Sebelum aku berpisah dengan mereka nanti, biarlah aku luangkan masa bersama mereka dulu.
---
Yoona's
"Aku nak keluar kejap", aku berkata pada Soora yang sedang memasak. Soora terus memandang aku seusai mematikan api dapur.
"Kau nak pergi mana? Biar aku ikut", Dia berkata pada tetapi aku hanya menggeleng.
"Tak perlu. Dekat sahaja tempat tu. Aku boleh pergi sendiri", aku betkata perlahan sebelum aku keluar dari kawasan dapur dan bergerak keluar dari rumah.
Perut aku usap perlahan sebelum aku keluar dari kawasan rumah Soora. Nasib sahaja rumah Jungkook satu perumahan dengan rumah Soora dan Jimin.
Sampai sahaja di hadapan rumah Jungkook, aku pandang pagar rumah aku itu lama. Betapa rindunya aku pada rumah ni. Rumah pertama kami ada sejak kami berumah tangga. Tapi sekarang? Dah hancur.
Dan, aku akan tamatkannya dengan penceraian. Biarlah kita berpisah jikalau hati kita sentiasa tersakiti.
Belum sempat aku menekan butang loceng rumah itu, tiba-tiba...
"JUNGKOOK!"
•••
Korang rasa apa jadi? Tak payah stress teka sebab rasanya macam cliche😂
💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro