34 IPS2
Dia melepaskan pelukan. Aku diam. Tak tahu nak keluarkan kata apa. Dia mengelap air matanya.
"Jom balik", dia menggapai tangan aku lalu digenggam erat. Aku pandang dia. Bibir aku ketap sebelum tangan aku direntap.
"Tak nak", aku menjawab lalu pandang aku dialihkan. Mata aku mula berair kerana aku tak sangka aku akan jawab sedemikina tapi maaf Jungkook. Aku dah tak sanggup untuk lihat kebahagiaan kau bersama Hana.
"Pulangkan Sara dan Nara. Hiduplah dengn aman tanpa kami bersama Hana", aku berkata lagi apabila dia hanya mendiamkan diri.
"Tak boleh", Jungkook menjawab laju. Aku pandang dia tajam.
"Kenapa pula? Saya ada hak tau atas anak-anak saya? Semua abang nak ambil. Apa yang abang nak sebenarnya? Nak isteri baru dah dapat? Memang suka eh bagi saya hidup menderita atas kebahagaiaan abang? Anak ni? Abang sanggup buang kan demi Hana?!", aku menengkingnya dan akhirnya air mata aku jatuh.
Tetapi, aku tepis kasar. Aku tak boleh npak lemah di hadapan Jungkook.
"Sayang tak pernah faham apa yang abang lalui. Tolonglah. Abang perlukan sayang sekarang", dia berkata lalu tangan aku ditarik semula.
"Apa lagi yang saya tak faham hah?! Tolonglah abang. Kalau abang rasa terbeban. Cakap jelah. Jujur dengan saya. Kita cerai je", aku berkata dengan yakin.
Dah kalau meneruskan segalanya akan membuatkan aku menderita, kenapa perlu aku teruskan segalanya? Kenapa eprlu aku sakitkan diri aku demi kebahagiaan orang lain.
"Sayang. Sumpah. Abang tak tahu tentang anak ni. Sumpah. Abang tak tahu apa yang membuatkan sayang hilang sebegitu saja. Abang cari sayang merata tempat tapi abang masih tak jumpa jejak. Soora pula bijak sorokkan sayang swhinggalah abang putus asa", dia menerangkan segalanya.
"Kenapa? Kenapa putus asa? Oh. Saya tabu. Saya kan menyusahkan abang je. Hana je yang terbaik untuk abang. Dahlah, abang. Saya penat", aku ingin beredar tetapi tangan aku ditarik kembali olehnya.
"Sayang. Please?", aku pandamg dia. Kemudian, dijelingnya tajam lalu tangan aku ditarik perlahan.
"Maaf tapi saya masih tak dapat terima abang selepas kejadian di hospital. Saya dah dengar segalanya. Macam mana abang bela Hana. Saya tahu semuanya. Dahlah. Baliklah. Layan Hana. Nanti saya datang ambil Sara dan Nara", aku terus berjalan pergi sebaik sahaja aku selesai berkata-kata.
"Eh, kau pergi mana? Puas aku cari kau kat tempat bahan mentah", Soora menegur aku yang baru sahaja berhenti di hadapannya.
"Pergi tandas tadi. Tiba-tiba sakit perut", aku berkata sambil senyuman dipaksa.
"Kau okay ke? Kau nampak pucat", Soora menegur aku lalu aku hanya menggeleng perlahan.
"Aku okaylah. Jangan risau. Jomlah. Aku penat"
---
Jungkook's
Aku melihat Yoona sudah berlalu pergi meninggalkan aku. Aku meramas rambut aku kasar.
Macam mana nak kembalikan hubungan kami seperti dulu? Aku tak sanggup berjauhan dengan Yoona. Dia adalah segalanya bagi aku.
•••
Lol. Aku rasa nak rejam Jungkook. Dia macam tak tetap pendirian tau dak😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro