Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33 IPS2

Yoona's

Aku keluar bersama Soora untuk membeli barang dapur. Dia menghalang aku daripada mengikutinya kerana jatanya keadaan aku yang lemah dengan berbadan dua tetapi aku tetap berdegil.

Biarlah perut yang sudah menampakkan boyotnya itu, yang pasti aku sudah bosan berada di dalam rumah mereka, mendengar mereka setiap hari bergaduh hampir 5 bulan.

Ya, 5 bulan aku tidak bertu dengan anak-anak aku. 5 bulan juga aku tidak bertemu dengan Jeon Jungkook. Mungkin dia sudah melupakan aku?

Dan aku jujur. Aku masih sayangkan mereka tetapi sekarang aku sudah hampir melupakan segala janji manisnya. Segala memori aku berusaha untuk melupakan supaya hati ini tidak tersakiti.

"Weyh. Aku teringin nak makan tu", aku terus menuding jari aku ke arah sebuha gerai nasi goreng kimchi pedas yang berada di sebelah kiri kami.

"Hei. Mana boleh", Soora menampar tangan aku lalu aku terus menyapu lengan yang ditampar olehnya lalu bibir dimuncungkan.

"Ala. Kenapa?", aku bertanya padanya. Dia mengeluh perlahan.

"Kandungan kau tu bukannya kuat sangat. Dan, wanita mengandung seeloknya elakkan diri daripada makan makanan yang pedas. Lagipun, aku rasa ni kali ketiga kau mengandung tetapi kenapalah kau macam tak tahu ciri pemakanan yang kau perlu ikut?", Soora bertanya pada kau dan aku hanya tersengih.

"Tapi. Aku lapar. Nak yang tu je", aku berkata sambil jari telunjuk dilagakan kwdua-duanya tanda ingin memujuk Soora.

"Dahlah, Yoona. Jom pergi beli barang yang patut kita beli sekarang", dia menarik aku pergi jauh dari gerai tersebut.

"Halah. Nak makan nasi tu", aku hampir terduduk tetapi Soora tarik tangan aku daripada terus jatuh terduduk.

"Kau jangan degil, Yoona. Kau nak kena macam Jimin semalam ke?", Soora mengugut aku lalu minda aku mula terfikir akan perkara yang terjadi semalam.

Ouh. Yang Jimin kena cubit kat bawah ketiak lepas tu kena kurung kat luar rumah. Agak gerun tapi aku lapar.

"Halah. Tapi lapar", aku masih merungut. Soora sudah memicit kepalanya lalu aku terlepas dari pegangan tangannya. Aku jatuh terduduk dan lutut diepluk oleh aku.

Aku tahu aku seperti budak-budak tetapi perasaan aku yang menginginkan nasi goreng kimchi pedas itu membuak-buak dan aku rasa seperti aku akan mati jikalau aku tidak makan nasi itu.

"Yoona. Tolonglah. Kita datang ni nak beli barang dapur je. Bukan nak datang cari perhatian seluruh Korea Selatan", Soora mula membebel. Aku sudah memuncungkan mulut aku.

Aku pun bangun apabila aku rasa seperti aku sudah melampaui batas. Aku memegang tangan Soora.

"Jomlah. Aku minta maaf", aku terus menarik tangan Soora masuk ke dalam kawasan barang dapur.

"Ini barulah Yoona yang aku sayangi", Soora berkata pada aku lalu aku hanya tersenyum nipis walaupun aku rasa nak mati dah sekarang.

Sedang Soora memilih sayur-sayuran dan aku memilih bahan mentah, tiba-tiba tangan aku ditarik ke belakang.

Aku hampir terjerit tetapi terdiam apabila aku melihat wajah gerangan yang menarik tangan aku.

"I miss you", dia menangis lalu dia memeluk aku erat. Aku buntu.

Betulkah aku tidak bermimpi? Betulkah sekarang ini Jungkook yang memeluk aku ini?

Dia menangis sehingga bahu aku basah. Aku tidak membalas pelukannya kerana terlalu bingung dengan keadaan ini.

Selepas 5 bulan aku tinggalkan dia, dan aku yakin dia tidak mencari aku, kenapa sekarang dia perlu kembali?

Di saat aku hampir melupakan dia. Di saat aku hampir sahaja tawar hati dengannya. Di saat aku hampir hilang harapan terhadapnya. Kenapa?

•••

Yoona dah tawar hati? Halah. Macam panjang lagi je😂

K bye. Nanti lah Idae update. Harini sebab bosan sangat😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro