Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

32 IPS2

Yoona's

Aku keluar bersama Soora ke rumah Irene sebab aku paksa dia membawa aku berjumpa Irene. Aku rindukan dia dan aku tersangat tertanya-tanya kenapa dia tidak menjenguk aku selama seminggu aku bedada di rumah Soora.

Walaupun aku sudah berkali-kali menelefonnya, dia mash tidak mengangkat. Aku rasa seperti aku ada buat salah besar padanya.

Dan, biarlah aku dapat menebusnya jikalau dia tidak mahu sama sekali berjumpa dengan aku.

"Dah sampai", Soora berkata sebaik sahaja brek tangan ditarik olehnya. Aku memandang rumah Taehyung dan Irene. Aku harap sangat Irene berada di dalam rumahnya.

Aku menarik nafas aku panjang sebelum ia dilepaskan perlahan-lahan. Aku pun keluar dari perut kereta Soora lalu loceng di sebelah kanan pintu ditekan oleh aku.

Soora yang baru sahaja keluar dari kereta itu terus berjalan ke arah aku lalu berdiri di sebelah aku.

Lalu, pintu dengan automatik dibuka kuncinya apabila Soora berkata yang dia sebenarnya yang berada di hadapan rumah mereka.

"Masuklah", Soora berkata pada aku bila dia sedar aku tidak bergerak langsung daripada tempat aku berdiri di hadapan pintu walaupun Soora sudah mula menjejakkan kaki ke dalam rumah Taehyung dan Irene.

"Kau yakin Irene tak marahkan aku? Dia macam tak nak jumpa dengan aku", aku berkata padanya. Soora mengeluh lemah.

"Aku yakin. Jomlah", Soora menarik lengan aku lalu menarik aku masuk ke dalam rumah itu.

"Ha, buat apa datang sini?", Taehyung yang sedang baru sahaja turun dari tingkat atas itu menegur aku dan Soora.

"Nak jumpa Irene", Soora menjawab. Taehyung pandang aku dan Soora.

"Irene sakit. Kalau nak melawat, dia ada kat atas", Taehyung berkata lalu dia terus memasuki kawasan dapur sambil membawa dulang yang berisi gelas dan mangkuk.

Aku terus membulatkan mata apabila terdengar kata-kata Taehyung. Aku dengan pantas berlari naik ke atas lalu diserbu bilik Irene dan Taehyung itu.

Kelihatan Irene sedang terbaring menghadap dinding yang bertentangan dengan pintu.

"Ish. Kan saya dah kata, saya tak nak makan. Pematlah cakap dengan awak ni, Taehyung", dia menarik selimut naik menutupi kepalanya lalu dia menangis.

Aku mencebikkan mulut aku kerana aku rasa akulah punca dia sebegini. Kenapalah aku tak lawat dia awal-awal?

Aku berjalan ke arah katil mereka lalu aku duduk di atas katil mereka. Aku memandang pintu dan terpamdang Soora yang sedang berdiri di hadapan pintu lalu kepala aku ditundukkan.

Air mata aku serba sedikit jatuh ke atas paha aku.

"Aku minta maaf", aku berkata perlahan tetapi aku yakin dia dengar akan kata-kata aku itu. Dia yang tadinya sedang menangis itu berhenti daripada menangis tetapi masih terdengar nafasnya yang tidak terkawal itu.

"Aku tak tahu apa yang aku dah buat tapi aku yakin aku yang buat kau jadi macam ni. Aku kawan yang teruk", aku berkata lagi. Aku dapat rasakan katil itu agak bergoyang seperti ada pergerakan daripada Irene.

"Yoona?", tangisan tadi semkain deras oleh aku apabila tangan aku ditarik oleh Irene.

"Tak. Tak. Bukan kau. Tak", dia berkata lalu dia memeluk aku. Erat sangat pelukannya. Aku terus menangis kerana rasa bersalaha yang menebal di hati.

"Aku yang salah. Aku!", dia menjerit lalu dia menangis.

"Kaau bukan sebab aku, Jungkook takkan biarkan kau tercedera sebegitu. Kandungan kau. Kalau kau tahu dengan lebih awal, kalau aku tak tipu kau pasal kandungan kau semata-mata inginkan kejutan pada kau, kau takkan dibiarkan cedera oleh Jungkook tempoh hari. Aku yang bersalah dalam hal ni. Aku!", sekali lagi dia berkata.

Aku terdiam. Dia rahsiakan tentang kandungan aku? Dia tahu dengan lebih awal? Tapi, macam mana? Tapi? Apa yang sedang berlaku? Aku bingung.

Aku menolaknya keluar dari pelukan. Mukanya aku pandang dalam. Lalu, mukanya aku letak tangan aku. Kemudian, aku lapkan air matanya yang masih setia keluar dari tubir matanya.

"Dahlah. Aku mungkin tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Tapi, benda dah jadi. Jangan nangis dah. Aku tak suka tengok kawan aku nangis macam ni", aku berkata. Kehangatan daripada kesan demam pada badan aku dapat aku rasai apabila aku menyentuh dahinya.

"Dahlah. Nanti, demam kau tak kebah malah makin teruk. Kau tak risaukan diri kau ke? Kau tu bukannya sihat sangat. Nanti, penyakit kau kesan daripada kemalangan dulu datang balik macam mana? Kau tak kasihankan Taehyung? Aku? Soora?", aku bertanya sambil menasihatinya.

Suaranya menangis semakin lama semakin perlahan. Dia mengangkat wajahnya lalu muka aku dipandang dengan mukanya yang sembab.

"Tapi, disebabkan rancangan bodoh aku, hubungan kau dan Jungkook semakin runtuh", dia berkata. Aku mengeluh lemah.

"Tak pa. Benda dah jadi. Boleh perbaiki lagi", aku berkata padanya sambil menyedapkan hati yang semakin rimdukan diri seorang Jeon Jungkook.

Senyuman cuba diukirkan pada bibir aku.

"Tapi-"

"Dahlah, Irene. Kau patut rehat. Demam kau dah teruk sangat dah ni. Rehat ye", aku berkata lalu badannya ditolak supaya baring semula di atas katil. Aku menarik selimut sehingga ke paras bahunya.

"Rehat ye", aku berkata padanya. Sebelum aku sempat berlalu pergi, dia menarik tangan aku. Aku memandangnya semula.

"Thanks", dia senyum nipis pada aku. Aku hanya mengangguk dengan senyuman lalu berlalu pergi kepada Soora.

---

Jungkook's

"You. Jomlah shopping dengan I", Hana menggoncangkan tangan aku. Aku yang sedang fokus membancuh susu pada Nara dan Sara itu semakin rimas.

"Kau boleh bermabus tak perempuan! Aku rimaslah dengan kau ni!", aku terus menengkingnya lalu aku membawa dua botol susu anak-anak aku dan naik ke bilik aku.

Pintu bilik aku dikunci sebelum aku berjalan ke arah Sara dan Nara yang sedang baring menanti kedatangan aku yang membawa susu mereka.

"Susu untuk anak-nak papa!', aku terus tersenyum lalu memberikan botol yang berisi susu suam itu kepada mereka.

"Yeay!", Sara menjerit kegembiraan lalu diambil botol susu miliknya dan baring semula ke atas katil.

Aku memperbetulkan kedudukan Sara dan Nara lalu aku pun baring di antara mereka. Lengan diletakkan sebagai bantal pada bawah kepala aku.

Lalau, tak lama selepas itu, aku pun tertidur.

•••

Haha. Curious tak? Okay. Panjang sikit part ni. Sebab banyak part Yoona, Soora dengan Irene.

Harini Idae emosional sikit pasal kawan. Haha. Itu yang terbawa sampai ke ff ni. Ff ni dah separuh maybe? Dah nak habis maybe?

Tak tahulah sebab macam banyak lagi je konflik kena selesaikan. Panjang sikit takpa kut. Korang okay kan?😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro