31 IPS2
Yoona's
Aku mencelikkan mata aku di saat mimpi ngeri menerpa ke dalam otak aku. Seram sejuk sahaja diri aku apabila mengenangkan kembali mimpi tadi.
Mimpi di mana aku sedang mengendong seorang bayi dan aku melihat Jungkook pergi dari diri aku yang lemah bersama Hana.
Air mata mula jatuh dari tubir mata aku. Aku harap perkara tersebut tidak berlaku pada aku. Tak sanggup hati aku ingin melepaskan diri seorang Jeon Jungkook.
"Yoona?", satu panggilan membuatkan aku terkedu. Terus sahaja air mata ditepis kasar sebelum aku memandang wajah yang memanggil aku.
"Kenapa ni?", Soora bertanya pada aku dan aku hanya menggeleng perlahan. Kemudian, wajah aku dipalingkan daripada melihatnya.
Aku hanya inginkan Jeon Jungkook sekarang tetapi aku tahu, dia sudah tidak menyayangi aku seperti dulu.
---
Aku keluar dari wad bersama Soora. Aku pelik. Di mana Irene?
"Soora?", aku memanggilnya lalu dia yang ingin memasuki perut kereta di bahagian pemandu memandang aku yang berada bertentangan dengannya.
"Ye?", Soora menjungkitkan keningnya kepada aku.
"Mana Irene?"
Soora's
"Mana Irene?", saat ditanyakan soalan tersebut daripada Yoona, aku terdiam. Tak tahu ingin memberi jawapan macam mana.
"Dia. Dia sibuk", aku menjawab tetapi di dalam gagap. Aku tersenyum manis bagi menghilangkan rasa tertanya-tanay di dalam hati Yoona.
Yoona hanya mengangguk lalu dia pun memasuki kereta aku. Aku melepaskan keluhan lega. Nasib sahaja terlepas.
---
Yoona's
Harini aku tidur di rumah Soora. Aku duduk di katil bilik tetamu yang disediakan oleh Soora dan Jimin lalu aku menangis apabila mengenangkan kata-kata Soora tadi.
Aku mengandung? Dalam kedaan rumah tangga aku yang hampir runtuh?
"Kenapa?!", aku menjerit lalu menekap muka aku pada bantal yang berada di atas katil.
Sedang aku menangis, tiba-tiba sahaja, aku terasa seperti ingin muntah lalu belum sempat aku ingin pergi ke bilik air, aku sudah termuntah di atas lantai.
"Soo...ra. Soora", aku memanggil Soora tetapi aku tidak berdaya. Badan aku terasa amat lemah saat ini.
Aku baring di atas lantai kerana terlalu lamah. Aku tidak pengsan tetapi aku hanay memandang sisa muntah aku yang berada di sebelah kiri aku. Aku tidak kisah sama ada aku baring di atas sisa muntah aku.
Air mata masih setia jatuh sehinggalah aku rasa penat. Aku hanya fikirkan badan aku yang lemah jadi aku bertekad untuk tidak bergerak dari tempat perbaringan aku.
Aku hampir terlelap kerana terlalu penat dan lemah.
"Yoona!", panggilan nama aku membuatkan mata aku yang hampir sahaja tertutup dibuka semula. Aku tersenyum nipis kerana memikirkan ada orang yang akan tolong aku.
"Soora", aku memanggil Soora. Soora meletakkan dulang yang berisi makanan di dalamnya lalu dia terus menolong aku bangun dari perbaringan di lantai.
"Kenapa ni? Apa dah jadi? Ya Tuhan", Soora bertanya pada aku dan aku hanay menggeleng. Tidak menjawab satu pun daripada soalannya.
Soora membantu aku menukar pakaian dan dia mengelap lantai yang berisi muntah aku tadi sehingga bersih.
Sedang dia sibuk membersihkan lantai bilik itu, aku memandangnya. Rasa bersalah makin menebal.
"Aku minta maaf", aku yang berada dalam keadaan duduk di atas katil dengan lemah berkata.
Dia meletakkan tuala basah yang dipegangnya di dalam baldi air bersih sebaik sahaja dia selesai membersihkan sisa muntah aku.
"Kemapa kau perlu minta maaf ni?", Soora bertanya. Aku menundukkan wajah aku. Mata aku mula berair.
"Sebab menyusahkan kau. Aku kawan yang teruk. Suka menyusahkan kau dan Irene. Aku tak pernah balas apa yang korang dah buat kat aku sejak dulu. Aku hanyalah kawan yang teruk", aku akhirnya menangis.
Emosi aku sekarang sudah semakin tidak terkawal. Tangisan semkain menjadi-jadi.
Soora yang sedang melutut di lantai itu bangun lalu dia duduk di sebelah aku yang berada di atas katil. Dia memeluk badan aku. Kehangatan daripada pelukannya membuatkan aku rasa dilimdungi.
Tangisan masih belum reda.
"Kau bukanlah kawan yang teruk. Tapi, kaulah kawan yang paling baik yang aku pernah jumpa. Dahlah. Jangan nangis dah. Nanti baby sedih tengok mama dia sedih", Soora memujuk aku perlahan. Aku hanya mengangguk tetapi masih teresak-esak.
"Rindu Sara dan Nara. Kesian diorang. Diorang hidup bersama Hana. Macam mana diorang dilayan di sana? Macam mana kalau Hana seksa diorang? Nara masih kecil. Sara juga. Aku rindu keluarga aku yang dulu", aku berkata pada Soora.
Segala yang terbuku di hati, aku lepaskan juga pada saat ini. Aku terlalu sedih dengan kehidupan aku. Segalanya tidak mengikut apa yang aku inginkan. Segalanya berlaku tidak tentu arah.
Aku tak tahu kenapa. Tapi semakin lama aku semakin lemah.
---
Jungkook's
Apa aku perlu buat ni?
Rancangan aku seperti lagi memburukkan keadaan.
Aku buntu.
•••
Yeay! Dah update.
Emosional chapter and sangat hambar😂
K bye. Nanti Idae try update lagi😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro