29 IPS2
"Sayang?", aku memandang ke kiri aku di mana katil Jungkook diletakkan. Nasib sahaja kami berada di dalam satu bilik.
"Ya?", aku menjawabnya. Dia memandang aku. Lama juga pandangannya dilemoarkan ke wajah aku.
"Sayang okay? Macam mana sayang pun boleh ikut sekali duduk atas katil?", Jungkook berranya dan aku tergelak kecil. Dia yang sudah tidur seharian itu bingung melihat aku di katil sebelahnya.
"Okaylah. Ni saya mengantuk jadi saya tidurlah di sini", aku berkata, cuba untuk menyembunyikan kebenaran.
"Okaylah kalau macam tu. Kalau tak, mesti semuanya sebab abang. Abang ni menyusahkan sayang je. Abang tak guna", suara semakin bergetar dan aku dapat lihat air mata mula mengalir dari tubir matanya.
"Abang. Jangan cakap macam tu boleh tak? Sayang pun bersalah sebab tak ajak abang makan awal sebelum bertolak. Dahlah abang penat tiga hari berturut-turut bekerja", aku berkata lalu aku bangun dari baring dan terus turun dari katil untuk berjalan ke arah Jungkook.
"Dahlah abang. Abang tak pernah nampak kurang di mata saya. Abang terlalu sempurna untuk saya sampaikan kadang-kadang saya rasa diri saya tak layak untuk memiliki hati abang", aku berkata lalu tangannya aku genggam erat dan tedus mengucupnya perlahan.
---
"Sayang", Jungkook memanggil aku yang sedang menghidangkan makanan di meja hospital itu. Jungkook masih tidak dapat dilepaskan kerana dia asyik muntah-muntah dan pening kepala jadi doktor masih menahannya di hospital kerana ingin melihat perkembangannya.
"Ya? Kenapa?", aku menjawab sambil tangan aku masih sibuk mengeluarkan makanan yang dibawa dari rumah.
"Hana ada datang tak?", aku yang tersenyum itu terus berubah wajah. Kenapa dia mesti ingat pasal Hana? Oh, dia kan sayangkan Hana juga.
"Tak ada lah pula dia datang", aku berkata dan itu cukup membuatkan dia termenung jauh. Aku agak terasa tapi aku tahu aku perlu berkongsi kasih sayang dengan Hana. Dia juga layak menerima kasih sayang Jungkook.
Kerana dia juga bergelar isteri kepada Jeon Jungkook.
---
"You!", suara Hana mengejutkan aku dari lena. Aku terlelap tadi di sebelah Jungkook. Aku mencelikkan mata lalu aku memalingkan wajah aku ke arah Hana.
"You! I datang melawat you ni!", aku yang baru sahaj ingin bangun itu ditolak olehnya sampailah aku terjatuh daripada katil.
Aku mengerang kesakitan tetapi apabila Jungkook yang tadinya nyenyak tidur merengek kecil, aku terus bangun dan berdiri seperti biasa.
Sakit yang aku rasai mula menyerang an aku hanya tahan.
"Saya keluar dulu", aku berkata lalu Hana hanya memandang aku dengan ekor matanya lalu aku terus keluar dari wad Jungkook.
Aku jatuh terduduk sambil bersandar pada pintu wad Jungkook apabila sakit yang dirasai di perut dan seluruh tubuh aku semakin sakit.
"Argh!", aku menjerit kuat kerana terlalu sakit. Sangat sakut. Tiba-tiba, aku dapat rasakan di celahan kangkang aku terasa sedikit basah.
"Darah?", aku terus pengsan apabila aku melihat darah yang sebenarnya keluar dari celahan kangkang aku.
"Yoona!"
•••
Haha. Amenda do aku tulis harini. Pelik nak mati😂
Lupa nak kata, Idae tukar bagi jadi triple update sebab part special tak datang lagi😂
K enjoy next update yang maybe panjang sikit😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro