Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26 IPS2

Yoona's

Harini Jungkook ada konsert terakhir. Tiga hari dia buat konsert kat sini. Lamanya. Nasiblah dia dah makin okay walaupun kadang-kadang cakap dengan aku dia jadi pening sikit. Sakit kepala.

"Harini aku nak masak apa untuk BTS eh?", aku bertanya pada diri sendiri sambil memandang bahan-bahan dapur yang aku baru sahaja beli tadi.

"Daging bakar? Baguslah. Ahli BTS ni suka sangat bab-bab bakar ni", aku berkata lalu daging yang baru diamsukkan dalam peti sejuk kecil itu dikeluarkan semula.

Aku menyediakan beberapa bahan untuk memerap daging sebelum dibakar dalam beberapa jam lagi. Diorang pun lagi beberapa jam nak balik. Makin lama perap makin sedaplah.

Setelah beberapa jam berlalu, aku telah pun tertidur di katil, penat menunggu kepulangan Jungkook bersama BTS.

Tiba-tiba, aku dapat rasa satu usapan pada pipi aku. Aku membuka mata dan ternampak Jungkook berada di hadapan aku, sedang meneliti muka aku.

"Oh. Saya kejutkan sayang ke?", Jungkook bertanya dan aku baru ingin menjawab tetapi aku tiba-tiba rasa seperti ingin melepaskan sesuatu.

Aku terus meuntup mulut aku lalu terud bangun dan berlari ke tandas. Pintu dihempas dan aku muntah di dalam sinki. Ah, kenapa ni?

"Sayang?! Kenapa ni?", Jungkook menjerit dari luar tandas lalu pintu dibuka dengan kasar memandangkan aku tidak menguncinya.

"Sayang? Ya Tuhan! Apa dah jadi ni, sayang?", Jungkook bertanya dengan nada yang penuh kerisauan sambil mengusap belakang aku.

Aku yang baru sahaja habis mengeluarkan isi yang berada di tekak berkumur untuk mencuci tekak yang terasa loya.

"Macam mana? Dah okay? Nak air?", Jungkook bertanya dan memapah badan aku yang aku rasa terlalu lemah untuk berjalan sekarang.

"Saya okay", aku berkata lalu batuk mula menyerang aku. Ya Tuhan. Sakitnya tekak aku.

"Ish. Duduklah dulu. Abang pergi ambilkan air", Jungkook berkata lalu membantu aku duduk di katil dan terus bergerak ke meja makan.

Tak lama kemudian, air segelas dibawa oleh Jungkook keluar dari kawasan meja makan lalu bergerak ke katil. Aku memegang dada aku yang sedikit sesak.

Jantung aku. Bagai baru sahaja selesai membuat larian 100 meter.

"Nah", Jungkook menghulurkangelas yang berisi air itu kepada aku lalu aku ambilnya dan terud meneguknya perlahan. Setelah selesai meminum, aku memberikan helas tersebut kembali kepada Jungkook.

Aku menundukkan badan aku ke lantai lalu pemikiran aku melayang. Aku terfikir tentang apa yang baru terjadi pada badan aku sebentar tadi. Aku okay je sebelum tidur.

Lepas tidur? Muntah? Sakit kepala? Sakit perut? Tekak loya?

Sebab aku tak sarapan kah?

"Sayang okay tak ni?", aku hanya mengangguk perlahan bagi menjawab persoalan Jungkook. Jungkook duduk di sebelah aku lalu badan aku ditolak masuk pelukan.

"Kalau sayang sakit macam ni, abang pun akan rasa sakit yang sama. Jadi, sayang jangan risau. Abang sentiasa ada dengan sayang", Jungkook berkata dan itu sudah cukup membuatkan aku lega dan fikiran aku tidak lagi memikirkan tentang perkara tadi.

"Thanks, abang", aku mula bersuara walaupun badan aku agak lemah.

"All for you, sayang"

•••

Tak panjang tapi cukuplah ye. Nanti bebila Idae ada masa, Idae update lagi ye.

Idae busy sangat minggu ni. Sorry.

Bye😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro