25 IPS2
"Hi, abang!", aku menjerit kegembiraan seusai membuka pintu bilik hotel yang diduduki oleh Jungkook.
Jungkook yang sedang baring di atas katil sambil menindihkan matanya dengan lengan kirinya itu mengangkat lengannya lalu kepala diangkat sedikit memandang ke arah aku yang berada di pintu biliknya dengan senyuman yang lebar.
"Sayang?", Jungkook memanggil dengan mata yang membuntang lalu terus duduk di atas katil. Kaki dilunjurkan ke bawah lalu dia bangun memabdang aku tanpa kerdipan mata.
Aku berjalan ke arahnya dengan muka yang cemberut seperti ingin menangis.
"Saya rindu abang", aku mula menitiskan air mata apabila Jungkook terus menarik aku masuk ke dalam dakapannya.
"Abang pun", Jungkook berkata, redup sahaja suara.
"Abang tahu tak saya risaukan abang!", aku memukul belakang badannya walaupun aku tahu tiada apa-apa kesan jika aku berbuat demikian.
"Saya benci abang! Saya benci abang", aku mula penat memukul belakang tetapi masih menangis teresak-esak. Jungkook mengusap belakang.
Lalu, dia menolak aku perlahan-lahan keluar dari dakapannya yang hangat itu.
"Ye. Abang tahu. Abang tahu. Dah. Jangan nangis. Sekarang sayang dah nampak kan? Abang tak apa-apa. Abang okay-", tiba-tiba Jungkook hampir rebah dan matanya terpejam rapat tetapi dia mampu mengimbangi badannya lalu matanya dibuka semula.
Lalu, dia tersenyum semula melihat aku. Dia boleh senyum?!
"Tengok tu?", aku mula menangis semula. Sedihnya tengok Jungkook macam ni.
"Duduklah. Dah tahu badan tu sakit, tak payahlah nak berdiri senyum buat macam tak jadi apa-apa", aku berkata di dalam esakan.
Jungkook mula tersenyum hambar lalu duduk kembali di katil dan kepalanya dipicit berkali-kali. Aku pula terus duduk di sebelah di atas katil seusai meletakkan beg galas aku di atas sofa.
"Abang tidurlah dulu. Rehat. Saya nak masakkan sesuatu yng mungkin boleh tambah tenaga. Lagipun, abang ada konsert lagi nak pergi, bukan? Tidurlah", aku menolak sedikit badannya lalu dia pun berbaring.
Selimut ditarik oleh aku hingga ke paras bahunya. Dia senyum pada aku yang sedang memperbetulkan selimut pada tubuhnya lalu dia memejamkan matanya rapat.
Aku mengusap mukanya lalu rambutnya diperbetulkan oleh aku, menampakkan dahinya. Dahinya aku cium sekilas. Aku tersenyum nipis sebelum bangun untuk ke dapur.
---
Hana's
"Perempuan bodoh! Kau tinggalkan aku seorang diri kat sini, kau seronok pergi melancong ke mana entah! Bodoh!", aku menjerit.
Geram aku tak terhingga pada Han Yoona. Sepatutnya aku yang berada di tempatnya. Bukan dia!
"Takpalah. Kau tunggu Han Yoona. Aku akan buat kau menyesal dan terseksa memandang Jungkook selalu percaya je penipuan aku", aku berkata seorang diri lalu aku memandang sekeliling rumah Jungkook itu dengan senyuman sinis.
"Kau tunggu"
•••
Dah lama sangat chill kita tanpa Jung Hanat ni. So, Jung Hanat buat comeback guys😂
K bye😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro