20 IPS2
"Abang! Sara! Turun makan!", aku memanggil satu keluarga aku untuk turun menjamu selera. Seronok sebab baru lepas habiskan masa dengan Jungkook dalam bilik tadi.
"Abang! Bawakan Nara sekali!", aku menjerit lagi mengarahkan Jungkook yang aku rasa sudah kalut keluar bilik. Lapar sangat kut sampai bergegar rumah dibuatnya.
"Mama! Lapar! Cepat! Nak makan", Sara yang datang terjerit terlolong macam orang kebulur. Aku hanya menggelengkan kepala sambil menghidangkan lauk buat kami sekeluarga.
Hana? Malas lah nak ajak dia.
"Diamlah budak. Kau tak layak untuk bising dalam rumah ni", Hana tiba-tiba sahaja satang dengan muka yang ketat. Aku menjelingnya tajam sebelum duduk di tempat yang bersebelahan Jungkook.
Jungkook yang baru turun membawa Nara duduk di kerusi sebelah aku. Nara diberikan kepada aku.
"Ish. Kau perempuan. Pergi duduk tempat lain. Ni tempat aku", Hana menolak bahu aku yang sedang mengendong Nara. Aku hanya statik.
"Kau pekak ke perempuan? You. Tengok ni-"
"Kau duduk tempat lain boleh kan?", Jungkook memotong kata-kata Hana dan keliahtan mukanya sudah mula berubah menjadi dingin.
Kau ni Jung Hanat. Kalau perengaia tak menghanat, memang tak sah kan? Sampai mood Jungkook nak makan pun kau spoilkan?
"Ish. You ni!", Hana menghentakkan kakinya lalu dia duduk di sebalah Sara dengan jarak yang jauh sedepa. Aku hanya menghiraukan lalu mwncedokkan nasi buat Sara, Nara, aku dan Jungkook.
"Eh, kau. Kat aku kau tak letak?", Hana bertanya pada aku.
"Ada tangan, semua lengkap Tuhan bagi, letak sendiri", aku berkata, bidas segala kata-katanya. Dia menjeling aku sebelum mencedok nasi sendiri.
Kami pun mula makan dengan senyap.
---
"Abang dah nak pergi dah ni, sayang. Jaga rumah elok-elok. Makan jaga. Sara dengan Nara kalau rindu tu boleh call. Sayang pun kalau rindu voleh call abang. Abang akan angkat", Jungkook yang sedang mebawa turun beg bagasinya itu berkata pada aku.
"Yelah, abang. Nanti saya call abang kalau saya rindu ye. Tapi kalau nak cakap saya rindu je boleh call, maksudnya setiap saatlah saya kena call abang?", aku berkata lalu kami tergelak kecil.
"Ish. Sayang ni. Main-main pula. Dahlah. Abang pergi dulu", Jungkook berkata sebelum menyarungkan kasutnya pada kakinya.
"You! Tunggu! Ish. Beratnya!", kami berdua memalingkan wajah ke belakang dan ternampak Hana sedang bersusah payah mengangkat beg bagasi sebesar alam itu.
Aku dan Jungkook berpandangan sebelum kami memandang Hana semula.
"Kau nak pergi mana ni, Hana?", Jungkook bertanya pada Hana yang baru sahaja sampai di hadapan mukanya.
"Nak ikut you pergi Londonlah", Hana berkata lalu dahi aku kerutkan dengan jawapannya yang tak logik.
Jungkook nak pergi love yourself tour. Yang kau sibuk nak ikut apahal?
"Aku nak pergi buat kerjalah. Bukan nak pergi bercuti. Kalau bercuti pun, aku tak bawa kau, aku bawa anak-nak aku dengan Yoona je", Jungkook berkata selamba.
"Dahlah, penat aku layan perangai kau", Jungkook mengangkat beg bagasinya lalu diberikan pada Hoseok. Hoseok pula terus membawa beg bagasi Jungkook masuk ke dalam van mereka.
"Ish. You ni. Kita tak pernah pergi honeymoon lagi. Alang-alang you buat kerja kat sana, kita honeymoonlah sekali", Hana berkata sambil lengan Jungkook ditariknya.
"Ish. Kau ni. Dah Jingkook kata dia nak pergi atas alasan kerja, biarkanlah. Ni nak honeymoon bagai. Mengada je lebih", aku berkata sambil meutuskan genggaman Hana pada baju Jungkook.
"Kau nak apa perempuan? Aku tahulah kau cemburu", Hana berkata lalu Jungkook dikejarnya bersama begnya yang besar itu.
"Kau duduk sini. Jangan berangan nak honeymoon kalau kita kahwin pun bukan atas dasar cinta. Kau tu je yang perasan lebih", Jungkook menutup pintu van BTS itu lalu van itu bergerak untuk membawa BTS ke airport.
"Ish. Ni semua kau punya pasal!", Hana menunjukkan jari telunjuknya pada aku. Aku hanya menjelingnya lalu aku menutup pintu rumah.
"Suka menyusahkan kerja orang. Aku tak tahulah macam kita nak duduk sekali tanpa Jungkook"
•••
Okay okay. Dah update. Btw, Idae nak tanya pendapat korang sebab ada beberapa orang dah tanya, korang nak Idae bukukan buku ni tak lepas s2 habis?
Kalau korang nak, korang ada yang nak beli tak?
Sila vote😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro