Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19 IPS2

"Err. Abang?", aku mengetuk pintu bilik kerja Jungkook. Dah seharian dia berkurung dalam tu. Risau pula aku.

Nak harapkan Jung Hanat tu? Huh. Sampai mampus tak bangun kerja tidur je kat atas sofa tu. Lepastu, acah macam buat kerja. Sial mu anjing.

"Abang?", aku memanggil lagi tetapi tiada sahutan jadi aku bertekad untuk membuka pintu bilik Jungkook.

Keliahatan Jungkook sedang tidur di atas meja kerjanya dengan kepala yang tersenggung-senggung di hadapan komputer.

Ya Tuhan. Teruk sangat suami aku ni bekerja. Kesian aku tengok.

Aku masuk ke dalam bilik itu lalu aku mengejutnya.

"Abang. Bangun abang. Dah malam ni. Jomlah tidur dalam bilik", aku berkata sambil menepuk bahu perlahan.

Jungkook mengangkat kepalanya tegak lalu dipandang aku. Kemudian, dia terus meletakkan kepalanya di atas meja kerjanya.

"Abang. Jomlah tidur kat bilik. Kesian saya tengok abang bekerja seharian", aku berkata lagi.

"Sakit ke?", Jungkook mula bersuara setelah lama mendiamkan diri. Matanya masih tertutup. Aku mengerurkan dahi aku, pelik dengan soalannya.

"Apa abang cakap ni? Abang mengigau ke?", aku bertanya padanya lalu dia tergelak kecil.

"Abang minta maaf. Sayang mesti bencikan abang kan?", Jungkook berkata lagi dan kali ni suara menjadi semakin sayup.

"Mana ada. Saya tak pernah bencikan abang tau tak?", aku berkata jujur. Dia tergelak lagi.

"Yelah tu", dia membalas lalu senyuman di bibirnya mekar kembali. Manis sahaja senyumannya itu.

"Jomlah abang. Kita tidur dalam bilik. Saya penatlah", aku berkata. Penat melayan karenah Jungkook yang entah apa-apa.

"Kiss dulu", Jungkook berkata dalam keadaan berbisik tetapi jelas didengari oleh aku. Aku tersenyum nipis.

Haih. Gedik juga anak Jeon ini bila duduk dengan kita ni kan? Ingat tahu marah je?

"Ish. Mengadalah abang ni", aku terus mencium bibirnya sekilas lalu meleraikannya.

"Ha, puas?", aku berkata dan Jungkook dengan mata yang tertutup tersenyum bahagia.

"Puas sangat", dia terus bangun dengan senyuman yang lebar lalu tangan aku digenggam erat.

Dia menarik aku keluar dari bilik kerjanya lalu dia terus membawa aku masuk ke dalam bilik kami. Lalu kami tidur di atas katil sambil berpelukan.

Kan seronok kalau hari-hari aku begini?

---

"You! You! Jomlah pergi mall. Harini ada sale sephora buat! I nak beli!", suara Hana dari luar bilik aku dan Jungkook kedengaran, mengganggu tidur aku yang lena.

Aku membuka mata untuk melihat muka Jungkook.

"Oh. Dah bangun?", dia bertanya. Aku hanya tersenyum nipis lalu mata dikerdipkan kerana terlalu malas ingin berkata-kata.

Bunyi ketukan pintu semakin lama semakin kuat.

"You! Bangunlah! Jomlah teman I pergi mall!", suara Hana menjerit membingitkan telinga aku.

"Abang pergilah. Bisinglah dia jerit", aku berkata dengan muka yang ketat. Jungkook mengusap pipi aku lembut.

"Tak naklah. Penatlah asyik kena teman dia setiap kali ada sale. Abang pun ada kerja abang juga. Lagipun, sekali kita keluar, abang takut abang berubah", Jungkook berkata dan ayatnya itu cukup mengelirukan aku.

"Abang takut abang berubah?"

"Apa maksud abang?", aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Dahlah. Tidur balik. Nanti penatlah tu si Hana tu menjerit. Abang ngantuk lagi", Jungkook berkata lalu tangannya melingkari pinggang aku dan matanya ditutup rapat.

Dengkuran halus mula kedengaran dan itu sudah membuatkan aku tersenyum.

Tak lama selepas itu, aku pula yang dibuai mimpi kembali bersama Jungkook.

•••

Semua request nak update kan? Nah. Kali ni, tak da scene menghanat😂

K bye. Tunggu update lagi nanti tau😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro