Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 IPS2

"Mama. Mama. Mama. Mama", Sara berulang kali memanggil aku sambil pintu bilik diketuk berkali-kali. Aku hanya menghiraukan tetapi disebabkan Sara melakukannya tanpa henti. Aku jadi rimas.

Air mata aku tepis kasar. Aku bangun dari perbaringan lalu au buka pintu kasar.

"Kamu nak apa lagi, Jeon Sara?", dingin sahaja aku bertanya pada Sara. Sara yang kelihatan terkebil-kebil itu diam seribu bahasa.

"Sara lapar", Sara berkata lalau kepala ditundukkan. Aku mengeluh perlahan sebelum aku menjejakkan kaki keluar dari bilik lalu aku menutup pintu.

"Jom", aku berlalu pergi meninggalkan Sara. Sara mengikuti aku dari belakang.

---

Jungkook's

"Sabarlah, hyung. Kook ada banyak kerja kena buat ni!", aku mula mengamuk apabila Namjoon tak habis-habis bertanya tentang lagu yang digubah oleh aku.

"Dahlah, hyung! Kook penat!", aku terus mematikan panggilan lalu telefon aku hentakkan atas meja kerja aku.

Kepala aku diramas berkali-kali. Geram dengan keadaan sekarang. Aku jadi senang marah sekarang. Tak tahu kenapa?

Sampaikan Yoona aku marah. Tapi, memang salah dia bukan? Dia tak patut buat macam tu kat Hana. Walaupun aku benci Hana. Tapi, dia masih isteri aku juga.

"Argh", aku meraup muka aku kasar. Rimas dengan pemikiran yang tak keruan sekarang.

Kepala aku diletakkan di atas meja dan akhirnya aku terlelap.

---

Aku terbangun apabila aku terdengar jeritan pergaduhan. Ya Tuhan. Tak kan bergaduh besar lagi dua isteria ku kat bawah tu.

Aku terus mengangkat kepala aku yang terasa amat berat lalu aku bangun dari duduk.

Aku keluar dari bilik aku lalu aku membuka pintu. Bahagian bawah aku tengok dari koridor di hadapan bilik kerja aku. Kelihatan Yoona sedang memarahi Hana.

"Han Yoona!", aku menjerit dari atas. Kelihatan mereka berdua terpaku. Muka kedua-dua orang dipalingkan ke arah aku lalu keliahtan jelas darah segar keluar dari dahi Yoona.

"Hana. Apa kau dah buat kat isteri aku?!", aku terus bergegas turun ke bawah lalu Yoona aku rapati. Dia memalingkan wajahnya daripada terus melihat muka aku.

"I. I. I tak buat apa-apa pun. Dia yang mula-mula tarik rambut I waktu I tengah tidur. I penatlah. Tiba-tiba je tarik rambut I, I apa lagi, I tolak dia sampai dia jatuh ke lantai. I tak sengaja. Sumpah!", Hana berkata dengan penuh yakin. Muka seperti mahu menangis.

Lagi sekali? Aku tahu Yoona bencikan Hana tapi aku kecewa dengan perbuatan dia terhadap Hana.

"Yoona. Berapa kali abang nak cakap yang jangan buat macam tu dekat Hana? Abang penatlah setiap masa nak kena bagitau sayang", aku memicitkan kepala aku.

"Dahlah. Semua masuk bilik masing-masing", aku terus naik ke tingkat atas lalu bilik kerja aku tuju dahulu. Tak teringin ingin menghadap muka sesiapa saat ini.

Yoona's

Aku terus berlari naik lalu bilik tidur aku dan Jungkook dimasuki aku. Pintu aku hempas perlahan dan badan aku sandarkan pada pintu.

Air mata yang tidak tertahan akhirnya tumpah. Deras sahaja air mata mengalir dari tubir mata aku.

Ya Tuhan. Macam mana aku nak bertahan kalau Jungkook dah hilang kepercayaan pada aku?

Dia tertekan sebab kerja. Aku tahu itu. Tapi, aku terasa sangat dengan ketidakadilan yang ditunjukkan oleh Jeon Jungkook.

"Ya Tuhan. Kuatkanlah hati aku untuk menempuh segala dugaan ini. Aku berharp agar Jungkook dapat membuat pilihan yang tepat dalam memilih kehidupan masa hadapannya"

•••

Sorrylah. Idae emo. So, chapter kebelakangan ni banyak scene air mata sikit😂

K bye😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro