Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14 IPS2

Yoona's

"Macam mana boleh hilang? Ya Tuhan", aku berkata pada Irene apabila berita Sara menghilangkan diri di shopping mall tadi sambil memicit kepala yang sedikit pening.

"Aku minta maaf, Yoona. Aku tengah piluh baju. Sedar-sedar dia dah hilang. Dan, aku rasa Jungkook yang bawa dia pergi dari situ", Irene berkata. Aku mengangkat wajah aku lalu aku menjungkitkan kening aku.

Malas ingin berkata-kata.

"Sebab tadi. Sara hilang. Jungkook pun hilang. Aku terjumpa dengan Hana tadi", Irene berkata dan kemudian sempat dia menggigit bibirnya.

"Sorry", dia berkata lagi dan aku hanay menggeleng. Ya, aku sakit hati. Dia keluar luangkan masa dengan isteri baru. Seronoknya. Untung kau, Jung Hana dapat suami baik macam Jungkook. Kau patut bersyukur Jungkook terima kau.

Tiba-tiba sahaja, Nara pula menangis. Oh. Baru bangun tidur memang begini.

"Haih", aku mengeluh perlahan sebelum aku bangun dan terus pergi ke bilik aku untuk mengambil Nara.

Aku duduk di atas katil lalu Nara aku letak pada riba aku. Dia didodoikan kembali.

"Kenapalah hidup mama penuh dengan cabaran? Mama penatlah sayang. Mama tak larat", aku berkata lalu air mata mula tumpah.

"Sara", aku menyebutkan nama Sara lalu esakan mula keluar dari dua ulas bibir aku yang pucat. Aku menangis sambil memeluk Nara yang sudah tertidur semula itu.

---

Jungkook's

"Jungkook! Sanggup you tinggalkan I?! You tahu tak- Ni anak siapa pula ni, Jungkook?!", Hana yang baru sahaja pulang dari shopping mall itu datang menyerang aku.

"Diam boleh tak? Rimaslah. Ni anak akulah, perempuan", aku berkata padanya dengan jelingan maut dihadiahkan kepadanya.

"Anak you? Anak you dengan Han Yoona tu?!", Hana menjerit lagi. Hei, perempuan ni aku sepak juga nanti. Kang nangis tak pasal-pasal je.

"Siamlah. Pergi mandi. Busuk", aku berkata selamba sebelum aku bermain semula dengan Sara dengan senyuman kerana terlalu rindukannya.

Kalau dapat tengok Yoona lagi seronok. Haih.

"Papa. Kenapa mak cik tu tinggal dengan papa?", Sara yang sedang bermain itu terus memandang aku. Hana yang baru ingin melangkah naik ke tingkat atas terus berpaling semula.

"Kau panggil aku apa budak?!", Hana menengkingnya dari jauh.

"Itu orang gila. Papa kesian dekat dia, sebab tu papa bawa dia pulang ke rumah. Jadi, peneman waktu mama tak da", aku berkata selamba dan aku dapat bayang muka Hana yang sudah terkeluar api di kedua-dua belah telinganya.

"Oh. Patutlah kerja menjerit je dari tadi?x, Sara berkata dan aku hanya mengangguk sambil tersenyum gembira. Puasnya dapat lepaskan macam ni.

"Jaga korang"

---

Yoona's

"Eh, kau nak pergi mana dengan beg-beg bagai ni, Yoona?", Irene yang baru keluar dari dapur itu bertanya pada aku yang bergegas keluar dari bilik aku.

"Oh. Aku nak balik rumah", aku berkata laju tanpa memandang Irene kerana terlalu kalut.

"Yoona. Kau. Kau biar betul?", Irene bertanya untuk memastikan bahawa dia mendengar benda yang betul.

"Betullah. Kenapa aku nak tipu pula? Aku nak balik rumah aku. Terima kasih untuk segala yang kau dan Taehyung dah bagi. Aku hargai sangat. Nanti ada masalah kau boleh minta tolong aku. Aku akan tolong yang termampu", aku berkata lalu memakai kasut aku yang berada di hadapan pintu rumah mereka.

"Kau okay ke tak ni, Yoona? Nak aku hantarkan?", Irene bertanya pada aku dan aku hanya menggeleng sambil memperbetulkan kedudukan Nara yang berada dalam gendongan aku.

"Aku pergi dulu, Irene. Terima kasih", aku terus keluar dari rumah mereka dan terus berjalan untuk mencari teksi yang boleh dinaiki ke rumah aku.

Aku akan kembalikan keluarga aku jadi seperti sebelum ini. Aku bertekad.

"Abang tunggu saya. Saya datang ni"

•••

Laju kan? Lol. Banyak sangat idea. So, tunggu lagi satu part sebab idea masih berlambak harini.

Kalau sempat kita habiskan juga iphone s2 ni harini. Okay. Angan-angan sampai langit ketujuh😂

K bye. Wait for next update ya😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro