Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12 IPS2

"Jungkook dah kahwin baru. Dengan Jung Hana"

Bagai nak pecah berkecai hati aku pabila ayat itu trrkeluar dari dua ulas bibir Taehyung. Air mata yang tidak tertahan tadi tumpah jua akhirnya setelah lama aku menahan.

"Sanggupnya abang buat begini pada sayang?"

---

Jungkook's

"Kau nak apa lagi perempuan?!", Jungkook menengking Hana yang merimaskan dirinya ingin menyambung membuat kerjanya menulis lirik lagu buat album baru mereka.

"You ni. Tak da masa langsung nak spend dengan I. I tak sukalah!", Hana menghentakkan kakinya pada lantai tanda protes.

"Kau yang tergedik-gedik nak kahwin dengan aku. Kau kena hadapilah susah senang hidup dengan aku", aku hanya menjelingnya yang masih melingkarkan tangannya pada lengan aku.

Rimaslah!

"Ish. Spendlah time dengan I juga. I tak bolehlah hidup kalau you asyik hadap laptop je. Muka I ni you tak nak hadap pula?", Hana berkata lagi dan itu cukup membuatkan aku menyampah yang amat.

"Eh, kau. Kalau muka kau macam Yoona sekali pun, aku tak akan pandang kau. Membayangkan lagi pernagai kau yang serupa setan, kau fikir aku nak pandang. Menyusahkan aku je tahu", aku merentap tangan aku daripada terus dilingkari oleh tangannya.

"Ish. You ni. I tak sukalah hidup dengan you ni", Hana mula bangun dari duduknya.

"Dah tak suka, boleh berambus dari hidup aku. Kau nak buat apa lagi kalau dah tak suka? Haritu bukan main masukkan aku dalam perangkap setan kau, buat aku kahwin dengan kau sebab buntu. Lepas tu, kau lepas kahwin, bising sebab aku tak layan kau.

Eh, kata cintakan aku sangat kan? Kenapa Yoona boleh hidup bahagia dengan aku walaupun aku sering sibuk dengan kerja tapi kau tak boleh? Cis", aku berkata lagi dan itu membuatkan dia lagi berang dengan aku.

"Tapi, at least tolonglah bagi kasih sayang you sikit kat I. I sayangkan you tau tak?", Ya Tuhan. Boleh tak jangan bagi dia nangis? Aku lemahlah tengok perempuan nangis.

"I nakkan kasih sayang you je. Tak minta banyak pun. I sayangkan you sangat-sangat sampaikan-", dia terhenti daripada berkata-kata dan dapat aku dengar esakan kecil daripadanya.

Ya Tuhan! Kuatkanlah hati aku. Lemahnya dengar dia nangis.

"Sampaikan I sanggup buat apa saja demi dapatkan kasih sayang yang i impikan dari dulu", kali ni, lebih kuat pula esakannya.

Aku mengeluh berat lalu aku mengalihkan pandangan aku padanya dan aku berdiri. Lalu, tubuh aku peluk bagi menenangkan dirinya.

"Okay, okay. Dahlah. Jangan nangis ye. Nanti pepandailah aku jaga kau dan bagi kasih sayang yang kau pinta dari aku itu", aku mengusap belakang badannya. Lalu, ubun-ubunnya dicium perlahan oleh aku.

Dia masih menangis tetapi lama-kelamaan menjadi sayup. Mungkin kerana terlalu penat?

Haih. Kenapalah aku ni jenis yang lemah bila tengok atau dengar perempuan menangis? Lelagi, kalau ianya disebabkan aku.

"I miss you, Han Yoona"

•••

Siapa dapat teka apalah si Hana jebon ni dah buat kat Jungkook sampai Jungkook terpaksa kahwin dengan dia?

Ha, teka teka😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro