Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 IPS2

Aku membuka pintu rumah aku. Gelap shaaja. Sunyi sepi menyapa diri aku.

Tiada alagi hiasan senyuman daripada Han Yoona. Tiada lagi kebisingan daripada dua orang anak aku, Jeon Sara dan Jeon Nara. Tiada lagi masa yang dapat kami luangkan bersama.

Semuanya tinggal kenangan.

Aku masuk ke dalam runah seusai membuka kasut dan diletakkan di atas rak kasut. Dapur aku tuju sebagai tempat pertama.

"Ark. Sakit sayang"

Peristiwa di mana aku terhiris tangan aku menerpa minda aku semula. Betapa sedihnya hati ini tak dapat bertemu lagi dengan si permaisuri hati.

"Duduk diam-diamlah"

Aku keluar dari dapur dan pergi ruang tamu sebelum kaki mendaki tangga yang aku rasa amat tinggi walaupun sebenarnya tidak sama sekali.

"Abang. Apa ni? Dahlah tak mandi lagi. Busuklah!"

Oh. Peristiwa itu. Aku tersenyum kecil apabila teringatkan muka Yoona yang berusaha ingin menjauhkan diri dari aku.

"Gelilah abang! Janganlah geletek!"

Sebaik sahaja aku memasuki bilik aku, suaranya menerpa pendengaran aku. Ya, waktu di mana kami mandi bersama di dalam bilik air.

"Jomlah tidur, abang. Esok sambunglah practice menari tu"

Aku meraup wajah aku kasar. Kenapa semua memori ini datang tak kena pada masa dan situasinya? Semua memori ini buatkan aku lagi rindukan Yoona.

"Ya Tuhan", aku mengeluh perlahan. Kepala dipicit-picit dan kemudiannya badan direbahkan ke atas katil. Mata ditindih dengan lengan aku dan tak lama selepas itu, aku pun tertidur.

---

Yoona's

"Mama! Aunty Mina belikan patung dekat Sara!", Sara yang baru masuk ke dalam rumah kakak aku, Han Mina itu menjerit terlompat-lompat kegembiraan.

Aku yang sedang termenung di hadapan tv ituandang Sara lalu tersenyum lemah.

"Yoona?", Mina duduk di sebelah aku yang sambung mengelamun.

"Sara pergi masuk bilik main dengan Nara", Sara terus berlari masuk ke dalam biliknya dengan Nara.

"Hei. Kenapa ni? Rindu Jungkook ke?", aku yang tersedar dari mengelamun kerana nama si dia disebut oleh Mina itu memandang Mina dengan mata yang berair.

Ya, aku mengaku. Aku rindukan dia. Aku rindukan Jungkook. Han Yoona rindukan Jeon Jungkook.

"Alololo. Sedih aku tengok adik aku seorang ni", Mina memeluk aku lalu belakang badan aku diusap bagi menenangkan diri aku yang tidak keruan itu.

"Jungkook. Rindu Jungkook", aku menangis sambil menyebut nama Jungkook. Tahap rindu aku sydah tak dapat dibendung. Sudah dua bulan aku di sini.

"Adik. Kalau kau rindukan dia sangat, pergilah. Takkanlah kau nak terseksa macam ni?", Mina berkata dan aku menggeleng.

"Tak nak. Dia dah ada orang lain", aku berkata dan itu membuatkan hati aku menjadi semakin lemah dan air mata pun jatuh dengan lebih deras.

"Ish. Kau dah tanya dia ke adik? Kau dah pasti ke? Tak semestinya kau nampak perempuan tu dengan Jungkook, Jungkook curang belakang kau. Kau ni dik. Melulu sangat", Mina berkata lagi sambil tangannya masih mengusap belakang aku.

Aku menolak diri aku keluar dari pelukannya. Aku menepis air mata aku lalu memandang Mina.

"Tapi. Dia pernah bercium dengan perempuan tu", aku berkata perlahan lalu kepala ditundukkan.

"Itu khabar angin je kan? Kau tak tanya pun dia. Kau diam je kan? Manalah kau tahu cerita sebenar. Entah-entah perempuan tu yang goda Jungkook. Kau tengok dia sayangkan kau bukan?", Mina memegang kedua-dua belah bahu aku lalu mata aku dipandang dalam.

"Tapi-", aku mula ingin membantah kerana ingin membela diri.

"Dah. Tak da tapi-tapi. Kau ni sekarang ni. Pergi siasat perkara ni betul-betul. Tanyalah siapa-siapa pun. Akak yakin, ada kawan-kawan kau pernah call kau, bukan? Akak tengok phone kau tu dik, selalu sangat berbunyi. Lepastu, kau pula tak nak angkat. Apa kena dengan kau ni, dik?", Mina mula bercekak pinggang.

Aku hanya menunduk kerana rasa bersalah sudah mula menerpa ke dalam hati aku. Ya, rasa bersalah pada Jungkook.

•••

Siapa rasa geram dengan Yoona angkat tangan?!

😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro