Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09 IPS2

Jungkook's

"Tolonglah. Buka pintu!", aku sudah menangis di hadapan pintu rumah Jimin dan Soora. Air mata jatuh dengan laju.

"Ye ye. Sabarlah. Eh- Kenapa dengan kau ni, Kook?", Jimin yang baru membuka pintu terus meluru ke aku yang sedang menangis.

"Yoona...", aku dah tak mampu nak cakap apa-apa. Ya Tuhan. Selamatkanlah isteri dan anak-anak aku.

"Dah dah. Jangan nangis. Masuk dulu", Jimin membawa aku masuk ke dalam rumahnya lalu kami duduk di sofa hadapan tv yang berada di ruang tamu.

"Perlahan-lahan. Calm down. Cerita kat kami apa dah jadi dengan Yoona", Jimin berkata lalu Soora mengangguk laju.

"Jungkook?", Soora pula bersuara memanggil aku yang teresak-esak.

Aku mula mengambil nafas dalam. Cuba untuk mengawal nafas aku yang tersekat-sekat.

"Yoona. Dia. Dia. Dia lari rumah", aku mula menangis kembali. Ya Tuhan. Hati aku lemah sangat dah sekarang ni. Aku dah tak tahan. Kenapa aku yang perlu diuji sebegini?

"Ya Tuhan. Macam mana Yoona boleh bertekad nak lari rumah ni, Kook? Kau ada buat apa-apa ke?", Soora berkata lalu belakang aku diusap perlahan olehnya.

Jimin mengusap bahu aku.

"Cerita kat kami apa sebenarnya yang dah berlaku. Kalau kau asyik menangis sebab Yoona lari rumah macam ni, macam mana kami nak tolong kau?", Jimin pula bersuara dan Soora pula hanya bersetuju dengan kata-kata Jimin.

"Itulah, Jungkook. Takpalah. Kau rehat dulu. Nanti bila kau dah okay, kau cerita kat kami. Baru kami boleh ambil tindakan macam mana kami nak bantu kau dalam hal tumah tangga kau ni. Okay?", Soora pula berkata.

Aku hanya mengangguk lalu sambung menangis. Aku menangis sepuas-puasnya sampailah aku sudah penat.

"Okay. Jap", aku mula memecahkan keheningan antara kami bertiga. Aku menepis segala air mata yang masih bersisa.

Aku pun mula menceritakan daripada masa kami ke shopping mall bersama sampailah Yoona ternampak aku dan Hana bersama.

"Kau cakap siapa tadi? Jung Hana? Hana yang pernah tolak kau dulu sebab dia dah ada Haechan if I'm not mistaken, right?", Jimin bertanya pada aku dan aku hanya mengangguk perlahan.

"Ya Tuhan. Selama ni, yang Yoona fikir semuanya salah faham?", aku mula mengangkat wajah aku memandang Soora dan kemudiannya Jimin.

"Maksud korang?", aku bertanya, keliru dengan ayat terakhir Jimin.

"Yoona pernah cerita kat aku pasal kau buat video call dengan seorang perempuan dan perempuan tu cakap i love you, right? Dengan Hana kan?", aku membulatkan mata aku.

"Lepas tu, dia fikir, yang kau curang belakang dia. Tapi kami cakaplah kami akan selesaikan benda tu tapi tiba-tiba dia kata dia dah okay dengan kau", lagi sekali. Jantung aku bagai ditembak 44 kali.

"Dia mengadu kat korang?", aku bertanya dan mereka hanya mengangguk.

"Ya Tuhan. Kenapa ni? Kenapa rumah tangga aku jadi macam ni? Patutlah selama ni aku tak tahu kenapa tiba-tiba dia diamkan diri dan jauhkan diri dari aku. Dia kata dia tahu aku pernah berciuman dengan seorang perempuan di cafe yang sebenarnya Hana yang cium aku tanpa sebab di cafe lepas dia luahkan perasaannya kat aku. Tapi sumpah, aku tolak dia", aku berkata penuh yakin dan jujur.

"Ye, kami percayakan kau. First kami ingat kau akan get back dengan Hana sebab kau sayangkan dia. Tapi, kami percayakan kau sebab cara kau. Aura keikhlasan kau masih ada dalam hubungan kau dan Yoona. Kami akan cuba contact Yoona memandangkan aku tahu dia takkan angkat call kau", Jimin berkata lalu aku hanya mengeluh perlahan.

Rambut diramas kasar kerana geram akan situai yang sukar dihadapi oleh aku ini.

"Kenapa aku yang perlu hadapi semua ni, hyung?", aku meraup muka aku.

"Jungkook. Setiap yang bahagia pasti ada penderitaan dan ujian yang perlu dihadapi. Kalau kau tengok hubungan seseorang itu bahagia sahaj di luar. Tapi, di dalam, kita tak tahu apa yang mereka terpaksa hadapi. Jadi, kau kena lalui semua ujian ni dengan tabah. Tuhan akan bantu kau selagi kau tak putus asa dalam berharap dan berusaha untuk membaiki segala yang cacat", Jimin berkata dan itu cukup membuatkan hati aku sedikit lega walaupun masih ada yang sakit.

•••

Part ni banyak unsur nasihat sebab mood tengah swing sikit. Part nangis tu,sebab idae tetiba rasa macam nak nangis. Lol😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro