07 IPS2
Harini Jungkook ajak aku keluar. Esok dia dah kena prepare dengan BTS untuk album baru. Yes. Album Love Yourself : Answer.
Aku rindu waktu aku hanyalah seorang fans kepada BTS. Bolehlah tunggu pukul 12 tepat sebab nak tunggu teaser dengan mv keluar.
Sekarang dah spoil awal-awal dah tahu dah diorang buat apa. Macam mana mv nanti.
Dan, sekarang. Aku tak sangka aku dah jadi isteri kepada bias aku sendiri.
Hidup tak ada yang mustahil kalau itulah takdir yang tertulis buat kita.
"Sayang? Dah siap?", Jungkook yang sudah keluar dari bilik menjenguk semula ke dalam bilik untuk memastikan aku sudah siap.
"Dah. Lama dah", aku berkata lalu beg aku diambil serta Nara digendong dan terus keluar ke tingkat bawah memandangkan Jungkook sudah mengambil Sara di biliknya.
"Jom!", Sara dengan terujanya terus melompat gembira kerana dia sudah lama menantikan family gather macam ni. Selama ni Jungkook selalu sibuk je.
---
"Sayang. Tunggu sini jap. Saya nak pergi tandas. Tetiba, perut memulas", Jungkook berkata pada aku dan aku hanya mengangguk.
Kelihatan Jungkook sudah hilang dari pandangan aku. Uish. Cepat betul dia pergi. Nampak sangat tak tahan dah tu.
Aku hanya menggeleng lalu tersengih lembut.
"Sara. Kamu jangan nak buat perangai ye. Jangan nak merayau merata. Mama penat", aku berkata lalu aku duduk di kerusi yang terdapat di shopping mall itu.
"Mana Jungkook ni? Macam lama sangat je", aku bercakap sendirian sambil mata aku meliar mencari kelibat Jungkook.
"Tu papa!", Sara menjerit lalu ingin berlari ke arah Jungkook yang sedang memperbetulkan bajunya.
"Jungkook!"
Aku yang baru ingin bangun dari duduk terduduk semula apabila aku ternampak kelibat seorang perempuan memegang tangan Jungkook.
Jungkook's
"Ish. Habis basah baju aku", aku memperbetulkan baju aku yang sedikit basah.
"Jungkook!", aku memandang ke arah suara yang memanggil nama aku.
Jung Hana?
"Apa kau buat kat sini?", aku sudah mula menyampah. Dia ni stalker aku ke apa? Semaklah. Aku nak luangkan masa dengan family kut. Saja ja nak semak.
"Nak jumpa youlah", dia berkata lalu bersandar pada bahu aku. Aku ingin merentap tangan aku daripada terus dipegang oleh perempuan ni.
"Ish. Semaklah kau-", aku terdiam saat mata aku ternampak Yoona dengan mata yang berair sedang mengendong Nara. Manakala Sara sudah terkebil-kebil berada di hadapan Yoona.
Yoona seperti sedang menepis air matanya yang mula mengalir lalu dia menarik tangan Sara lalu dia berlalu dengan laju pergi dari situ.
"Han Yoona!"
"Ish, tepilah perempuan!", aku terus menolak Hana jatuh ke tepi dan aku berlari mengejar Yoona yang sudah jauh ke hadapan.
"Han Yoona! Stop!", Yoona masih menghiraukan aku. Aku mengejar dia.
"Jeon Yoona!", aku terus merampas tangannya yang memegang tangan Sara lalu mereka berhenti.
"Sayang. Sayang salah faham. Apa yang sayang tengok-"
"Diam! Saya tak nak dengar dah apa yang keluar dari mulut abang! Penat tau tak?! Sebelum ni. Abang berciuman di cafe entah dengan perempuan mana. Ingat saya tak tahu?! Kali ni! Depan mata saya abang. Depan mata saya! Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri! Salah faham apa lagi?!", Yoona menjerit di hadapan muka aku dengan air mata yang mengalir.
"Saya penat. Tolong. Biarkan saya sendiri", dia cuba menarik tangannya tapi aku cuba untuk terus menggenggam tangannya.
"Jeon Jungkook. Tolonglah", aku dengan perlahan terus melepaskan tangannya.
Dia terus berlalu pergi menarik Sara yang kelihatan tidak mahu meninggalkan aku di sini.
Aku meraup muka aku kasar. Bodoh. Bodoh punya perempuan. Kau memang bodoh, Jung Hana. Rumah tangga aku goyah semua sebab kau. Betina sial.
•••
Jeng jeng jeng😌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro