Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁14☁

[Rumah Jaehyun🌘]

Selesai sahaja aku menukar pakaian aku, aku terus menuju ke rumah Jaehyun.

Seperti biasa, kami berada di sana untuk menyiapkan kerja khusus kami.

Aku senyap-senyap berjalan ke arah Jaehyun yang sedang tersenyum-senyum memandang laptopnya.

Jalan

Jalan

Jalan...

Pak!

Langkahku terhenti apabila aku terjatuhkan fail dari pegangan aku.

Jaehyun memandang aku terkejut.

Aku tersenyum ke arahnya.

Jaehyun bangun dan berjalan ke arah aku.

Dia nampak gelisah.

"Awak tengok apa dekat laptop tu? Lain macam senyumannya. Awak tengok...p--"

"Bukan! Sa-Saya...cuba buat kerja khusus kita." Kata Jaehyun gagap.

"Awak mula tanpa saya? Saya nak tengok"

Aku berjalan ke arah laptopnya.

Baru je aku nak berpusing memandang screeen laptop, Jaehyun memeluk aku.

Jaehyun menutup wajah aku dengan kotnya.

Aku terkejut.

"Ke-Kenapa ni Jaehyun" soalku yang masih dalam pelukan Jaehyun.

Aku dapat dengar degupan jantung Jaehyun yang sangat pantas.

"Sa-Saya...sejuk" kata Jaehyun sambil mengemaskan lagi pelukan.

Sejuk?

Bukan ke dia dah pakai baju yang sesuai untuk cuaca sejuk ni?

Apa-apa je lah. Mungkin dia tak sihat. Itu yang sejuk sangat tu...

Aku membiarkan dia memeluk aku untuk beberapa saat.

Pada masa yang sama, Jaehyun mengambil peluang untuk menutup laptopnya.

•••

Jaehyun meleraikan pelukan itu.

Aku memandangnya.

"Awak dah okey sekarang?" Soalku padanya.

"Nae" jawab Jaehyun dengan anggukan kecil.

"Baguslah. Jom kita sambung buat kerja khusus kita." Kataku sambil mengeluarkan kertas-kertas dan fail-fail untuk kerja khusus itu.

"Awak siap-siap dululah barang-barangnya. Saya pergi ambil air dekat bawah"

"Em. Okey"

Selepas bayangan Jaehyun hilang dari pandangan aku, aku berhenti mengeluarkan barang-barang dari bag aku.

Pandangan aku teralih ke arah laptop Jaehyun.

Aku nak sangat apa yang dia lihat dari tadi.

Aku bangun dan pergi ke arah Laptopnya.

Sekali sekala aku memandang ke arah tangga memastikan Jaehyun tiada di sini.

Aku membuka laptop itu dan...

BWO?!

Kenapa dia ada gambar aku?!

Bila masa dia ambil gambar aku senyap-senyap ni?!

Aku melihat semua gambar aku satu persatu.

Aku teringat akan sesuatu.

Dia pernah cakap yang dia suka...seseorang.

Dan orang tu ialah....

Aku?

•••

Aku cepat-cepat tutup laptop itu apabila terdengar bunyi derapan(?) tapak kaki di tangga.

Aku duduk di tempat aku semula dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Aku melemparkan senyuman kepadanya sebaik sahaja dia muncul.

"Nah air untuk awak" dia hulurkan air tin berperisa soda kepada aku.

"Terima kasih" ucapku.

"Sama-sama" jawabnya lalu duduk di sebelah aku.

"Awak bawa semua bahan?" Soal Jaehyun sambil membuka air tinnya.

"Bawa. Dekat rumah tadi saya sempat buat sikit bahagian 10." Beritahuku sambil menghulurkan kertas kerja kepadanya.

Dia melihat hasil kerja aku itu dengan anggukan.

"Em...Jaehyun" panggilku teragak-agak.

Dia memandang aku.

"Emm...Pasal...yang awak suka seseorang tu...awak dah luahkan perasaan awak pada dia?" Soalku ingin tahu.

"Belum" jawab Jaehyun sambil mengelengkan sedikit kepalanya.

Aku menganggukan kepala aku tanda faham.

"Bila...awak nak luahkan pada dia? Kot-kot dikebas oleh orang lain ke..."

"Emm...saya ingatkan esok malam masa majlis pembukaan sekolah yang ke-10."

Esok malam sekolah mereka mengadakan majlis sempena pembukaan sekolah mereka yang sudah beroperasi 10 tahun.

"Ouhh...mesti untungkan yeoja tu sebab dapat awak yang baik ni" kataku sambil membuka air tin aku.

"Awak rasa saya baik?" Soal Jaehyun dengan senyuman.

Jantung aku berdegup dengan laju melihat senyumannya.

Aku menangguk perlahan kepala aku.

"Jaehyun, apa pendapat awak tentang saya?" Soalku.

Dia merenung aku lama.

"Emm...awak...baik orangnya, bijak, pandai uruskan diri awak sendiri, Tak suka tangguhkan kerja dan...awak cantik"

Wajahku kemerahan.

Tapi...tak tahu kenapa aku tidak berapa puas hati dengan jawapannya.

"Awak anggap saya apa?" Soalku yang masih tak puas hati dengan jawapannya tadi.

"Emmm...saya anggap awak sebagai...kawan saya yang tidak boleh dilupakan" jawab Jaehyun bersahaja.

Aku sedikit hampa mendengar jawapannya.

Banyak persoalan yang bermain-main dalam kotak fikiran aku sekarang ni.

Kenapa dia simpan gambar aku?

Kenapa dia ambil gambar aku senyap-senyap?

Dia suka aku?

Tapi...dia cuma anggap aku sebagai kawan.

Ah! Lupakan je lah semua tu! Kenapa aku berharap sangat dia suka aku?! Diri aku yang sebenar, bukanlah macam ni!

•••

Semasa kami berdua khusyuk menyiapkan kerja khusus kami, tiba-tiba hujan turun membasahi bumi.

Tangan kami autimatik mengemas barang-barang kami sebelum di basahi dengan air hujan.

Kami berdua berteduh di bawah bumbung kecil yang berada di depan bilik kecil Jaehyun.

"Saerom, mari kita berteduh dekat dalam" ajak Jaehyun sambil memulas tombol pintunya.

Aku mengangguk tanda setuju.

Apabila aku menjejaki ke dalam bilik itu, aku tidak dapat nak mengelip mata aku kerana terkejug dengan kecantikkan bilik Jaehyun.

Walaupun biliknya kecil, tapi hiasan biliknya itu sesuai dengan keluasan bilik itu.

"Jaehyun, awak ke yang hias bilik ni?!" Soalku kagum.

"Em..boleh dikatakan 90% saya hias bilik ni. Omma saya ada juga tolong saya" jawab Jaehyun malu-malu.

"Woah! Pandainya awak. Saya yang perempuan ni pun tak pandai hias bilik. Lepas ni bolehlah awak tolong saya hias bilik saya" kataku sambil menyiku-nyiku lengannya.

"Boleh jeee...."

•••

Sudah dekat 1 jam kami duduk di dalam bilik itu.

Hujan masih tidak berhenti, malah lebih lebat.

Guruh dan petir juga tidak lupa menghiasi malam itu.

Bahuku tidak henti-henti terhincut dek terkejut dengan bunyi guruh yang sangat kuat.

"Saerom, sekarang dah larut malam. Macam mana awak nak balik?" Soal Jaehyun yang turut risau.

"Emm..entahlah" jawabku sedih.

"Emm..awak nak saya minta appa saya hantarkan awak guna kereta?"

"Tak payahlah. Appa awak mesti dah tidur. Janganlah kacau dia"

"Kalau macam tu, saya teman awak balik. Saya payungkan awak"

"Tak payahlah...menyusahkan awak je...hujan lebat sangat ni nak jalan kaki"

Jaehyun terdiam seketika memikirkan cara yang terbaik.

"Saerom, apa kata awak tidur je dekat bilik ni" pelawa Jaehyun.

Dahiku yang berkerut terus hilang.

"Tidur dekat sini? Kalau tak menyusahkan awak, saya okey je"

"Tak menyusahkan pun. Awak tidur je lah dekat sini"

Aku melemparkan senyuman kepadanya.

Baiknya dia...

Aku harap, aku dapat balas jasa baik dia...

Jaehyun kemaskan sedikit barang-barang yang ada disitu.

"Kalau awak nak guna tandas, tandas dekat sebelah tu je" beritahu Jaehyun.

"Kalau awak nak apa-apa, awak telefon je saya"

"Baiklah. Tapi...awak nak turun macam mana? Ada ke payung?" Soalku.

Jaehyun terdiam seketika. Dia melihat sekeliling bilik itu dan luar bilik itu cuba cari payung.

"Payung tak adalah. Tak pe. Saya lari je"

"Lari? Tapi awak tetap basah. Sekarang cuaca sangat sejuk. Kalau awak basah, nanti awak sakit" kataku risau.

⛈⛈⛈⛈

Terhincut bahu aku apabila terdengar bunyi guruh.

Aku dan Jaehyun saling pandang antara satu sama lain.

•••

Akhirnya kami buat keputusan untuk tidur sama-sama dalam bilik itu.

Jaehyun membiarkan aku tidur di atas katilnya manakala dia tidur di bawah dengan beralaskan tilam.

Kami berdua merenung siling sambil mendengar bunyi hujan yang membasahi bumi.

"Awak masih tak boleh tidur?" Soal Jaehyun pada aku.

"Belum" jawabku.

"Sejak bila awak mula takut dengan guruh dan petir?" Soal Jaehyun ingin tahu.

"Emm...sejak saya mula tidur seorang. Masa tu...saya umur 7 tahun" beritahuku.

Jaehyun menganggukan kepalanya tanda faham.

"Sebelum ni, siapa yang teman awak kalau ada guruh atau petir?"

"Omma saya."

"Ouhh...tak pe. Awak ambillah masa awak. Saya akan teman awak sampai awak tidur"

"Gomawo Jaehyun"

Jaehyun hanya balas dengan senyuman.

Aku menutup rapat mata aku.

Orang kata kalau tutup mata lama-lama nanti boleh tertidur.

Jadi aku cuba.

Aku tutup mata aku lalu pusingkan badan aku ke sebelah kanan.

Tapikan...

Kenapa aku rasa macam ada benda yang...

Asing?

Aku dapat rasa angin sejuk mendarat di wajah aku.

Angin itu muncul selang 2 saat.

Aku membuka mata aku perlahan dan aku nampak....







TBC
Last chap is loading..


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro