Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁13☁

"Jadi...kamu semua faham?" Soal Saem yoo pada anak muridnya.

"Faham!" Jawab kami semua.

"Bagus. Kalau macam tu...saya nak minta seorang tolong jawabkan soalan 2 tu" kata Saem Yoo sambil merenung anak-anak muridnya.

Masing-masing cuba mengelak dari bertentangan mata dengan Saem Yoo.

Ada yang buat-buat selak buku, baca buku, ikat tali kasut, pergi tandas, lap cermin mata, buat-buat tak sihat dan macam-macam lagi.

Kalau korang macam mana pulak?

"Saya nak...."

Jantung masing-masing mula berdegup dengan laju mengharap nama mereka tidak disebut.

"Ju--"

Kringgggggggggggg!!!!!📣🔔

Semua orang dikejutkan dengan bunyi lonceng yang bergema di setiap bangunan sekolah.

Kami semua bingung dengan apa yang berlaku.

Nak cakap waktu rehat belum lagi.

Baru je 30 minit kami belajar takkan dah rehat.

Dan satu lagi, bunyi lonceng tak macam tu.

Bunyi lonceng ni macam tan--

"ARGHHHHHHH!!!! API!!!!! SELAMATKAN DIRI MASING-MASING!"

Semua mata memandang ke arah Seokmin yang sedang berlari di luar kelas kami.

3

2

1

"Argh!!! Ada kebakaran!"

"Sekolah kita terbakai woi!"

"Selamatkan diri!"

"Aku lari dulu!"

"Woi! Tak payah bawa barang kaulah! Kau nak mati dekat sini ke?!"

"Woi! Larilah! Kau tercegat dekat situ buat apa!"

"Ala...entah-entah cuma latihan je"

Aku buntu seketika melihat rakan-rakan sekelas aku dalam keadaan huru-hara.

"Semua pelajar sila keluar sekarang! Pergi ke padang cepat!"

Arah Saem Yoo pada kami semua.

"Saerom kajja" ajak Jaehyun.

Aku memandang tempat Hayoung di sebelah aku rasa bersalah.

"Tapi...Hayoung?"

Jaehyun memandang tempat Hayoung yang kosong.

"Dia pergi mana?!" Soal Jaehyun.

"Dia pergi ke tandas tadi sebab nak elak jawab soalan Saem Yoo" beritahu aku.

Jaehyun mengeluh kecil lalu pandang aku dengan pandangan yang serious.

"Kita pergi dari sini dulu. Saya rasa Hayoung dah ke padang. Kalau dia tak ada, kita beritahu saem" cadang Jaehyun.

Aku menganggukan kepala aku tanda faham.

"Baiklah. Kajja"

Jaehyun memegang erat tangan aku lalu bawa aku keluar dari kelas itu.

Laluan di tangga SANGAT sesak.

Semua pelajar saling berebut-rebut nak turun dari tangga.

Ada sebahagian dari mereka terjatuh kerana tolak-menolak.

Aku teragak-agak untuk menyelit.

Nasib menyebelahi aku kerana ada Jaehyun yang memimpin aku turun dari tangga.

Bahunya yang lebar menghalang pelajar dari menolak aku yang kecil ini.

Jaehyun menjaga aku dengan cukup sempurna.

Aku bersyukur.

Apabila sampai di tingkat bawah, Jaehyun cepat-cepat tarik aku ke padang.

Disitu aku ternampak Hayoung bersama dengan pelajar lain yang sudah sampai lebih awal.

"Hayoung!!!"

Aku berlari ke arahnya lalu memeluknya kuat.

Kawan aku tu.

"Hayounggggg kau okey tak?" Soalku risau.

"Aku okeylah. Ala.. kau ni melebih pulak. Bukan ada kebakaran betul pun. Cuma latihan je" kata Hayoung sambil menunding jari ke arah ahli bomba yang sedang bakar sesuatu di dalam tong milik mereka.

"Kan aku dah cakap. Cuma latihan kebakaran je" sampuk Chanhee yang baru sampai di padang.

Aku memandangnya menyampah.

"Kau okey tak? Tadi aku nampak dekat tangga tadi diorang main tolak-tolak. Kau ada cedera dekat mana-mana tak?" Soal Hayoung sambil melihat-lihat lenganku.

"Aku okey je. Sebab Jae-- Alamak! Aku lupa pulak pasal dia"

Aku mencari kelibat Jaehyun.

Selepas je aku nampak Hayoung, aku terus lepaskan tangan dari genggaman dia.

"Saerom"

Aku menoleh ke arah belakang aku sebaik sahaja mendengar namaku di sebut oleh seseorang.

"Jaehyun!"

"Awak dah jumpa Ha--"

"Awak cedera dekat mana-mana tak masa diorang main tolak-tolak dekat tangga tadi?" Soalku risau sambil memandangnya atas ke bawah.

Jaehyun tersenyum.

"Saya okey je, cuma..."

"Cuma apa?!"

Semakin lebar senyuman Jaehyun apabila aku terlalu risau akannya.

"Cuma...siku saya luka sikit. Mungkin saya terkena benda yang tajam dekat tangga tadi" beritahu Jaehyun sambil menunjuk sikunya yang berdarah sikit.

"Awak tunggu sini sekejap. Jangan pergi mana-mana" amaranku padanya.

Aku pergi ke arah Saem Song yang menjaga bilik rawatan.

Selepas aku dapatkan plaster dari Saem Song, aku kembali kepada Jaehyun.

"Jangan bergerak" arahku.

Jaehyun tidak bergerak seperti apa yang aku arahkan.

Dia membiarakan aku menampal plaster di lukanya.

"Dah. Lain kali jangan nak tolong orang kalau awak masih tak boleh jaga diri awak lagi" nasihatku padanya.

Dia hanya melemparkan senyuman.

"Tak salahkan saya nak tolong orang yang saya sayang" kata Jaehyun dan berlalu pergi ke arah lain.

Aku tercengang.

Orang yang dia....sayang?








•••
TBC





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro