👻12(LAST)👻
(3 BULAN KEMUDIAN)
🏫🏫🏫🏫🏫
"Kamu boleh buat kerja kamu sendiri sebab saya nak jumpa Pengetua Lee." kata Cikgu Bogum.
"Baiklah Cikgu!"
Selepas Cikgu Bogum keluar, kami satu kelas terus buat hal masing-masing.
"Hayoung-ah aku ada teka teki untuk kau" kataku teruja.
Hayoung pandang aku dengan penuh minat.
"Okey. Kau dengar betul-betul tau. Ada seorang makcik ni naik kapal terbang. Lepastu dia nak terkencing. Jadi, dia pergi ke tandas. Selepas dia buang hajatnya itu, dia jiruslah dengan air. Selapas tu, makcik tu buka tingkap dan baling baldi ke luar tingkap. Kenapa makcik tu buat macam tu?"
Hayoung menggigit jarinya sambil berfikir.
"Dalam baldi tu ada serangga bahaya?"
"Bukan."
"Entahlah Hayoung. Susahlah teka teki kau ni" kata Hayoung mengalah.
"Jawapannya ialah sebab makcik tu gila! HAHAHAHAHAHA!!"
Hayoung mencebik.
"Okey. Aku ada lagi satu teka teki." Kataku dengan penuh semangat.
"Kali ni kau jangan bagi teka teki yang mengarut eh" Hayoung beri amaran.
Ingat aku takut?
"Ada seorang pengembala sedang menjaga biri-birinya. Lepas tu, tiba-tiba perut dia sakit. Dia minta seorang lelaki untuk menjagakan biri-bibirnya. Pengembala biri-biri tu pun masuk ke dalam rumahnya. Selepas dia membuang hajaynya, dia pun keluar dari rumah. Apabila dia keluar dari rumah, lelaki yang jaga biri-birinya mati. Kenapa?"
Hayoung sekali lagi memerahkan otaknya untuk menjawab teka teki aku.
Kelakar pulak tengok dia bersungguh-sungguh berfikir.😂
"Sebab ada serigala yang serang dia?"
"Salah!"
"Sebab lelaki tu kena heart attack?"
"Salah!"
"Sebab lelaki tu terkejut tengok wajah buruk pengembara tu?"
"Salah! Salah! Salah!"
"Semua salah. Habis tu apa jawapannya?"
"Jawapannya ialah... lelaki tu mati sebab kena baldi yang makcik gila tu baling! HAHAHAHAHA!!!"
Hayong memukul bahu aku.
"Malaslah nak layan kau." Merajuk Hayoung.
"Tak kisah pun.."😛
Budak kelas aku kembali senyap apabila Cikgu Bogum masuk ke dalam kelas.
"Hari ni kita akan dapat pelajar baru. Sila masuk" kata Cikgu Bogum.
Seorang lelaki atau dikenali pelajar baru masuk ke dalam kelas kami.
Kami sangat terkejut apabila melihat wajah pelajar baru tu.
Separuh dari kami, sudah mahu melarikan diri.
"Annyeonghasaeyo, Lee Jae Hyun imnida." Pelajar baru itu memperkenalkan dirinya.
Apa yang buatkan kami semua terkejut ialah wajah Pelajar baru tu.
Wajahnya sangat seiras dengan Hyunjae.
Pelajar baru itu atau dikenali sebagai Jaehyun tersenyum mesra pada kami semua.
Senyumannya sangat sama dengan Hyunjae.
Senyumannya membuatkan rindu aku pada Hyunjae hilang tapi pada budak-budak kelas aku takut dengan senyuman Jaehyun.
Jaehyun pelik melihat reaksi budak-budak kelas aku.
Akhirnya, rindu aku pada Hyunjae dapat diubati dengan hanya melihat wajah JaeHyun...
우리만남은 얼음을깨고...
돋아나논 새싹같지...
I'm always there for u...
4EVER...🍃
TAMAT
Sikit kan..
Ini sebab...
Author kekeringan idea untuk ff ni.
Jadi..
Author mengambil keputusan untuk habis kan ff ni cepat.
Dan...
Author ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang always vote dan baca cerita ini hingga penghujung.
Maafkan author kalau endingnya menghampakan korang.
Author akan sedaya upaya untuk buat ff yang lebih hebat dari ff CRUSH tu.
Sila nantikannya...
사랑해🙆🙆
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro