☁11☁
"Omma?!"
Terbeliak mata aku.
Omma dia?!
"Maafkan Omma sebab kacau kamu" ucap Omma Jaehyun yang ingin kembali turun ke bawah.
"Omma aniyo. Jakkaman" halang Jaehyun.
Omma Jaehyun batalkan niatnya untuk kembali ke bawah.
Jaehyun memeluk pinggang aku lalu turunkan aku.
Aku dan Jaehyun pergi ke arah Omma Jaehyun yang tersenyum-senyum memandang Jaehyun.
Aku memandang Jaehyun yang kemerahan.
"Annyeonghasaeyo, ahjumma" sapaku sambil membongkokkan tubuhku.
"Annyeonghasaeyo. Jadi kamulah Kim Saerom yang Jaehyun selalu ce--"
"Omma" Jaehyun memotong percakapan Ommanya.
Aku memandang Jaehyun pelik. Dia memberi isyarat kepada Ommanya dengan menggunakan wajahnya.
Aku tak faham.
"Arraseoooo" kata Omma Jaehyun sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Jaehyun.
Woah! Omma Jaehyun wink lah!
"Saerom-ssi. Kamu makanlah buah ni sambil buat kerja tu." Kata Omma Jaehyun sambil meletakkan buah tembikai yang sudah di potong di atas meja.
"Terima kasih Ahjumma" ucapku.
"Sama-sama. Ahjumma pergi dulu ye"
"Nae..."
Aku masih melemparkan senyuman kepadanya sepanjang dia menuruni tangga.
Hilang sahaja bayangan Omma Jaehyun, aku duduk di meja lalu makan tembikai yang dihidang oleh Omma Jaehyun.
"Woah! Manisnya!" Kataku sambil tunjuk ibu jari pada Jaehyun.
"Jinjja?!"
"Nae" Aku pergi ke arahnya lalu menyuapnya tembikai milik aku.
"Haahlah. Manis" setuju Jaehyun.
Aku mengelap air jus tembikai yang berada di bibirnya dengan belakang tangan aku.
Jaehyun sedikit terkejut dengan tindakan aku menyentuh bibirnya.
"W-Wae?" Soalku apabila melihatnya termenung memandang wajah aku.
"T-Tak ada apa. Beri tangan awak"
Tanpa fikir panjang, aku terus memberi tanganku yang bekas lap bibir Jaehyun.
Jaehyun pegang tangan aku lalu mengelap tangan aku.
Aku hanya membiarkan dia lap tangan aku.
"Uhum!" Serentak kami menoleh ke arah tanggga.
"Omma?! Kenapa Omma datang ke sini lagi?" Soal Jaehyun terkejut melihat kewujudan Ommanya disitu.
"Omma nak bagi cupcake ni je. Appa ada beli cupcake masa pulang dari kerja tadi." Beritahu Omma Jaehyun sambil meletakkan beberapa cupcake di atas meja.
"Terima kasih ahjumma" ucapku.
"Sama-sama." Balas Omma Jaehyun sambil memelukku.
Aku agak sedikit terkejut apabila Omma Jaehyun tiba-tiba memeluk aku.
Lama juga dia memeluk aku.
"Omma..." tegur Jaehyun sambil menyentuh bahu Ommanya.
Omma Jaehyun meleraikan pelukan lalu memandang aku dengan pandangan seorang Omma.
"Kamu makan ye"
"Nae.."
"Ahjumma pergi dulu"
Aku menundukkan kepala aku kepada Omma Jaehyun.
Selepas Omma Jaehyun pergi dari situ, aku dan Jaehyun kembali duduk di meja.
Aku memandang Jaehyun yang berada di sebelah aku.
Dia mengeluh berat lalu baring dia atas meja itu.
Aku turut baring di sebelahnya memandang bintang.
"Sebenarnya saya ada adik perempuan yang muda setahun dari saya. Tapi dia dah tak ada sekarang sebab terlibat kemalangan 5 tahun yang lepas." Beritahu Jaehyun.
"Ouhh..." aku hanya mendengar apa yang dia ingin katakan.
"Apabila dia melihat awak tadi, dia teringatkan adik perempuan saya. Dia teringin sangat nak ada anak perempuan" sambung Jaehyun.
Aku menanggukan kepala aku tanda faham.
•••
Suasana menjadi senyap apabila kami berdua sambung buat kerja khusus kami.
Semasa aku sedang khusyuk menulis sesuatu, ada seseorang menyentuh bahu kanan aku.
Aku menoleh ke arah kanan aku dimana Jaehyun berada.
Aku memandang Jaehyun yang sedang khusyuk membuat kerja khusus.
Dahiku berkerut.
Aku berfikir sejenak.
Selepas aku mengenal pasti keadaan itu, aku terus memaling ke arah belakang aku.
Memang benar apa yang aku fikirkan.
"Apa lagi yang kau nak?" Soalku pada Hyunjae yang berada di belakang aku.
Sekali sakala aku memandang Jaehyun memastikan dia tidak melihat aku bercakap seorang diri.
"Puas aku cari kau! Rupanya kau ada dekat sini" kata Hyunjae sambil menyilangkan tangannya tanda merajuk.
"Ish! Kau ni. Itu pun nak merajuk." Marahku dengan nada yang perlahan.
Hyunjae hanya mencebik lalu duduk diam di belakang aku.
•••
"Down for you Love, Down for you Love,Ohhh~~"
Aku gigit bibir bawahku menahan marah.
Aku menjeling ke arah Hyunjae yang sedang menyanyi di belakang aku.
Tangannya sibuk mengentel keychin di pencil box aku.
Sabar Saerom...
Sabar...😥
Aku pandang Jaehyun yang memandang keychin aku bergerak.
Wajahnya kelihatan takut.
"Jae-Jaehyun, selepas saya buat ni, saya kena buat apa?" Soalku cuba mengalihkan tumpuan Jaehyun.
Pada masa yang sama, aku mengambil pencil box aku dari Hyunjae.
Hyunjae tercenggang.
Aku menjelingnya lalu memandang Jaehyun.
"Emm...selepas awak buat ni, awak buat yang tugasan nombor 4 ni" beritahu Jaehyun sambil menunjuk aku sehelai kertas yang diberi oleh Saem Ji tempoh hari.
Masa aku hendak melihat kertas itu, Hyunjae juga turut menyelik lalu mengambil kertas itu.
"Woah! Susahnyaaa! Nasib baik aku mati awal" kata Hyunjae sambil memandang kertas itu serious.
Aku menjadi gelisah.
Gelisah sebab apa?
Sebab wajah Jaehyun sudah pucat melihat kertas itu terbang.
Aku terus rampas kertas itu dari Hyunjae. Aku memandang Jaehyun dengan sengihan agar dia tidak fikir apa-apa.
"Sae-Saerom..a-awak nampakkan ker-kertas tu...terbang sendiri" soal Jaehyun dengan nada yang bergetar.
"T-T-Ta--"
"Awak pun nampakkan keychin tadi bergerak!"
Jaehyun semakin tidak keruan.
Aku rasa bersalah dengannya.
"Nampaknya dia dah perasan" kata Hyunjae sambil melihat kukunya.
Aku memandangnya tajam.
Hyunjae memandang langit tidak mahu bertentangan mata dengan aku.
Tahu pun takut. Tengoklah aku kerjakan kau balik ni!😡
Aku duduk rapat dengan Jaehyun yang ketakutan.
Aku memegang tanganya yang sejuk.
Dia memandang aku. Tangan aku dipegang lebih erat.
Aku rasa dia dah tenang sedikit.
"Macam ni je lah. Memandangkan awak dah jadi kawan saya, saya akan ceritakan semuanya pada awak" kataku padanya.
Dia memandang aku serious.
Aku mengeluh berat.
"Sebenarnya...Hyunjae ada dekat sini" beritahuku teragak-agak.
"BWO?!"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro