☁09☁
Aku kembali ke sekolah selepas 2 hari berehat di rumah dari kejadian itu.
Aku berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah dengan senang hati.
Sebab apa?
Sebab Mingyu dah pindah sekolah!😄
Sekarang ni, kita lupakan pasal Mingyu tu.
▪
▪
▪
Aku tersenyum kecil apabila bertentang mata dengan Jaehyun yang seorang diri di dalam kelas.
Sebaik sahaja aku letak beg di tempat aku, aku berjalan ke tempatnya.
Apabila dia nampak kedatangan aku, dia segera bangun dari kerusinya.
"Duduklah" pelawa Jaehyun.
Aku menunduk sedikit kepala aku tanda terima kasih lalu duduk di kerusinya.
Jaehyun pula duduk di atas mejanya menghadap aku.
"Awak dah okey?" Soal Jaehyun.
Aku mendongak memandangnya.
"Disebabkan awak, saya okey. Terima kasih"
"Hahaha. Saya tak buat apa-apa pun..." Jaehyun mengosok tengkuknya.
"Ouh ye. Macam mana awak tahu saya ada dekat rumah Mingyu malam tu?" Soalku ingin tahu.
Sebenarnya dah lama aku tertanya-tanya benda ni.
Tak pelik ke Jaehyun tiba-tiba ada dekat rumah Mingyu malam tu?
"Sebenarnya saya ada dapat chat dari seseorang." Beritahu Jaehyun.
"Dapat chat dari seseorang? Siapa?"
"Entahlah. Dia cuma cakap awak dalam bahaya dan dia juga hantar alamat Mingyu. Selepas saya baca chat tu, saya terus ke sana" terang Jaehyun.
Aku menganggukan kepala aku tanda faham.
Tapi kan siapa yang chat dia?
Ada orang lain tahu ke aku pergi rumah Mingyu malam tu?
Setahu aku yang tahu hanyalah Omma, Appa, Hayoung dengan...
Hyunjae!
"Jaehyun" panggilku.
Dia menunduk memandang aku.
"Pasal ker--"
"Sekejap. Ada bulu mata dekat bawah mata awak" potong Jaehyun sambil menundukkan kepalanya melihat wajah aku lebih dekat.
Tubuhku membeku apabila wajahnya sangat dekat dengan wajah aku.
Hanya berjarak 3 cm.
Kepala Jaehyun di sengetkan sedikit.
Jantung aku berdegup dengan laju.
Sebaik sahaja Jaehyun mengambil bulu mata di bawah mata aku, anak matanya beralihkan ke arah mata aku dalam keadaan yang masih sama.
"Saerom"
Mataku terbeliak apabila suara Hayoung kedengaran di dalam kelas itu.
Aku memandang Hayoung yang terkejut melihat kedudukan kami berdua.
Jaehyun yang turut terkejut sama-sama memandang Hayoung.
"Ko-Korang...ci-ci--"
Aku terus berlari ke arahnya lalu menutup mulut.
"A-Apa kau cakap ni...ma-mana ada kitaorang ci-ci tu..." kataku gelisah.
Jaehyun yang turut gelisah kembali duduk di kerusinya dan buat-buat sedang berlajar.
"Habis tu, apa yang aku tengok tadi?!"
"Kau tengok apa?"
"Aku tengok wajah Jaehyun rapat dengan wajah kau. Lepas tu aku nampak Jaehyun sengetkan kepalanya. Bukan ke kalau orang nak bercium dia senget-sengetkan kepala dia?!" Kata Hayoung sambil buat demo cara orang nak bercium.
Aku dan Jaehyun saling pandang antara satu sama lain.
"Bukanlah Hayoung...kitaorang tak buat apa yang kau sangkakan. Jaehyun cuma tolong ambilkan bulu mata aku yang jatuh" terangku.
"Boleh percaya ke ni?"
"Yeeee... akukan kawan kau. Kau kena percayakan aku"
Hayoung merenung wajah aku lama.
"Okey. Aku percaya. Tapi! kalau betul korang ci--"
Aku menutup mulutnya cepat-cepat apabila ada budak kelasku yang lain masuk kelas.
"Shhh. Jangan cakap kuat-kuat"
Hayoung hanya tersenyum sinis.
•••
[Dewan]
Aku menguap untuk kali ke 99 kali sepanjang Pengetua Lee berucap di depan.
Apa yang dia berucap tah. Aku bukan dengar pun.
Aku yang duduk di bahagian belakang sekali boleh nampak jelas karenah pelajar-pelajar di situ.
Separuh dari mereka telah dibuai mimpi. Separuhnya lagi ada yang siapkan kerja sekolah, berbual, bermain rambut orang depan, mengacau kawan sebelah yang tengah tidur dan macam-macam lagi.
Aku mengeluh berat.
"Oui. Tidur pulak dia" tegur Hyunjae yang tiba-tiba muncul di sebelah aku.
Aku memandangnya dengan pandangan yang lemah.
Mengantuk sangat ni. Mata aku rasa Berattttt sangat.
"Kau habiskan perhimpunan ni awal tak? Aku boleh je tolong" pelawa Hyunjae yang sudah siap sedia untuk muncul di khayalak ramai.
"Tak payahlah. Aku tak nak sekolah ni kecoh macam dulu. Nanti Jaehyun pulak yang kena." Halangku.
Hyunjae mencebit. Sedih kerana tidak dapat nak berhibur.
"Ouh ye. Aku nak tanya sesuatulah dengan kau"
"Kau nak tanya aku apa?"
"Kau eh yang bagitahu Jaehyun dekat rumah Mingyu?" Soalku ingin tahu.
"Nae"
"Jinjja?! Ta-Tapi macam mana?"
"Okey. Sebelum kau pergi ke rumah Mingyu, aku dah ke sana. Saje nak tengok kemeriahan dekat sana. Kot-kot dekat sana ada hantu cantik ke. Boleh jadi teman. Lepas tu, aku dengar semua perbualan Mingyu dengan kawan-kawn dia. Dia ada rancangan jahat untuk kau. Lepas aku dapat tahu, aku balik semula ke rumah kau. Tengok-tengok kau dah pergi. Aku jadi panik seketika. Memandangkan aku cerdik, aku terus dapat idea. Aku masej Jaehyun dengan gunakan telefon Omma. Nasib baik masa tu Omma kau tengah membuang dalam tandas. Aku ambil peluang keemasan tu untuk masej Jaehyun. Begitulah Jaehyun tahu kau ada dekat rumah Mingyu" terang Hyunjae lebar dengan menamatkan dengan hembusan yang berat.
Orang yang berada di depannya memandang ke belakang apabila rambutnya bergerak seperti ada angin lalu.
Memandangkan dia tidak nampak Hyunjae di belakangnya, dia tidak pedulikannya.
"Terima kasih Hyunjae" ucapku.
"Ala...tak payah berterima kasih dekat akulah. Aku tahu aku hebat" kata Hyunjae sambil menyelakkan rambutnya ke belekang.
Aku memandangnya menyampah.
"Tapikan, aku rasakan Jaehyun suka kau lah" teka Hyunjae dengan wajah yang serious.
Dahiku berkerut.
"Apa kau cakap ni. Jaehyun suka aku? Mana ada..."
"Yela. Tengok betapa pantasnya dia ke rumah Mingyu apabila dapat tahu kau dalam bahaya."
"Ala...aku kan kawan dia. Mestilah kawan selamatkan kawan"
"Aku tak rasa dia pandang kau sebagai kawan"
"Aihhh...taklah. lagipun dia suka orang lain"
"Dia suka orang lain? Siapa?"
"Entahlah. Dia tak nak bagitahu aku"
"Tapi, kalau dia betul-betul sukakan kau, kau akan balas cinta dia?" Soal Hyunjae.
Aku hanya mendiamkan diri.
Entahlah. Aku tak tahu.
Perasaan aku semakin bercelaru selepas Hyunjae berkata begitu.
TBC
Maaf kalau ada typo
#1hyunjae
#1theboyz
Terima kasih korang❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro