Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👻08👻

🚺🚺🚺🚺🚺

"Kau buat apa dekat Seulgi?" Soalku pada Hyunjae.

Memandangkan tandas tu tak ada orang, boleh la aku bercakap dengan Hyunjae.

"Aku kacau dia masa dia tengah membuang" jawab Hyunjae.

"Kau kacau dia masa dia tengah membuang?! Jahatnya kau.."

"Biarlah. Siapa suruh dia curang dengan aku." Balas Hyunjae.

Aku hanya menggeleng kepala.

DING~DONG~DENG~📢📢

"Kepada semua pelajar, sila berkumpul di dewan sekolah."

Aku kenal suara tu.

Itu suara Cikgu Park Bo Gum tu.

Cair aku dapat dengan suara dia yang lembut tu...😙

"Ya! Kau berangan apa lagi tu? Kau tak dengar ke pengumuman tadi?" Kata Hyunjae sambil menolak-nolak bahu aku.

"Aku berangan aku kawin dengan Cikgu Bogum. Kenapa? Jeles ke?" Balasku.

"Tu la suka sangat berangan. Patutlah jerawat tumbuh je dekat muka tu" perli Hyunjae dan menghilangkan diri.

Baru je aku nak keluar dari tandas, Hyunjae muncul di depan aku.

"Ya! Boleh tak jangan muncul macam tu! Kalau aku mati kena heart attack macam mana?" Marahku.

"Bagus apa kalau kau mati. Boleh la jadi kawan hantu aku" balas Hyunjae.

Aku menjelingnya.

"Saerom-ah. Aku ada satu idea" kata Hyunjae teruja.

"Idea? Idea untuk apa?" Soalku pelik.

"Ala.. kau tunggu je apa yang jadi dekat dewan nanti" kata Hyunjae dan menghilangkan diri lagi.

Haihh..😥

Dia nak buat apa pulak kali ni...

Suka betul dia jadi hantu..

-

Dalam masa 15 minit, semua pelajar sudah berkumpul di dewan.

Kami semua beratur ikut kelas dan duduk di lantai dewan.

Semua Cikgu duduk di kerusi yang telah di sediakan di atas pentas.

Pengetua Lee berucap.

"Tujuan kita berkumpul dekat sini kerana kita akan membincang tentang Hantu Hyunjae yang kamu sering sebut baru-baru ini. Baru je tadi, saya dapat maklumat yang salah seorang dari kamu kena kacau dengan Hantu Hyunjae."

"Seulgi la tu.." bisik Hayoung yang berada di belakang aku.

"Untuk maklumat kamu semua, Hantu Hyunjae itu tidak wujud. Ia hanya hayalan kamu semua. Saya tahu, sejak Kematian Hyunjae di sekolah kita, kamu jadi takut dan berfikir bukan-bukan"

"Mana ada hayalan.." bantah Hayoung.

"Jadi, saya nak kamu semua lupakan pasal Hantu Hyunjae tu. Hantu Hyunjae tidak wujud kerana semua Cikgu kamu tidak pernah jumpa dengan Hantu Hyunjae tu"

Semua Cikgu menganggukan kepala mereka tanda setuju.

Tiba-tiba Hyunjae muncul di sebelah Pengetua.

Hyunjae melambai-lambai tangannya pada aku.

Dia tunjuk jari telunjuknya pada Pengetua Lee.

Dia tiup-tiup tapak tangannya lepas tu dia pukul tengkuk Pengetua Lee.

Dengan automatiknya, Kepala Pengetua Lee ke depan.

Pengetua Lee terkejut.

Pengetua Lee pandang Cikgu-Cikgu lain yang ada di belakangnya.

Cikgu-cikgu lain pandang Pengetua Lee dengan pandangan pelik.

Hyunjae yang berada di sebelah Pengetua Lee sudah ketawa terbahak-bahak.

Aku juga turut ketawa.

"Ya! Saerom! Kenapa kau tiba-tiba ketawa ni?" Soal Hayoung pelik.

"Ha? Mana ada aku ketawa." Balasku.

Aku pandang Hyunjae semula.

Hyunjae hilangkan senyumannya dan menjadi serius.

Matanya bertukar warna merah.

Baju putihnya yang bersih dari kotoran, tiba-tiba ada darah.

Hyunjae munculkan dirinya kepada semua orang.

Jadi bukan aku seorang je yang nampak dia.

Semua orang dalam dewan tu nampak Hyunjae yang dalam keadaan menakutkan.

Semua orang kecuali aku takut dengan kemunculan Hyunjae.

Hyunjae pandang Pengetua Lee yang berada di sebelahnya.

Pengetua Lee sudah terduduk dan menggigil ketakutan.

Semua Cikgu sudah meninggalkan dewan itu.

Selepas semua Cikgu melarikan diri, Pelajar-pelajar juga turut ikut larikan diri kecuali aku.

Tinggal aku, Hyunjae dan Pengetua.

Hyunjae cuba mendekati Pengetua.

Pengetua mengesot-gesot kebelakang untuk melarikan diri.

Semasa Hyunjae mengacau Pengetua, aku ternampak ada seorang pelajar lelaki yang memakai topi hitam berdiri di sebalik pintu.

Baru je aku nak pergi ke arahnya, lelaki itu sudah melarikan diri.

Mengikut firasat aku...

Aku rasa dia yang tolak Hyunjae.

Selepas Hyunjae puas mengacau Pengetua, dia pun lepaskan Pengetua.

Hyunjae datang ke arah aku dengan wajahnya yang Normal.

"Puas mengacau orang?" Soalku.

Dia hanya menganggukan kepalanya.

-

Disebabkan kekecohan Hantu Hyunjae di dewan, semua pelajar dapat pulang awal.

Kali ni, aku balik dengan Hayoung.

"Saerom-ah. Selepas aku larikan diri tadi, aku terus tak jumpa kau. Kau pergi mana?" Soal Hayoung.

"Aku larikan diri jugalah. Kau tu yang tak ingatkan aku. Laju betul kau lari" Tipuku.

"Mianhae.. aku takut sangat dengan Hantu Hyunjae tu sampai aku tak ingatkan kau" kata Hayoung bersalah.

"Emm.. Ye la tu..."

"Betul la!"




TBC...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro