Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁05☁

🛏🌒

"Saerom, Saerom aku nak tanya kau sesuatu la"

"Kau nak tanya apa?" Soalku tanpa melihatnya.

"Kenapa ramai yang tak suka dengan Jaehyun tu?" Tanya Hyunjae dengan wajah yang blur.

"Disebabkan kau lah" jawabku.

"Disebabkan aku? Aku tak paham"

Aku memusing menghadap dia.

"Kau lupa ke muka kau sama dengan dia"

"Aku tak lupalah. Jadi apa masalahnya muka kitaorang sama? Muka kitaorang handsome apa"

Aku menayangkan wajah yang menjengkelkan.

"Dulu sebelun kau menghilang 3 bulan kau suka buat apa?"

"Aku suka buat apa? Kalau ikutkan aku suka mengendap makcik kantin. Tapi itu dululah."

"Selain daripada tu?"

"Salain daripada tu? Emm....aku suka buat apa lagi eh?" Hyunjae memandang atas cuba mengingati apa yang dia suka buat.

Aku mengelengkan kepala.

"Kau suka kacau orangkan dulu"

"Yes! Aku dah ingat. Aku suka kacau orang. Jadi apa masalahnya?"

"Disebabkan kau suka kacau budak-budak sekolah tu, diorang dah takut."

"Sebab tu je ke?"

"Yela."

"Saerom! Kawan kamu dah datang!" Jerit omma dari luar bilik aku.

"Nae, Omma! Omma ajaklah dia masuk dulu. Nanti Saerom keluar!" Jaritku pula.

"Kau ajak kawan kau datang rumah? Siapa? Hayoung ke?"

"Taklah"

"Habis tu, siapa?"

"Jaehyun"

"Jaehyun? Kau buat apa ajak dia ke sini. Kalau kau rindu aku, aku kan masih ada dekat sini"

"Banyaklah kau. Aku ajak dia sebab nak buat kerja khusus tu"

"Ouuuhhhhhh...."

"Sebelum aku lupa, aku nak beri amaran pada kau"

"Amaran?"

"Jangan nak mengada kacau kitaorang nanti"

Hyunjae tersenyum sinis.

"Okey" jawab Hyunjae lalu menghilangkan diri.

"Yah! Yah! Aku tak habis cakap lagi ni! Aduhh.. aku tahu dia tak akan dengar cakap aku"

-

-

-

"Saerom" panggil Jaehyun yang berada di depan aku.

Dia meletak pen dia lalu memandang aku.

"Saya nak tanya awak sesuatu boleh?"

Aku berhenti menaip lalu memandangnya.

"Awak nak tanya apa?" Soalku.

"Siapa Hyunjae?" Soal Jaehyun.

Aku sedikit terkejut dengan soalannya.

Aku Ingatkan dia nak tanya tentang kerja khusus.

Aku melihat sekeliling bilik aku mencari Si Hyunjae tu.

Dia tak ada.

"Awak cari siapa?" Jaehyun pelik.

"Ha? T-Tak ada apa. Emm...kenapa awak nak tahu pasal Hyunjae?"

"Ramai orang takut dengan saya sebab muka saya sama dengan Hyunjae. Saya dengar Hyunjae dah tak ada"

"Nae. Dia dah tak ada. Hyunjae tu cuma rakan sekelas saya je. Diorang takut dengan Hyunjae sebab diorang selalu kena kacau dengan hantu Hyunjae selepas Hyunjae mati." Beritahu aku.

Jaehyun menganggukan kepalanya tanda faham.

"Awak sabar lah ye. Budak sekolah tu sekejap je. Biasalah zaman sekarang ni" pujukku.

"Tak pe, saya okey. Emm..awak ada gambar Hyunjae tu? Saya teringin nak tengok gambar dia"

"Gambar Hyunjae? Emm..ada. Sekejap"

Aku mencapai telefon aku yang berada di tepi katil aku.

Aku mencari gambar Hyunjae yang ada di dalam telefon aku.

"Nah" aku hulurkan telefon aku padanya.

"Woah! Samalah!"

"Sejak bila kau ada gambar aku ni? Kau curi-curi ambil gambar aku eh..." soal Hyunjae yang tiba-tiba muncul di sebelah aku.

Nasib aku tak kena heart attack.

"Mana ada aku curi-curi ambil gambar kau. Aku pandang kau sebelah mata pun taklah. Gambar kau yang ada pada aku ni pun, gambar kelas." Kataku dengan suara yang di perlahankan.

"Eleee...sebenarnya kau memang ada niat nak curi-curi gambar aku kan..." Hyunjae sengaja ingin membakar aku.

Baru sahaja aku ingin memukulnya, Jaehyun memandang aku dan pada masa  yang sama Hyunjae hilang.

Jaehyun memandang aku pelik.

Aku tersengeh macam orang tak betul lalu menurunkan tangan aku.

"Awak d--"

Terbutang luas mata aku apabila Hyunjae tiba-tiba muncul di sebelah Jaehyun dengan senyuman yang nakal.

Aku memberi isyarat kepadanya dengan menggunakan mata aku.

'Jangan! Kacau! Dia!'

Semakin lebar senyuman Hyunjae.

"Saerom, wae?" Soal Jaehyun.

"T-Tak ada apa.." jawabku dengan senyuman palsu.

Aku pandang Hyunjae semula dengan pandangan tajam.

Tangan Hyunjae perlahan-lahan merangkul leher Jaehyun.

Pada masa yang sama, semakin besarlah mata aku apabila melihat kelakuan Hyunjae.

Aku memandang Jaehyun apabila dia menyengetkan kepalanya.

"Jae-Jaehyun, wae?" Soalku resah.

"Leher saya tiba-tiba saya rasa sakit" beritahu Jaehyun sambil mengusap lehernya.

Aku memandang Hyunjae semula.

"Jangan kacau dia" kataku dengan hanya mengerakkan mulut.

Hyunjae tersenyum lalu lepaskan leher Jaehyun.

Aku melihat Jaehyun yang berasa sedikit okey.

Mata kembali terbuka luas apabila Hyunjae meniup-niup telinga Jaehyun.

Jaehyun menutup telinganya.

"Jaehyun, awak okey?" Soalku risau.

"Saya okey..." jawab Jaehyun lemah.

Aku melihat Hyunjae yang sedang gelak.

Disebabkan aku tidak dapat lagi menahan marah, kaki kiri aku automatik menendang Hyunjae yang sedang gelak itu.

Hyunjae jatuh dan terlanggar meja solek aku.

Peralatan make-up yang berada di atas meja itu jatuh.

Jaehyum memandang ke arah meja itu dengan wajah yang cuak.

Jaehyun mengosok-gosok lengannya. Mungkin rasa meremang.

"Jae-Jaehyun. Awak okey?" Soalku lagi.

"Ah..nae...saya okey"

Jaehyun kembali menyambung membuat kerja khususnya dengan keadaan yang tidak selesa.

Aku memandang ke arah Hyunjae dengan pandangan 'siap kau'.

Hyunjae hanya balas dengan menjelir lidahnya lalu menghilangkan diri.

Aku menutup mata menahan geram. Dalam hati aku sudah berkandang-kandang aku sebut.

😧





TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro