Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👻05👻

"Kau nak apa?" Soalku dengan memberanikan diri.

"Aku nak minta tolong dengan kau" katanya.

"Minta tolong? Kenapa kau tak minta tolong dengan yeochin kau je?!" Soalku.

"Yeochin? Aku ada Yeochin ke?" Soalnya pulak.

"Aku tanya kau, kau tanya aku pulak. Kau dah kenapa? Sejak mati ni, kau hilang ingatan ke?" Soalku berani.

"Haah." Jawabnya.

"Haah? Apa yang haahnya?"

"Sejak aku jadi hantu ni, ingatan aku tak kuat" katanya sambil memegang kepalanya.

"Hantu pun hilang ingatan ke? Tapi, kenapa kau boleh ingat aku?"

"Emm.. sebab orang terakhir yang aku jumpa sebelum aku mati ialah kau." Beritahunya.

"Aku? Yeke aku orang terakhir yang kau jumpa?"

"Yela. Kau je yang aku ingat sekarang ni. Masa tu... aku...suruh kau bawa buku ke kelas" katanya.

"Ha! Nasib baik kau ingat tentang tu. Kau tahu tak, tangan aku macam nak tercabut je bawa buku tu ke kantin. Dah la masa tu, aku terpaksa makan roti je. Makan sambil berjalan pulak tu!"

"Woahh!! Marah nampak. Apapun aku tak kisah pasal semua tu. Sekarang aku cuma nak minta tolong dengan kau."

"Kau nak aku tolong apa?"

"Aku nak kau Carikan orang yang tolak aku dari bumbung sekolah tu. Selagi orang yang bunuh aku tu tak ditangkap, aku akan jadi hantu selamanya." beritahunya.

"Kau ingat tak siapa yang tolak kau tu?"

"Aku ingat dia lelaki je."

"Macam mana aku nak cari orang yang tolak kau kalau kau tahu itu je! Ramai kot lelaki dekat sekolah kita tu!"

"Habis tu? Kau tak dapat nak tolong aku ke?" Soalnya sedih.

"Tak. Sekarang ni pihak polis tengah buat siasatan. Jadi kita tunggu je la pihak polis tangkap budak tu. Polis je handal dengan semua ni. Aku ni cuma pelajar je."

"Kalau macam tu... tak apalah... kalau kau tak dapat tolong aku, boleh tak aku berkawan dengan kau."

"Berkawan dengan aku? Pergilah kawan dengan hantu sana"

"Tak nak. Aku nak kawan dengan kau. Aku cuma ingat kau je sekarang ni" katanya dengan wajah yang minta simpati.

"Emm.. yela..."

"Jinjja? Gomawo Saerom. Ha! Satu lagi"

"Apa lagi?"

"Sepanjang aku jadi hantu ni, semua orang panggil aku HANTU HYUNJAE termasuklah kau. Mulai sekarang, aku nak kau panggil nama aku je. HYUN..JAE. Arraseo?" Mintanya.

"Nae. Arraseo.."

"SAEROM!! TURUN MAKAN!!" Bergema rumah aku dengan jeritan Omma aku.

"NAE!!!" Balasku.

"Aku nak pergi makan. Kita sambung berbual nanti" kataku sambil berjalan keluar dari bilik aku.

Aku turun ke tingkat bawah dan duduk di kerusi meja makan untuk makan malam.

Semasa aku sedang makan, tiba-tiba Hyunjae muncul dekat belakang Appaku.

Nasib baik aku tak tercekik tulang ayam.

Aku pandangnya dengan pandangan 'kau buat apa dekat sini?'

Dia tersenyum sinis sambil pandang Appaku.

"EHEM!" Aku berdehem kasar.

"Saerom Wae?" Soal Appaku.

"Ha? T-Tak ada apa..." jawabku.

Aku pandang Hyunjae.

Hyunjae meniup-niup tengkuk Appaku.

"Sejuknya... kenapa Appa rasa ada angin je..." kata Appaku sambil menggosok-gosok tengkuknya.

"Sejuk? Mungkin Appa tak sihat kut..." kataku bersalah.

Hyunjae ni memang tau.😒

Aku pandang tajam pada Hyunjae.

Hyunjae hanya tersenyum gembira.

-

"Kenapa kau kacau Appa aku?!" Marahku pada Hyunjae yang sedang duduk di meja solek aku.

"Suka hati aku lah" balas Hyunjae sambil membetulkan rambutnya.

Aku bercekak pinggang.

"Kau tak ada kerja lain ke?" Soalku.

"Tak" jawab Hyunjae ringkas.

Haihh..😧

Aku baring di atas katil aku.

Hyunjae juga turut muncul baring di sebelah aku.

"Ya! Jangan baring dekat sinilah!" Marahku sambil cuba tolaknya jatuh dari katil.

Tapi tak berjaya.

Kaki aku tembus di badannya.

"Bagilah aku baring dekat sini. Kenapa? Kau rasa tak selesa ke aku baring dekat sebelah kau?"

"Ma-Mana ada..."

"Yeke?" Hyunjae baring lebih dekat dengan aku.

Dia pusingkan badannya ke arah aku.

Aku dapat rasa hembusan nafas yang sejuk dari Hyunjae.

"Ya! Aku nak tidurlah..." kataku sambil tolak badannya.

Hyunjae jarakkan dirinya dari aku.

Dia baring pandang siling.

Aku pandang wajahnya.

Dia pandang aku.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soalnya.

"Emm..tak ada apa.." jawabku dan pusing ke arah bertentangan dengannya.

Aku terfikir sesuatu.

Mesti dia sedihkan sebab muda-muda lagi dah mati.😞

Siapa yang tolak Hyujae tu memang kejam!😬










TBC...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro