Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☁04☁

🏠🌘

"Kau buat apa tu? Dari tadi pandang telefon" soal Hyunjae sambil membetulkan rambutnya di cermin meja solek aku.

"Aku telefon Mingyu banyak kali, tapi dia tak angkat. Aku risaulah" beritahuku sedih.

"Nak aku pergi tengok dia tak?" Pelawa Hyunjae sambil berjalan mendekati aku.

"Tak payahlah. Mungkin dia sibuk"

Hyunjae hanya mengelengkan kepalanya lalu duduk di sebelah aku.

"Ouh ye. Aku rasa aku tahu apa masalah yang belum aku selesaikan"

Aku pandangnya terkejut.

"Apa masalah yang belum kau selesaikan?" Soalku ingin tahu.

"Aku lupa nak bayar hutang kawan aku"

"Hutang? Berapa?"

"5 ribu won"

"Itu je?"

"Yela. Memanglah nilainya nampak sikit, tapi mungkin disebabkan nilai yang sikit tu lah aku tak boleh ke dunia yang seterusnya" terang Hyunjae.

Aku menganggukan kepalaku tanda faham.

"Jadi, siapa kawan kau tu?"

"Sunwoo"

-

-

-

Kelas🏫

"Sunwoo nah 10 ribu won kau" aku menghulurkan wang 10 ribu won padanya.

Dia memandang aku bingung.

"10 ribu won?" Dahinya berkerut.

"Hyunjae ada hutang dengan kau kan. Nah 10 ribu won kau."

Sunwoo memandang aku pelik.

Eric yang berada di sebelahnya juga turut pandang aku pelik.

"Macam mana kau tahu Hyunjae ada hutang dengan aku?" Soal Sunwoo.

"Hyunjae yang bagi tahu aku" jawabku selamba.

Wajah Sunwoo dan Eric terus pucat mendengarnya.

"Hyu-Hyunjae bagi tahu kau?" Eric memandang sekelilingnya takut.

Oh! Alamak aku terlepas cakap.🙊

"Mak-Maksud aku...Hyunjae ada bagitahu aku sebelum dia pergi" kataku gagap.

Peluh di dahi aku lap.

Cuak aku dibuatnya.

"Ouh...rapat juga kau dengan Hyunjae. Apapun terima kasih" ucap Sunwoo lalu ambil wang itu.

Aku hanya tersengih lalu keluar dari kelas.

Rapatlah sangat.

Aku masuk ke dalam stor sukan untuk bercakap dengan Hyunjae.

Kalau cakap dekat kelas, nanti orang cakap aku gila pulak.

"Hyunjae, aku dah langsaikan hutang kau. Jadi macam mana sekarang? Kau ada rasa kau akan ke dunia lain?" Soalku padanya.

Hyunjae memandang dirinya yang masih tidak hilang.

"Aku rasa...itu bukan masalah yang perlu aku selesaikan." Keluhan dilepaskan.

"Jinjja? Habis tu apa masalah yang belum kau selesaikan?"

"Entahlah. Aku penatlah..." Hyunjae terduduk di bawah.

Aku mengeluh kecil lalu duduk berhadapan dengan dia.

Aku meletakkan tangan di bahunya cuba tenangkan dia.

"Sabarlah. Kau cuba ingat balik masalah yang belum kau selesaikan perlahan-lahan. Aku akan cuba tolong kau juga." Pujukku.

Dia memandang aku.

"Gomawo" ucap Hyunjae sambil melemparkan senyuman kecil.

Aku turut balas dengan senyuman.

"Saerom?"

Aku dan Hyunjae terus berpaling ke arah susuk tubuh yang berada di pintu stor sukan itu.

"Jae-Jaehyun?" Aku cuak.

"Saerom, awak cakap dengan siapa?" Soal Jaehyun pelik.

Aku memandang Hyunjae yang sudah hilangkan diri lalu memandang Jaehyun semula.

"Sa-Saya cakap dengan Hayoung dalam telefon" bohongku sambil menunjuk telefon yang berada di pegangan aku.

"Hayoung? Saya ada serempak dengan dia tadi"

"Jinjja? Ouh okey. Saya pergi dulu. Jumpa dekat kelas nanti" kataku lalu melarikan diri dari dia sebelum dia menganggap aku gila.

-

-

-

Kelas

"Kerja khusus untuk kali ini akan dilakukan secara berpasangan. Sekarang sila cari pasangan kamu semua" arah Jaesuk Saem.

Dengar sahaja perkataan'berpasangan' aku dan Hayoung terus saling berpegangan.

"Semua dah ada pasangan kan?" Soal Jaesuk Saem untuk kepastian.

"Saya belum ada pasangan Saem"

Semua mata memandang ke arah Hyena yang mengangkat tangannya.

"Awak belum ada pasangan? Setahu saya dalam kelas ni ada 36 orang pelajar. Sangyeon semua hadir kan?"

"Nae" jawab Sangyeon yang berpasangan dengan Chanhee.

"Habis tu siapa lagi sorang yang belum ada pasangan?"

"Saya Saem"

Semua mata memandang ke arah Jaehyun pula.

"Kalau macam tu, Hyena berpasangan dengan Jaehyun"

"Saya tak nak Saem. Saya tak nak berpasangan dengan dia" bantah Hyena sambil menyilangkan tangannya.

"Kenapa pulak?"

"Saya takut"

"Takut?"

"Muka dia macam Hyunjae. Saya takut."

Jaesuk Saem melepaskan keluhan berat. Pening dengan perangai anak muridnya.

"Saem!" Aku mengangkat tangan aku.

Kali ni semua mata memandang aku pula.

"Biar saya yang berpasangan dengan Jaehyun" pelawa aku.

"Yah. Macam mana dengan aku?" Soal Hayoung yang terkejut dengan keputusan aku.

"Kau berpasangan dengan Hyena eh. Aku kesianlah dengan Jaehyun" kataku cuba pujuk Hayoung.

"Hm. Yela"

"Kalau macam tu Jaehyun berpasangan dengan Saerom. Hyena, kamu berpasangan dengan Hayoung. Jadi semua dah selesaikan. Sebelum rehat nanti, hantar nama setiap kumpulan pada saya"

"Nae!"

"Gomawo" ucap Jaehyun.

Aku balas dengan melemparkan senyuman.





TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro