Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👻04👻

🏫🏫🏫🏫🏫

Aku datang ke sekolah dengan keadaan yang tidak bermaya.😩

Ini semua sebab Si hantu Hyunjae tu!😡

Sampai sahaja di kelas aku terus duduk di tempat aku dan letak kepalaku di atas meja.

"Ya! Saerom! Kenapa mata kau macam panda ni?! Kau tak tidur ke malam tadi" Soal Hayoung sambil letakkan tangannya di pipi aku.

"Kau nak tahu kenapa aku jadi macam ni?" Soalku tak puas hati apabila difikirkan balik.

"Kenapa?"

"Sebab... Hantu Hyunjae tu kacau aku malam tadi!" Beritahuku.

Aku tengah marah ni...😠

"Ha-Hantu Hyu-Hyunjae?" Hayoung terkejut.

"Kau nak tahu tak. Dia pergi tolak aku jatuh dari katil!"

"Dia tolak kau?"

"Lepastukan... dia ada cakap yang... dia minta aku tolong dia" kataku.

"Minta tolong? K-Kau jangan libatkan aku pulak..." kata Hayoung yang mula risau.

"Weh! Hayoung ah.. aku takutlah kalau dia kacau aku lagi malam ni..."

"Aku akan kacau kau lagi... kalau kau tak nak tolong aku.." bisik seseorang di telinga aku.

Aku pandang ke tepi.

T-Tak ada orang...

Aku pandang semula ke arah Hayoung.

Aku terkejut.

Hantu Hyunjae tu berada di belakang Hayoung.

"K-Kau.. kenapa ni?" Soal Hayoung yang sudah ketakutan apabila melihat perubahan di wajah aku.

"Ha-Hayoung-ah... Hyu-Hyu-Hyu..."

"H-Hyu apa? Kau jangan cakap yang...Hantu...Hyunjae tu ada dekat belakang aku..." Kata Hayoung yang sudah menggigil.

Aku pandang Hantu Hyunjae.

Dia tersenyum sinis pada aku.

"A-A-Aku..k-"

"Hey! Korang. Kenapa berpeluh-peluh ni?" Soal Sunwoo yang tiba-tiba muncul.

Kami berdua terus pandang Sunwoo.

"Kau.. tak nampak ke?" Soalku pada Sunwoo.

"Nampak apa?" Soal Sunwoo pulak.

Aku pandang ke arah belakang Hayoung.

Hantu Hyunjae sudah tiada.

"Kenapa dengan korang ni? Korang nampak Hantu Hyunjae ke?" Perli Sunwoo dan berlalu pergi ke tempatnya.

-

Semasa kami semua sedang sibuk belajar...

Belajar ke?

Ada 2 orang anggota polis masuk ke dalam kelas kami.

Kami semua hanya pandang polis itu.

"Saya Inspektor Han Gi Beom. Dan Ini Inspektor Cho Saeho." Anggota polis yang tinggi memperkenalkan dirinya dan kawannya yang pendek itu.

"Kami, wakil dari balai polis Seoul ingin mencari sebarang bukti atas kematian pelajar yang bernama Lee Hyunjae" kata Inspektor Cho Saeho pada Cikgu Sechan.

"Pehh!! Bulu kaki Inspektor Han Gi Beom sampai ke dagu la.." kata Sunwoo.

"Banyaklah bulu kaki. Itu jangutlah" balas Haknyeon yang duduk dekat sebelah Sunwoo.

"Oh ye ke? Ingat bulu kaki..."

Semua yang berada di dalam kelas itu mula ketawa.

Cikgu Sechan sudah menahan ketawa.

Inspektor Han menahan marahnya.

"Emm.. Inspektor Han dan Inspektor Cho boleh mula siasatan Encik" kata Cikgu Sechan yang sedang kawal ketawanya.

"Terima kasih ye Cikgu." Ucap Inspektor Cho.

"Sama-sama. Yang lain sila keluar dari kelas" arah Cikgu Sechan.

"Baiklah Cikgu."

Kami semua keluar dari kelas dan memerhati 2 anggota polis itu buat siasatan.

Tidak lama kemudian, 2 orang anggota polis itu terjumpa sehelai kertas yang ditulis oleh seseorang di loker milik Hyunjae.

Maksud ayat dalam kertas itu mencurigakan 2 anggota polis itu.

Kertas itu di letakkan di dalam plastik khas.

Aku nak tahu juga apa yang ditulis dalam kertas tu...

-

🏠🏠🏠🏠🏠

Aku masuk ke dalam bilik aku dengan berhati-hati.

Baru je aku nak masuk, Hantu Hyunjae tiba-tiba muncul di depan aku.

Aku mula ketakutan.

"Ya! Janganlah takut... aku nak cakap sesuatu dengan kau ni..." katanya.

Ingat aku nak dengar cakap dia.

Aku pusing ke belakang dan cuba untuk larikan diri.

Tapi malangnya, Hantu Hyunjae tu halang aku.

"Janganlah lari..." katanya sambil pegang kedua-dua belah tangan aku.

"Yah! Macam mana KAU boleh pegang tangan aku?!" Soalku sambil cuba untuk lepaskan dari genggamannya.

"Aku hantu. Jadi aku boleh buat apa-apa je." Jawab Hantu Hyunjae tu.

"A-Aku tak kisah dengan semua tu! Lepaskan aku la!!!"

Tiba-tiba Hantu Hyunjae tu tolak aku sehingga aku terbaring di atas katil.

Dia hempapkan badannya di atas badan aku sambil pegang tangan aku.

"Kau boleh tak jangan takut dengan aku?! Aku penatlah..." katanya.

"Lepaskan aku lah!" Kataku tegas.

"Kalau kau nak aku lepaskan kau, kau jangan lari."

"Emm.. okey.. aku takkan lari" jawabku.

Hantu Hyunjae lepaskan tangan aku.

Aku bangun dan undurkan diri ke dinding.

"Kau nak apa?" Soalku dengan memberanikan diri.

"Aku...






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro