Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👻03👻

Akhirnya...

Tinggal aku seorang dalam kelas bersama Cikgu Somin.

Hanya bunyi cicak di kedengaran dalam kelas aku ini.

Semasa aku sedang menyalin, tiba-tiba Cikgu Somin menjerit.

"Argh!"

"Kenapa Cikgu Somin?" Soalku.

"Ada orang tarik rambut saya! Awak eh yang tarik?!" Soal Cikgu Somin sambil menggosok-gosok kepalanya.

"Mana ada Cikgu. Dari tadi saya duduk dekat sini" jawabku.

"Ye ke..Emm..Kamu balik la... Tiba-tiba Cikgu rasa meremang pulak." Kata Cikgu Somin sambil menggosok-gosok lengannya.

Aku apa lagi...

Berkemaslah...😏

Siap sahaja aku mengemas barang-barang aku, aku pun keluar dari kelas.

"Saerom sekejap!" Tahan Cikgu Somin.

Aku pandang Cikgu Somin.

"Boleh...awak teman saya ke kereta saya? Saya hantar awak balik" tanya Cikgu Somin malu-malu.

Aku hanya anggukan kepala aku tanda terima.

Inilah peluang aku...

Tak payahlah aku balik jalan kaki.😋

-

🏠🏠🏠🏠🏠

"Terima kasih Cikgu sebab hantarkan saya balik" ucapku.

"Tak perlu berterima kasih... kita jumpa esok. Jangan lupa siapkan kerja sekolah saya yang saya bagi tadi" balas Cikgu Somin.

"Baiklah Cikgu."

Ingat lagi tu...😩

-

🚿🚿🚿🚿🚿

Selesai sahaja aku bersihkan diri, aku duduk di depan meja solek untuk keringkan rambut aku yang basah.

Tiba-tiba aku teringat tentang kejadian dekat kelas tadi.

Siapa yang tarik rambut Cikgu Somin?

Hantu Hyunjae ke?

Takkan lah...

Kenapa tiba-tiba bulu roma aku naik ni?

Aku selesaikan kerja keringkan rambut aku dengan cepat.

Aku pandang cermin dan aku ternampak benda yang tidak patut aku tengok.

Aku nampak Hyunjae yang dalam keadaan pucat sedang pandang aku melalui pantulan cermin.

Dia di belakang aku.

Jantung aku mula berdegup dengan laju.

Suhu badan aku mula menurun.

"Saerom." Sebutnya.

Alamak!

Macam mana dia tahu nama aku ni?

Aku ambil sikat rambut aku lalu menghala pada hantu Hyunjae itu.

"Kau jangan dekat dengan aku! Kalau tak aku bunuh kau!" Aku beri amaran pada dia sambil bergerak ke arah pintu bilik.

"Kau nak bunuh aku? Hahaha.. aku dah matilah..." balas Hantu Hyunjae tu sambil cuba dekatkan dirinya pada aku.

Aku pukulnya dengan sikat rambut aku.

Tapi sikat itu tidak kena padanya.

Sampai sahaja aku dekat pintu, aku segera lari turun ke tingkat bawah.

"Omma! Appa! Tolong Saerom!!" Jerit aku sambil menuruni tangga.

"Saerom kenapa ni? Terjerit-jerit macam beruk ni?" Soal Appaku.

"Appa! Omma! Ada hantu dekat bilik Saerom!" Beritahuku.

Badan aku sudah menggigil ketakutan.

"Hantu? Mana ada hantu...Saerom bermimpi ni..." balas Ommaku.

"Mana ada mimpi. Saerom tak tidur pun" kataku.

"Dah lah. Pergi sana. Sibuk je kami nak berdua-duaan." Halau Ommaku.

Aku tak pedulikan kata-kata Ommaku.

Aku menyelit antara Omma dan Appaku.

"Eh? Kamu ni. Menyebuk je..." bebel Ommaku.

Aku turut serta menonton tv dengan Omma dan Appaku.

-

🌘🌘🌘🌘🌘

"Kamu ni dari tadi menyebuk dekat sini. Pergilah tidur sana, esokkan sekolah" arah Ommaku.

"Saerom takutlah... Saerom nak tidur dengan Omma boleh tak?" Tanyaku.

"Mana boleh... dah cepat. Omma teman kamu ke bilik kamu."

Ommaku mendahului dan diikuti dengan aku di belakangnya.

Ommaku buka pintu bilik aku dan melihat sekeliling bilikku.

"Tak ada apa-apa pun... dah pergi masuk tidur sana" arah Ommaku.

Aku melepaskan keluhan berat.

Aku masuk ke dalam bilik aku dan tutup pintu bilik aku dengan teragak-agak.

Bulu roma aku naik lagi.

Aku menggosok-gosok lenganku.

Aku mendekati katilku dengan berhati-hati.

Sampai sahaja aku di atas katil, aku terus menyelimut seluruh tubuh aku.

Setakat ni, aku tak dengar sebarang bunyi yang pelik.

Lama-kelamaan, akhirnya aku terlelap.

-

⛈⛈⛈⛈⛈

Aku terbangun apabila terdengar bunyi guruh.

Perlahan-lahan aku turunkan selimut yang menutupi wajah aku.

Aku melihat jam di phone aku.

Baru pukul 2: 17 pagi?!

Aku melihat sekeliling bilikku yang masih terang.

Sebenarnya aku tak tutup lampu sebelum tidur sebab aku takut kalau Hantu Hyunjae tu muncul lagi.

Aku rasa lega Hantu tu tak muncul lagi.

Baru je aku nak sambung tidur, guruh dan kilat menyambar bumi.

Pada masa yang sama, Lampu bilik aku terpadam.

Jantung aku mula berdegup dengan laju.

Mata aku mula pandang sekeliling bilik aku apabila aku terdengar bunyi yang pelik.

Bunyinya seperti angin kuat yang melalui lobang yang kecil.

Aku tutup muka aku dengan selimut.

Tidak lama kemudian, aku terdengar seseorang panggil nama aku dengan nada seperti berbisik.

"Sae..rom...."

Jantung aku mula berdegup dengan laju.

"Sae..rom..."

Kali ni aku terdengar suara tu di sebelah aku.

"Weh!! Bangunlah...penatlah aku panggil kau ni!"

Itu...

Suara...

Hyunjae...😓

Aku diamkan diri aku.🤐

"Weh! Bangunlah... aku nak minta tolong dengan kau ni!!" Katanya.

Aku masih diamkan diri.

Tiba-tiba aku ditolak jatuh dari katil aku.

"Argh! Sakitnya..."

Aku gosok-gosok punggung aku.

Sakit gila...

Aku keluar dari selimut dan nampak Hyunjae.

"Argh!!!" Jerit aku sambil mengesot-gesot ke belakang sehingga ke dinding bilik aku.

"Ha! Bangun pun kau!" Katanya sambil mendekati aku.
















TBC...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro