Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👻02👻

Apa yang aku lihat sekarang ni ialah susuk tubuh yang aku kenal sangat sedang terbaring di atas tanah dengan berlumuran darah.

Orang itu ialah...

Hyunjae.

Aku sangat-sangat terkejut.

Hayoung yang berada di sebelah aku, turut terkejut.

Dia sudah mahu mengalirkan air matanya.

Aku baru je jumpa dia tadi.

Dan sekarang...

Dia dah...

Mati...😯

"Tepi semua!" Jerit Cikgu Yoo Jaesuk.

Kami semua di tolak ke tepi.

Cikgu Jaesuk juga turut terkejut dengan keadaan Hyunjae yang berlumuran banyak darah itu.

Cikgu Jaesuk terus telefon pihak polis dan ambuland.

-

Sudah 1 minggu Hyunjae meninggalkan kami semua.

Polis berangapan bahawa Hyunjae mati akibat terjatuh dari tingkat atas iaitu dari bumbung sekolah.

Polis mengesyaki bahawa ada orang yang sengaja menolak Hyunjae jatuh ke bawah.

Sekarang polis sedang mencari orang yang tolak Hyunjae.

Memandangkan dekat atas bumbung tiada CCTV, jadi sedikit susah untuk Polis cari pembunuh itu.

-

Keadaan kelas kami tidak seceria seperti dulu.

Kalau dulu, kelas kami sentiasa bising dengan gelak ketawa Si Hyunjae tu.

Selepas kejadian itu, Ramai pelajar cakap yang diorang terjumpa hantu Hyunjae di tempat Hyunjae mati.

Aku tak tahu nak percaya ke tak sebab aku tak pernah jumpa lagi.

-

Apabila sahaja Cikgu Jihyo keluar dari kelas, budak-budak kelas aku mula berbual tentang hantu Hyunjae.

Bermacam-macam cerita aku dengar tentang hantu Hyunjae tu.

"Saerom. Kau pernah jumpa hantu Hyunjae tu?" Soal Hayoung yang takut

"Tak. Kenapa? Kau pernah nampak ke?" Soalku pulak.

"Pernah. Aku nampak hantu Hyunjae dekat belakang sekolah" beritahu Hayoung.

"Itu mungkin hayalan kau je kut... tapikan... kau buat apa dekat belakang sekolah?" Soalku lagi sambil angkatkan kening sebelah aku.

Hayoung tergamam.

Dia tak tahu nak cakap apa.

Kelas aku yang dalam keadaan bising tadi, tiba-tiba semua senyap.

Kami saling pandang satu sama lain.

Kami juga tengok luar kelas, kot-kot ada Cikgu datang.

Tapi, tak ada pun...

"Kenapa tiba-tiba senyap?" Soal Haknyeon sambil pandang kami semua.

"Hantu Hyunjae lalu kot..." jawab Sunwoo.

"Mulut kau kan memang tak bertapis langsung!" Marah Chanhee.

Semua ketakutan apabila mendengar jawapan dari Sunwoo.

Aku pandang ke luar tingkap apabila merasakan ada seseorang sedang memerhatinya.

Apabila aku pandang, tak ada orang pun di tingkap.

Tiba-tiba, Meremang pulak bulu roma aku.

-

"Memandangkan korang bising, korang kena salin Buku teks muka surat 91, 92, 93, 94 dan 95. Siapa siap lambat, balik lambat." Arah Cikgu Jeon Somin.

Kami semua apa lagi..

Mengeluh je la..

Kami semua salin dengan cepat-cepat sebab tak nak balik lambat.

Katanya, diorang takut kalau terjumpa dengan Hantu Hyunjae tu.

Seorang-seorang budak kelas aku balik.

Budak- budak kelas lain dah balik.

Tinggal kelas kita orang je.

Aku salin, salin, salin...

Dan...

Pen aku habis dakwat.

Dah la tinggal tu je pen aku.

"Yah! Hayoung. Kau ada pen lebih tak? Pen aku dah habis dakwat la..." kataku sambil mengoncang-goncang lengan Hayoung.

"Tak ada lah.. Saerom. Aku ada satu je ni ha.. kau pinjam lah dengan orang lain." Katanya tanpa memandang aku.

Aku lepaskan keluhan berat.

Aku bangun lalu pergi ke tempat Younghoon.

"Younghoon. Kau ada pen lebih tak?" Soal aku terdesak.

"Tak adalah. Hari ni aku tak bawa pencil box aku. Ini pun aku pinjam dengan Chanhee. Kau pergilah pinjam dengan Chanhee." Kata Younghoon yang sibuk menyalin.

Aku pergi ke tempat Chanhee.

"Chanhee. Kau ada pen lebih tak?" Soalku

"Kau ambillah dekat pencil box aku tu" kata Chanhee.

Aku selongkar pencil box Chanhee.

Habis terkeluar-keluar barangnya yang ada dalam pencil box itu.

Apabila aku dapat je pen, aku segera kembali ke tempat duduk aku.

"Ya! Saerom! Kemaslah balik!" Marah Chanhee.

Aku menghiraukannya.

Maafkan aku ye Chanhee...

Aku kena cepat...

Baru je aku nak sambung salin, Hayoung berdiri dengan tiba-tiba.

"Dah siap!" Kata Hayoung.

Dah siap?

Hayoung bawa buku dia pada Cikgu Somin dan kembali semula ke tempatnya.

"Saerom. Aku kena balik dulu. Omma aku ambil aku hari ni. Nanti Omma aku tunggu aku lama pulak." Kata Hayoung sambil mengemas barangnya.

Aku terlopong.

Sampai hati dia nak tinggalkan aku seorang-seorang....

"Nah pen aku. Kalau pen tu habis dakwat, kau guna je pen aku. Kau ambil je. Tak payah pulang semula." Beritahu Hayoung sambil menghulur pennya yang dakwatnya dah tinggal sikit je....

Bertuah punya kawan...😧

Aku hanya pandang Hayoung yang keluar dari kelas.

Aku pandang budak-budak kelas aku yang khusyuk menyalin.

Apa?!

Aku seorang ke yeoja yang tinggal dalam kelas ni?!

Anybody!!!!

Help me please!!!!
















TBC...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro