Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

S2 - Bab 28💋

My Baby,
Your Daddy.






LENA Harley terganggu dengan bunyi dengkuran Jungkook. Dia mencelikkan matanya, wajah Jungkook yang hanya beberapa inci darinya membuatkan dia kebelakang sikit. Terkejut.

Pelukan erat Jungkook dipinggang membuatkan pergerakannya sedikit terbantut. Harley menghela nafas kecil sebelum kembali baring menghadap lelaki itu.

Wajah Jungkook yang sedang tidur direnung. Mulai dari bibir, hidung, alis mata. Perfect. Itu merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan lelaki itu.

Facts.

Tapak tangan Harley mengusap lembut pipi Jungkook. Bibirnya menguntum senyum.

“Saya tak sangka, awak sanggup tunggu saya walaupun selepas 6 tahun.” bisik Harley. Waktu enam tahun cukup membuktikan rasa cinta Jungkook kepadanya. Bertuah jika kau mendapat seseorang yang sanggup menunggumu selama 6 tahun.

Jujur Harley katakan, sepanjang enam tahun, dia tak pernah terfikirkan akan Jungkook kerana diwaktu itu dia ada dua insan yang sentiasa menghiasi hidupnya.

Dua insan yang membuatkan dia lupa akan keperitan hidup yang dia alami sebelum ini.

“I'm sorry...” bisik Harley.

Dia tahu yang dia salah. Dia tahu dia menyeksa jiwa Jungkook dengan menjauhkan Rania dari lelaki itu. Dia tahu Jungkook sedang menunggu.

Dia tahu Jungkook perlukan dia dan Rania. Tapi dia ego. Dia punya ego yang tinggi melambung kerana kisah hitam yang berlaku antara dia dan Jungkook dahulu.

Tapi sekarang?

Harley mahu memperbetulkan semuanya. Dia mahu kembali kepada Jungkook dan mulakan hidup baru dengan lelaki itu. Dia akan cuba memahami Jungkook. Dia mahu hidup bersama Jungkook sebagai suami isteri.

Dia cuma... mahu lihat Jungkook memegang status ayah kandung kepada Rania.

“Good morning, love.” bisik Jungkook dengan suara serak- serak basahnya seraya mengeratkan pelukannya dipinggang Harley. Gadis itu sedikit tersentak, namun bibirnya mengukir senyum kecil.

“Morning.” jawabnya hampir tak kedengaran ditelinga Jungkook kerana dia sedang gugup. Wajah Jungkook yang begitu rapat hingga dia dapat merasakan nafas lelaki itu menderu- deru di pipinya.

Jantungnya berdegup kencang bila Jungkook merenung wajahnya tanpa berkelip.

“A- apa?”

“Kau nampak cantik.” puji Jungkook buatkan Harley terkebil- kebil mendengarnya.

Biar betul Kook? Rambut serabai, tak mandi lagi ni yang awak cakap cantik? Soal Harley dan hati.

Jungkook tersenyum. Jarinya menyentuh collarbone Harley yang terdedah itu. Love bite dibahagian leher Harley itu membuatkan Jungkook tersenyum puas.

Cepat- cepat Harley menutup bahagian lehernya dengan tapak tangan buatkan Jungkook berdecit kesal.

“Don't tryna hide my love bite or I'll do something to make it obvious.” ugut Jungkook. Harley mengetap bibirnya, wajah dipalingkan. Malu.

“Kenapa awak balik sini? Awak cakap awak ada outstation seminggu?” soal Harley, selimut ditarik agar bahagian dadanya yang terdedah ditutup.

“Hem... tak tahan.”

“Tak tahan apa!” lengan Jungkook dipukul. Wajah Harley yang putih mula kemerah- merahan kerana malu. Jungkook ketawa kecil.

“Aku rindukan kau.”

“Saya fikir awak dah tak sayangkan saya.” bisik Harley seraya menundukkan wajahnya. Jungkook mengerutkan dahinya, dagu Harley disentuh lalu wajah gadis itu didongakkan agar memandangnya.

“Kenapa cakap macam tu?”

“Yalah, bila saya tanya awak rindukan saya tak? You didn't answer it. You even yell at me.” adu Harley buatkan Jungkook tersenyum. Pipi Harley dicubitnya perlahan.

“Aku buat macam tu, bukan sebab aku tak sayang. Saja nak uji kau. Aku cinta mati dekat kau, Harley. Tak ada satu masa pun aku skip untuk tak cintakan kau.

You're in my mind, 24/7.” bisik Jungkook.

Jarinya menyentuh bibir merah Harley. Bibir yang membuatkan dirinya tak lena tidur untuk sehari. Hurm... dia bukan obses, dia cuma terlalu mencintai Harley.

“Awak tahu tak, bila awak jauh dari saya... awak buat hati saya tak tenteram. Awak tak call saya dalam masa 3 hari. Awak macam dah lupakan saya.”

“Saya takut awak mungkiri janji. Saya takut awak tinggalkan saya dengan Rania berdua. Saya takut awak ada perempuan lain dan tinggalkan saya-”

Syhh.

Jari Jungkook diletakkan dibibir Harley, petanda dia tak mahu Harley meneruskan ayatnya.

“Harley, aku takkan tinggalkan kau. Aku dah janji akan berada disisi kau. Don't ever say that.” ucap Jungkook sebelum mengecup dahi Harley lembut.

I love you, a lot.

I love you too-

Rise and shine, Mummy!”  wajah polos Rania terpacul dimuka pintu bilik yang terbuka luas. Bingkas Jungkook bangun dari pembaringannya, senyuman lebar diberikan kepada anaknya itu.

“Eh Daddy? Daddy bila sampai?” sapa Rania, laju saja kanak- kanak itu melangkah merapatkan diri dengan Jungkook sebelum tubuh Daddy-nya itu dipeluk erat.

“Nia rindu Daddy!”

Aww, Daddy pun rindu Nia. Nia nakal tak masa Daddy tak ada?” soal Jungkook. Rania menggeleng kecil.

“Nia tak nakal Daddy. Hehe.”

“Baguslah kalau macam tu.”

“Kenapa Daddy tak pakai baju ni? Tak sejuk ke? Aircond buka penuh tu.” soalan Rania buatkan Jungkook dan Harley berpandangan.

“Errr... Da- Daddy excercise dengan Mummy. Eum... Nia keluar dulu boleh tak? Daddy... nak pakai baju.”

“Huh?”

“Nia, jom ikut mummy turun bawah. Kita buat breakfast.” ajak Harley yang sudah siap berpakaian nightgown putih yang semalam.

Haih, nasiblah Harley tolong, kalau tak, mahu keras dia disitu sebab Rania tak nak keluar. Jungkook mengenyitkan matanya bila dia bertatapan dengan Harley.

“Haih, kan bahagia kalau macam ni.” ucap Jungkook, selimut diselak.

“Daddy!”

“Rania tutup mata!!”





.     .     .





JUNGKOOK melangkah menuruni anak tangga dengan wajah yang masih kemerah- merahan malu.

Hey, dia tak tahu pula yang Rania boleh tahan nakal juga.

Nasiblah dia sempat tutup badan menggunakan selimut, kalau tak mahu malu tujuh keturunan dia gara- gara Rania. Eyy. Tahulah Daddy dia ni kacak, but no need- lah sergah- sergah macam tu. Tak mo tak mo.

Uncle Harry! Tengok ni Nia ada lukis gambar mummy. Lawa tak?” ucapan Rania buatkan langkah kaki Jungkook terhenti di anak tangga yang terakhir.

Uncle Harry? A- abang Harley ke?Hoshiteu-

Lawa, pandai Nia lukis.” puji lelaki itu.

Jungkook mengetap bibir. Dia tahu kehadirannya disini takkan disukai oleh lelaki itu. Yalah, dulu, dia pernah diberi amaran oleh lelaki itu untuk tidak mendekati Harley lagi.

But now?

Macam mana nak hadap ni?

Jungkook menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan. Dia cuba untuk menenangkan dirinya. Perlahan-lahan Jungkook memberanikan diri melangkah masuk ke ruang tamu.

Saat itu dia berpandangan dengan Rania yang sedang tersenyum lebar.

“Daddy!” sapa Rania serta- merta buatkan Harry mendongakkan wajahnya. Dahi lelaki itu berkerut pelik.

“Daddy?” soalnya sedikit sarcastic buatkan Jungkook rasa tak senang.

“Kau buat apa kat sini?” soal Harry dingin. Jungkook mengetap bibir, wajah dipalingkan agar tak bertatapan dengan mata hazel milik lelaki itu.

“Aku datang nak jenguk anak aku-”

“Anak? Mana anak kau?”

“Rania anak aku.”

Wajah terkejut Harry bertayang. Dia ketawa kecil. Rambut Rania dielusnya lembut sebelum meminta kanak- kanak itu masuk kedapur.

“Ok, aku tahu kau benci aku. Tapi aku ada hak untuk kembali kepada Harley semula. Aku ayah kandung Rania. Aku-”

“Apa motif kau buat semua ni? Kau nak seksa dia lagi?”

“Aku nak tebus kesalahn aku. Aku sayangkan dia.” jawab Jungkook seraya mengetap bibir. Harry melepaskan keluhan kecil. Keningnya diurut perlahan.

Dia tak menyangka yang si adik akan kembali mengulang kesilapan yang sama.

“Rania anak aku-”

“Kau rasa diri kau layak ke gelar ayah kepada Rania? Jungkook, aku nak tanya kau. Disebabkan kau, Rania terpaksa menumpang kasih kepada lelaki yang bukan bergelar ayah kandung.

Bahkan Harley pernah dicaci kerana mengandungkan anak haram, anak luar nikah. Dia pernah hampir bunuh diri dengan memakan satu botol pil ubat sebab tekanan.

And you still have audacity to get her back? Dengan katakan maaf saja?” ucap Harry.

Jungkook membisu. Fikirannya kembali bercelaru, kenapa sepanjang dia bersama Harley, gadis itu tak pernah menyentuh soal perkara itu?

Kenapa sayang?

“Abang?” Harley melangkah keluar dari dapur sambil membawa sedulang kopi. Dahinya berkerut pelik melihatkan suasana tegang diantara abangnya Harry dengan Jungkook itu.

I want you to think again, Jungkook.” ujar Harry seraya melabuhkan punggungnya di sofa semula.

Jungkook masih lagi tercengat di tempat yang sama. Matanya berpandangan dengan maya redup milik Harley.

Tapak tangannya dikepal sebelum lelaki itu meluru keluar dari rumah, masuk kedalam kereta sebelum memandu tanpa tujuan. Suara Harley yang memanggilnya langsung tak dihiraukan sama sekali.

“Apa abang cakap dekat Jungkook sampai dia pergi?”

“Abang cuma cakap perkara yang betul. Abang cuma cakap yang adik abang hampir mati disebabkan perkara bodoh yang lelaki tu buat-”

“Tapi itu perkara lama!”

“Abang cuma tak nak Harley ulang perkara yang sama. Abang tak nak dia lukakan hati adik abang ni lagi.” ujar Harry.

Harley mengetap bibir.

“Abang minta Harley kahwin dengan Taehyung dulu, Harley ikutkan sebab Harley percaya semua kenangan hitam boleh dilupakan dengan membina sebuah perkahwinan. Tapi abang salah. Harley makin tambah sakit. I even nearly die.

“Sekarang, biarkan Harley urus hidup Harley sendiri.” ucap Harley.

“Jangan masuk campur lagi, Harley mohon.”




.

HEHEEEE



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro